728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 25 Mac 2014

Soalan yang Tiada Jawaban, Misteri yang Belum Selesai



Kelip-kelip ku sangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib ku sangka mati,
Kalau mati mana kuburnya,...


Sayu hati dengar pengumuman status terkini MH370 oleh PM sebentar tadi. Sedih tengok reaksi ahli keluarga yang terlibat. Yang masih mengharap,..yang setia menunggu, betapa remuknya hati mereka, hanya Allah yang tahu. Semoga mereka tabah dan redha. Setiap apa yang berlaku rencana Sang Pemilik Nyawa. Kita perlu terus doakan yang TERBAIK.


Sekadar renungan:
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

(Muslim)

2 ulasan:

  1. nak redha bukan mudah... kita usaha terima sebaiknya ketentuan Allah

    BalasPadam
  2. @msredcheesecakememang,...kita cakap kita redha tapi tak semudah yang kita sangka.

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...