NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Isnin, 24 Mac 2014

Lagu 'Singkapkan Doa Kami' - Suntikan Semangat buat Yang Setia Menunggu

Setiap hari kita akan tertanya-tanya apa perkembangan MH370. Kadang-kadang rasa hampa juga apabila tiada sebarang perkembangan yang bawa perkhabaran gembira. Tetapi, apabila kita balikkan pada rahsia dan rancangan Allah, tentu ada hikmah besar di sebalik semua ini.

Sebelum ini saya dah tulis entri berkenaan lagu Encik Mimpi - Doa Untuknya dan guitar chordsnya, hari ini saya nak kongsikan sebuah lagi lagu untuk MH370 karya Ly dan Baiduri, nyanyian Riz, AF6.

Lirik Lagu 'Singkapkan Doa Kami' - Riz AF6
Ciptaan: Ly & Baiduri

Awan bisik padaku
Di mana dan ke mana
Dia pergi membawa kasih dan sayang

Tuhan tunjukkan tanda
Pada kami yang alpa
Segala terjadi menjadi misteri

Di situ ada cinta
Di situ ada ria
Masih dalam ingatan
Sebahagian dadaku

Di mana kau berada
Dengan siapa kau bersama
Ketahuilah
Aku merinduimu

Bergemerlap langit ke tujuh
Dengan doa-doa pasrah
Namun mengharap ihsan kepulangamu

Ku mimpikan kau sejahtera
Inginkan selamat selamanya
Kembali ke pangkuan keluarga tercinta
Kembalilah…


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...