NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Jumaat, 30 Mei 2014

Resepi Roti Jala

Meh 'menjala'. Buat untuk sarapan atau minum petang :)

Resepi Roti Jala


  • 1/2 kg (500g) tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 400 - 500ml air
 
  • 2 sudu besar mentega cair
  • minyak masak/mentega/marjerin untuk melenser
  • beberapa helai daun pandan

  • acuan roti jala
  • kuali leper

Cara-cara:
  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
  2. Buat lubang di tengah mangkuk. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan 1 sudu besar mentega ke dalamnya.
  3. Kacau adunan menggunakan 'whisk' hingga sekata dan tidak bergentel.
  4. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan menjadi bater roti jala yang tidak terlalu pekat.
  5. Tapis dengan penapis halus.
  6. Rehatkan adunan buat seketika.
  7. Panaskan kuali leper di atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas/mentega dengan daun pandan. (Ambil beberapa helai daun pandan, ikat dengan getah.)
  8. Isikan sedikit bater ke dalam acuan roti jala.Tebarkan acuan membentuk juraian bulat. Biarkan masak seketika. Kemudian gulung.Ulang proses sehingga bater habis.
  9. Hidangkan bersama kari atau sanuk durian.

3 ulasan:

  1. simple ja kan..dlu buat cair sangat batter nya..pedup dah..hhu

    BalasPadam
  2. Ingat lagi masa first time try buat.. Taj menjadi juraian dia. Sebab tak pandai agak adunan. Tercair masa tu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...