728 x 90

Sabtu, 5 April 2014

Cucur @ Jemput-jemput Kacang Soya


Hari ni buat cekodok kacang soya. Lebihan hampas kacang soya yang dibuat air, jangan buang. Sedap buat jemput-jemput. Campur & gaulkan hampas kacang soya dengan tepung gandum, isi ketam, bawang merah yang dipotong dadu, sebiji telur, garam secukup rasa dan sedikit air. Bulat-bulatkan dan goreng. Resepi saya kali ni main agak-agak je dan ikut apa bahan yang ada di rumah. Tapi, kalau nak resepi sedap, boleh rujuk resepi yang dikongsikan oleh Kak Fida My Resepi di sini. Dulu masa mula-mula kenal cekodok kacang soya, teman saya beri resepi Kak Fida untuk dicuba.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...