Isnin, Mac 03, 2014

Dapat Baucer sempena Birthday

Ni ada sisa-sisa cerita pasal birthday. Sempena birthday saya bulan lepas, saya dapat a few birthday privileges for being member/customer to certain products. Antara yang menarik ialah Birthday Vouchers AEON (macam biasalah kupon diskaun untuk produk/servis) dan Voucher RM10 daripada Farmasi Caring. 


Saya dapat sms alert daripada Caring Pharmacy - sempena birthday saya, jika saya berbelanja RM50, saya akan layak dapat potongan RM10. Lazimnya, saya tak layan sangat bentuk promosi sebegini. Yelah,..kita nak kena keluar dari poket sekurang-kurangnya RM50 baru entitled to the so-called birthday present :) Sedangkan mungkin masa tu barang yang nak dibeli adalah dalam dua puluh ke tiga puluh ringgit je. Tak pasal-pasal kita terpengaruh untuk berbelanja lebih.

Kebetulan, minggu yang sama - saya memang perlu ke farmasi. Beli ubat & inhaler asthma yang baru dan Minyak Angin Cap Kapak. 

"Mahallah minyak ni kat sini! RM13.80. Kita beli kat 99 Speed Mart on the way back. Cheaper,.." kata Bott yang menemankan saya pergi shopping ubat hari tu.

"Ambil je lah." 

Saya sengih sambil buat kira-kira sendiri dalam kepala. Sampai di kaunter, saya tunjukkan kod baucer dalam telefon bimbit saya. Total barang saya hari tu - RM58.30. Setelah diskaun RM10, perlu bayar RM48.30. Maknanya harga Minyak Cap Kapak saya hanya RM3.80! Hehehe, rezeki kita Bott! Berbaloi kan?

2 ulasan:

  1. bestnyaa.. hihi. licha jrg g aeon. salu pergi almnda je..

    BalasPadam
  2. @Liza Licha saya pun pergi AEON selalu beli barang keperluan je.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.