NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Jumaat, 21 Mac 2014

Odd Todd jadi Otottt!

Ini kisah anak-anak didik saya yang prasekolah dan Tahun 1. Lesson minggu ini on 'Numbers' dan mereka turut didedahkan dengan konsep odd numbers (nombor ganjil) dan even numbers (nombor genap). So, saya datangkan 'kawan-kawan baru' untuk mereka. Odd Todd yang sangat suka akan nombor ganjil manakala Even Steven, si penggemar nombor genap.


Setelah menerangkan apa itu nombor ganjil dan genap, saya buat aktiviti bersama mereka. Saya minta setiap murid bergilir-gilir ambil satu keratan kad (yang mengandungi nombor) dari 'Mystery Box'. Mereka perlu tentukan nombor berkenaan patut diberikan kepada siapa? Odd Todd atau Even Steven? Alhamdulillah, penglibatan aktif mereka meyakinkan saya yang anak-anak cilik ini terang hati dan faham apa yang dipelajari. Cuma, telinga saya menangkap sesuatu yang kurang enak apabila mereka mengklasifikasikan nombor ganjil.

"To whom should we give this number?"
(Soal saya apabila salah seorang daripada mereka menunjukkan kad bernombor 37)

Otottttt!

*Kids, I'm sure we'll be having a lot of fun with speaking & pronunciation activities.

2 ulasan:

  1. wakakaka..memang kelakar bila dengar pelat budak2 kecik ni kan farah..kekadang tu dorang x berapa pandai nak bunyikan perkataan dengan betul lagi..so, bila dengar dorang sebut perkataan tu jadi lucu dan ganjil :D

    BalasPadam
  2. ahaah..budak darjah 1 dn pra mmg masih pelat...yg pasti tulisan cikgu Farrah mmg kemas dan cantik!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...