728 x 90

Khamis, 20 Mac 2014

Kepingin Bangat deh!

Setiap kali keluar, saya akan pasang niat nak beli snek keledek favourite saya kat mana-mana outlet Shihlin Taiwan Street Snacks. Tapi, kerap kali terlupa! Sibukkan benda lain. Nanti dah sampai rumah baru buat muka terkulat-kulat sebab tak dapat apa yang diingini. Dah teringin sangat dah ni! Bayangkan, kali terakhir saya makan keledek ni bulan sembilan tahun lepas.

Tempting tak? Sedap tau makan panas-panas! Err,..ni gambar tahun lepas...

Apa yang saya suka tentang jejari keledek goreng ni sebab tepung adunannya yang rangup. Makan panas-panas memang syiokkkk! Rasa manis keledek dengan 'seasoning' yang diletakkan memang buatkan snek ini snek gorengan kegemaran saya. Semoga ada rezeki saya untuk nom..nom.. keledek ni dalam masa terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...