728 x 90

Khamis, 19 Jun 2014

Mood Buat Cookies Dah Sampai! (Episod 2)

Berkobar-kobar pula saya buat biskut sempena nak sambut puasa. Sebelum ni dah buat Chocolate Chip Cookies. Hehehe bukan untuk raya ye. Tahun ni plan memang tak mahu berpenat lelah menerap kuih di bulan Ramadhan. Nak tunjuk-tunjuk je :) Agaknya sebab dah pasang niat macam tu, asyik teringin je nak makan biskut itu ini. 

Dari dapur, saya persembahkan untuk tatapan mata,..

Biskut Tat Beri Biru Berkeju atau nama orang putihnya 'Cheesy Blueberry Jam Tarts'

.
Beratur tunggu turn masuk oven.

Sejak kecil, saya memang suka sangat makan tat bunga begini berbanding tat gulung kerana dasar biskutnya rapuh dan rasa jemnya yang kering terbakar di bahagian atas. Apa yang best tentang tat beri biru ini ialah gabungan dohnya yang masin-masin berkeju dengan jem 'blueberry' yang masam-masam manis. Memang tak puas makan!

Nanti saya upload gambar biskut setelah siap dibakar beserta resepinya ya. Boleh cuba untuk raya ni :)


Updated! [21 Jun 2014]


2 ulasan:

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...