728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 8 Mac 2014

Pray for MH370

Tumpuan dunia kini berpusat pada Malaysia dengan misteri pesawat MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan. Dengan keadaan penumpang dan krew kabin yang tidak tentu hidup matinya, apa yang menyedihkan, terlalu banyak spekulasi yang dibuat oleh orang ramai di laman sosial. Sudah terhempas,...sudah mendarat,...dirampas atau diserang oleh pengganas,...malah ada yang melampau hingga mengaitkan isu kehilangan MH370 dengan senario politik di Malaysia! Mengucap panjang saya! Tidakkah mereka sedar yang setiap apa yang berlaku dengan izin Allah? Tidakkah mereka sensitif terhadap perasaan ahli keluarga penumpang & krew pesawat tersebut?

Saya berharap status MH370 akan dapat diketahui secepat mungkin. Tak terbayang rasanya berapa banyak hati yang sedang mengharapkan keselamatan dan kepulangan yang tersayang ke sisi mereka. Semoga mereka semua tabah dan bersedia untuk menerima apa saja kemungkinan. 

#PrayForMH370

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...