Jumaat, Mac 28, 2014

Dapat selambak!

Hari ni Cekengah balik kerja awal. So, sebelum dinner saya menyibukkan diri lepak-lepak kat bilik dia. Nampak ada buku nota baru atas katil. Cekengah dapat as free gift sebab beli produk Apple. Kat rumah tu saya ni memang 'hantu kertas'. Tak kisahlah buku nota ke, organizer ke, sticky notes ke,..apa saja yang boleh buat tulis-tulis, conteng-conteng,....kebiasaannya akan end up jadi milik saya. (Saya ni pelupa. Mental notes does not work for me.)

Dah dapat buku nota, Angah bagi pula pen-pen warna yang ada dalam pencil case dia. (Err,..rasanya, saya yang buat muka sepuluh sen minta dulu) Selambak!!! Pen-pen warna nih sesuai sangat untuk projek kraf kertas saya. Buat kad, hias scrap page. Thank you, Cekengah!!!!




1 ulasan:

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.