NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Saya belum berpeluang untuk buat entri rasmi mengenainya lagi but what is interesting is #lelakilangitbumi ada menyentuh tentang blogger and will evolve with bloggers as well.


Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat saya menulis entri ini, #lelakilangitbumi dah ada 20 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada #lelakilangitbumi? Baca #lelakilangitbumi dan pilih watak kegemaran anda --> #teamdiha atau #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam #lelakilangitbumi kelak.


Rabu, 9 Julai 2014

Aktiviti Go Green with The Kids

Jumaat lepas, untuk kelas BM, murid-murid Tahun 3 belajar tentang alam sekitar. Mereka belajar konsep sayangi alam sekitar dan tindakan-tindakan mudah yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian untuk pelihara kesejahteraan bumi. Basically, amalan Go Green! bukan sesuatu yang baru dalam kelas saya. The kids sudah dibiasakan untuk:
  1. Guna semula kertas terpakai sebagai rough papers (untuk conteng jalan kerja Matematik atau buat rangka karangan).
  2. Tidak buang beg plastik sebaliknya simpan dalam kotak khas supaya boleh digunakan semula. (Anak-anak didik saya especially yang kecil-kecil, datang tuisyen macam pergi piknik! Bawa bekal dan jajan segala! So, masing-masing dah terbiasa. Sampah buang dalam tong sampah. Beg plastik masuk kotak. Nanti bila cikgunya rajin, cikgu akan lipat plastik-plastik tu supaya kemas.)
  3. Tin aluminium dan botol jus/air mineral dimasukkan ke tong kitar semula yang disediakan.

Selanjutnya, kami buat poster mini. Hanya perlukan:
  • Kertas kosong (guna kertas terpakai tau!)
  • Pensel warna
  • Ink Pad Hijau

The kids lukis sendiri batang pokok, akar dan ranting pada kertas . Kemudian, menggunakan cap jari dan ink pad hijau, mereka akan buat daun-daun pada pokok. Oh, jangan lupa sediakan wet tissues untuk aktiviti ini. Kalau tak, ada yang balik dengan muka yang penuh kesan cap jari :) Nak tengok hasilnya?

Finger prints tree. Cantik kan?

6 ulasan:

  1. Pendedahan terbaik untuk budak2kan?

    p/s done follow u..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Thanks, saya memang dah follow 'Bila Aku Berkarya' :)

      Padam
  2. Woowww...inipun boleh jadi hasil kreatif kan?
    Ade ea ink pad hijau.
    selalu nampak yang biru , hitam n merah je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak guna ink pad utk crafts, Shikin. Tak pun yang memang khas utk aktiviti finger printings. Macam gambar kat atas tu ink pad version kecil :)

      Padam
  3. Untung diorang dapat ilmu dari Kak Farrah yang kreatif ni!

    BalasPadam
  4. bestnye dpt didikan dr kak farrah.. anak2 murid semua leh jd kreatif...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...