Khamis, 3 April 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan

Mari kita ramai-ramai sertai GA bersempena meraikan entri ke 1000 Buasir Otak. Klik pada banner di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut.



Artikel Pilihan:

Kita bayar lebih tanpa kita sedar bila...

Bayar untuk harga barang lebih daripada yang sepatutnya? Sebenarnya perkara ini kerap berlaku sama ada kita sedar ataupun tidak. Lagi-lagi kalau kita pergi shopping di pasaraya atau hypermarket.

"Bukan ke cashier-cashier dekat pasaraya tu pakai 'scanner'? Macam mana pula boleh kita terlebih bayar?

Betul. Cashier memang akan scan atau key-in harga barang ikut barcode pada item-item yang kita beli,...tapi betulkah harga pada item tersebut? Itukah harga yang kita 'setuju' untuk bayar?

Situasi 1
Kita mahu beli ikan bilis. Terdapat 3 hingga 4 pilihan ikan bilis dengan harga yang berlainan. Kita pilih ikan bilis yang harganya berpatutan. Tidak terlalu murah atau mahal. Kemudian, kita akan timbang ikan bilis yang kita ambil dan printed barcode akan dilekatkan pada plastik.

At this stage, kita hanya mahu pastikan semua barang yang kena timbang, kita timbang untuk dapatkan pelekat harga@barcode. Tak ada barcode, tak lepas cashier.

Tetapi, pernah tak kita terfikir nak semak butir-butir pada pelekat harga@barcode sebelum bergegas ke kaunter pembayaran?

Di sini kesilapan selalu berlaku. Pekerja yang menimbang barang-barang berkemungkinan besar terkeliru dengan harga. Mereka pun manusia. Bayangkan kalau ikan bilis ada 3 hingga 4 pilihan, mangga dan oren ada beberapa jenis (dan semuanya nampak macam sama je), bagaimana mereka nak ingat harga mana untuk item yang mana? Silap-silap, diorang punch harga ikan bilis paling mahal -- kita sambut dan bayar harga yang tertera. Sedangkan pada awalnya, kita decide nak beli ikan bilis dengan harga yang sederhana.

Situasi 2
Pasaraya besar kebiasaannya membuat promosi saban minggu. Banyak semakan harga dibuat, potongan harga untuk barangan promosi atau harga istimewa jika kita beli sesuatu item pada kuantiti tertentu. Jadi, ketidakseragaman harga kerap berlaku.

Contohnya, kita hendak beli susu segar. Harga sekotak susu segar (1 liter) ialah RM5.50. Kebetulan ada promosi istimewa - beli 4 kotak dan kita hanya perlu bayar RM16. Untung tuh! Lagipun susu memang keperluan mingguan kita. Apa salahnya beli banyak minggu ni. Minggu depan tak perlu beli lagi. Kita pun pergi bayar di kaunter dan bayar jumlah keseluruhan barang-barang yang kita beli. Rupa-rupanya berlaku ketidakseragaman harga yang dipaparkan di rak jualan dengan harga dalam sistem. Perkara ini biasa terjadi. Harga di dalam sistem masih belum dikemaskini dengan harga promosi atau harga terkini. So, kita end up bayar 4 kotak susu tu dengan harga asal (RM5.50 x 4) dan pulang dengan hati yang gembira kononnya kita dah dapat good bargain untuk susu.

Oleh itu, pastikan kita semak kembali butir-butir pada barcode. Semak juga resit pembelian. Memang nampak remeh. Tetapi sebagai pengguna, kita perlulah bijak. Bayar apa yang kita beli pada harga yang betul. Kalau perbezaan harganya sedikit mungkin boleh pejam-pejam mata, tapi dibuatnya perbezaan harganya besar -- tidak ke lari budget! Kita juga yang kerut dahi complaint barang-barang makin mahal :) 
 Tamat

GiveAway Contest akan ditutup pada  
[Sabtu, 5 April 2014 jam 11.59 malam]

4 ulasan:

  1. @husna zahidi Betul. Kita selalu lupa, main bayar je...

    BalasPadam
  2. Tu lah..kadang2 kita terlepas pandang kan?
    Sebab dah percaya pada kerja cashier.
    Nak..nak..bila sedang mengawal hero2 yang terlebih aktif ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm bila dah ada hero-hero aktif, memang tak sempatlah, Shikin.
      Fokus memang pada mereka je :)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...