Selasa, 11 Mac 2014

Ibu & Fistula (Hari ke-21)

Dah tiga minggu ibu jalani pembedahan fistula. Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Tidak luka/berdarah. Ibu pun rajin buat senaman tangan guna bola merah jambu. Hari ini saya nak kongsi beberapa tips penjagaan fistula.

"Mak cik kena jaga tangan yang nak buat fistula ni macam kita jaga nyawa kita!"

'Amboi, seriusnya!' Detak saya dalam hati semasa dengar kata-kata petugas hospital di kaunter saringan Unit Kecemasan PPUM. Macam jaga nyawa?! Ketika itu ada infection pada luka ibu  (masa ni sebelum ibu buat minor operation untuk AV Fistula) dan apabila ibu maklumkan yang ibu akan buat AVF, terus dia tanya tangan yang mana. Menurutnya lagi, tangan yang berkenaan perlu dijaga betul-betul. Jadi kalau nak terima suntikan ke, nak ambil tekanan darah tinggi atau nak cucuk jarum untuk test blood sugar kenalah guna tangan yang satu lagi.

Walaupun pesanan petugas hospital tu berattt je bunyinya, bila difikir-fikir balik, betul juga apa yang dikatakan. Tapak fistula ni memang kalau tak dijaga elok-elok boleh rosak. Tak pasal-pasal pula kita kena buat pembedahan yang baru.

Tips Penjagaan Fistula

  • Elakkan tangan yang mempunyai fistula daripada menerima sebarang tekanan yang kuat.
              (a) Pastikan tidak menindih tangan tersebut ketika tidur.
              (b) Jangan mengangkat barang-barang yang berat.
  • Pastikan pengaliran darah pada tangan yang mempunyai fistula lancar dan tidak tersekat.
           (a) Jangan memakai jam tangan, gelang, sebarang perhiasan atau barang kemas yang ketat pada tangan tersebut.
               (b) Jangan memakai pakaian yang ketat.
  • Jika mahu membuat ujian tekanan darah atau menerima suntikan, elakkan penggunaan tangan berkenaan.
  • Jika berasa gatal-gatal di sekitar kawasan fistula, jangan garu. Bersihkan kawasan fistula dengan kain lap bersih dan air suam.

*Entri ini bukan nasihat perubatan atau 'medical experts opinion'. Info di atas sekadar perkongsian maklumat umum. Rujuk atau hubungi doktor anda untuk penjelasan yang lebih terperinci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...