728 x 90

Rabu, 2 April 2014

Hari Kesedaran Autisme Sedunia


Tanggal 2 April diisytiharkan sebagai 'Hari Kesedaran Autisme Sedunia' atau 'World Autism Awareness Day'. Tujuan hari ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autistik. 

Kredit Imej: www.caymanactive.com
'Hari Kesedaran Autisme Sedunia' disambut dengan tema warna biru - 'Light It Up Blue'. Di Malaysia, mungkin sambutan hari ini tidak sehebat negara luar. Pendedahan masyarakat kita kepada apa itu autisme masih rendah. Jika di luar negara, bangunan-bangunan pencakar langit dan lokasi besar yang menjadi 'landmark' sesuatu tempat akan memberi sokongan dengan cara menyalakan lampu biru.

Sydney, Australia (Kredit Imej: www.autismawareness.com.au)

Tahun ini, pelakon dan pengarah terkenal Jet Li, melalui 'One Foundation' yang ditubuhkan olehnya telah menganjurkan acara 'I Will Not Speak'. Kita hanya perlu ambil sedikit masa (ikut keselesaan sendiri) untuk diam sebagai simbolik kita memahami kesukaran yang dilalui oleh mereka dalam memastikan kelangsungan hidup.

Kredit Imej: Jet Li Facebook Page

'Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia'

*Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang berkait dengan masalah hubungan sosial, masalah komunikasi, perubahan emosi, kurang kebolehan berimaginasi dan bermain. Malah, anak autistik akan menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; lebih-lebih lagi berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

3 ulasan:

  1. Kesian pada kanak-kanak autism ni.
    Juga cabaran for parents.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Parents kena betul2 kuat untuk handle anak-anak istimewa ini :)

      Padam
  2. kena banyak sabar handle anak autism ni , kena rajin ajar mereka berulang ulang insyaAllah

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...