Jumaat, Mei 02, 2014

Panduan Ketika Membantu OKU Penglihatan

Kadangkala, apabila terserempak dengan golongan tunanetra ni, ramai yang tergerak hati untuk menghulurkan bantuan. Apalagi apabila insan istimewa tersebut ingin melintas jalan atau memerlukan bantuan tunjuk arah. Tetapi, ada beberapa perkara yang perlu kita titikberatkan.

Jika mahu memimpin atau menuntun mereka:

  • Jangan sekali-kali mengambil atau menarik tongkat mereka. Segelintir daripada kita beranggapan bahawa cara paling mudah untuk menunjukkan jalan kepada golongan ini adalah dengan menarik/memegang mana-mana bahagian tongkat mereka (dgn niat mereka akan lebih senang menurut langkah anda). Sebenarnya, tindakan ini akan 'melemaskan' mereka. Tidak keterlaluan jika saya katakan akan membuatkan mereka panik. Tongkat umpama mata buat mereka. Jika kita gunakan mata untuk lihat lubang, tunggul, batu atau kayu,...mereka guna tongkat untuk kenal pasti semua objek ini. Jadi, apabila kita tarik tongkat mereka (tongkat tak cecah bumi), mereka tak dapat rasa apa-apa. Secara tak langsung, kita dah buat mereka rasa bimbang kerana tidak pasti dengan apa yang ada di sekeliling mereka.
  • Pimpin mereka dengan memegang bahagian siku atau lengan dengan lembut.
  • Jangan 'heret' atau 'tarik' mereka. Langkah kita tidak sama dengan langkah mereka. Jadi, sebaiknya, jalan beriringan dan biar mereka ikut 'pace' langkah mereka dengan selesa. 
  • Jika perlu, berikan arahan dengan jelas. Seandainya mahu belok ke kiri, nyatakan yang kita perlu belok ke kiri sekarang,.../lepas langkah longkang ni, kita akan belok ke kanan,...Ingat, yang ada mata untuk melihat tu kita dan yang kita pimpin tu tak tahu apa yang bermain di fikiran kita. Elok-elok jalan lurus, tiba-tiba kena heret ke kiri. Nanti tak pasal-pasal kita buat dia tersentak.

Mudah je kan? Membantu golongan ini memang amalan yang terpuji, tetapi biarlah kena dengan gayanya. Jangan niat kita nak menolong tetapi akhirnya memudaratkan mereka pula. 

*Panduan ini sekadar perkongsian berdasarkan pemerhatian dan pergaulan saya dengan insan-insan istimewa :) Semoga bermanfaat buat kita semua.




1 ulasan:

  1. haaa.... post ni mmg bagus! sebab kengkadang dalam kite nak tolong tu... kite tak tau nak buat ape... nak buat macam mane... atau macam mane nak approach dorang... kang kalo tetibe pegang kang tak pasal2 kne bambu dengan tongkat... kehkehkeh ^^

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.