728 x 90

Sabtu, 19 Julai 2014

Allah Duga Apa yang Termampu oleh Hamba-Nya

Salam belasungkawa buat semua ahli keluarga dan waris MH17. Semoga kalian tabah. Nahas yang mengejut dan menggemparkan dunia ini pasti mengelar kesan yang dalam pada hati kalian. Apapun, kita perlu redha dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya, ini dugaan daripada Sang Pencipta.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sekadar renungan:

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

(Muslim)


13 ulasan:

  1. Takziah buat ahli keluarga mangsa MH17.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Itulah. Simpati pada keluarga mangsa2 yg terlibat.

      Padam
  3. takziah buat mereka semua.. semoga berada dalam golongan yang dikasihi-Nya

    BalasPadam
  4. Takziah keatas keluarga mangsa. Semoga mereka (Muslin) yang terkorban dicucuri rahmat

    BalasPadam
  5. Al fatihah dan redha dgn pemergian mereka tetapi tetap sedih kerana mereka pergi dgn cara begitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sedih kan,..tapi itu dah tertulis utk mereka.

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...