Khamis, Mac 06, 2014

Kami Histeria - Berbeza tapi...

Sebelum ni, bila lihat trailer filem 'Kami Histeria', rasa teringin nak tengok. Daripada apa yang dicanang-canangkan, filem ni bergenre komedi+seram+fun. So, once dah ada kat Astro First, saya pun tontonlah filem ni (dengan keselesaan boleh baring & golek-golek di rumah hehehe).

Jalan cerita biasa je sebenarnya - tentang kumpulan anak gadis yang cuba untuk lancarkan karier muzik mereka dengan upload lagu-lagu di Youtube. Cuma garapannya lebih segar. Setiap watak ada karakter tersendiri yang menghidupkan cerita. Lima anak gadis yang menggelarkan diri mereka HISTERIA, berpindah ke rumah flat berhampiran hutan untuk memudahkan mereka berlatih bersama. Malangnya, ketika hendak mula merakamkan persembahan untuk diupload, mereka diganggu dengan bunyi wanita mengilai. Tanpa menghiraukan gangguan tersebut, mereka tetap merakamkan lagu terbaru & upload videonya di Youtube.

Lagu berkenaan menjadi hit dan mendapat sambutan luar biasa. Setelah tampil dengan lagu yang seterusnya (yang dianggap gagal), lima gadis ini terpaksa percaya bahawa  kejayaan lagu mereka sebelum ini adalah atas kolaborasi tidak sengaja mereka dengan Cik Lang (langsuir). Maka, demi mencapai misi menjadi artis terkenal, mereka nekad untuk mengajak Cik Lang menyumbangkan suara dalam lagu mereka yang seterusnya.
Kredit Imej: www.bakul2011.com

Cik Lang bersetuju untuk membantu tetapi dengan syarat. Apabila lagu baru HISTERIA featuring Cik Lang berjaya memahatkan nama kumpulan itu hingga tercalon ke ABP, Cik Lang menagih janji agar Afdlin Shauki dibawa bertemu dengannya. Cik Lang yang cantik rupawan tu rupa-rupanya peminat setia Afdlin. So, HISTERIA berdepan dengan kata dua - culik Afdlin untuk 'dihadiahkan' kepada Cik Lang atau berdepan dengan mati.

Boleh dikatakan, 45 minit pertama cerita ini menarik dan menghiburkan. Cuma bagi saya, filem ini gagal mengekalkan rentak yang seragam hingga ke akhir cerita. Lagu-lagunya pun biasa. Saya mula bosan apabila dua tunggak utama HISTERIA (Diana Danielle & Sara Ali) mula bergaduh sesama sendiri.  Masuk pula watak Pit (Izzue) yang tak bantu jernihkan keadaan pun. Kemudian, scene kemuncak Cik Lang bertukar wajah dan 'bertempur' dengan HISTERIA sangat menghampakan. Langsung tiada elemen seram dan saspen! Mungkin kerana apa juga teknik komputer yang digunakan untuk efek langsuir terlalu ketara hingga nampak tidak realistik. Apapun itu sekadar pendapat peribadi saya. Secara keseluruhan, filem ni bolehlah ditonton sebagai hiburan. 'Kami Histeria' memang sedikit berbeza, tetapi tidak dapat mencetuskan fenomena.




4 ulasan:

  1. tak perasan pun cerita ni...kelakar je sinopsisnya

    BalasPadam
  2. @munirah rahman boleh geng ngan akak, munirah. akak kalau komedi seram tu bolehlah tengok, sebab tau tak seram ;)

    BalasPadam
  3. @msredcheesecake boleh tengok citer ni kalau nak tonton s/thing yg ringan :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.