Selasa, Julai 29, 2014

Ingin aku jadi terbaik bagimu,..


Dah dengar lagu terbaru Dato' Siti Nurhaliza - Terbaik Bagimu? Besttt sangat! Saya sebenarnya kurang gemar dengan lagu-lagu Dato' Siti yang dimuatkan dalam dua tiga albumnya yang lepas. Bagi saya kurang menyengat. Tetapi, bila dengar Cekengah 'hum' lagu ni, terus jatuh cinta!

Lagu 'Terbaik Bagimu' merupakan gubahan komposer dari seberang, Ade & Jeje Govinda. Pada asalnya, lagu ini mengisahkan pengorbanan dan kasih seorang wanita yang tidak dihargai oleh kekasih/suami. Disebabkan Dato' Siti mahu lagu-lagu yang terkandung dalam album 'Fragmen' berkisar tentang perjalanan dan peristiwa hidupnya, lirik lagu ini telah diubahsuai supaya menjadi lebih personal. 'Terbaik Bagimu' menggambarkan seorang wanita yang sangat menyayangi si suami. Pada masa yang sama, dia merasakan dirinya masih belum cukup menzahirkan penghargaan dan kasih sayangnya.

Cubalah dengar. Touching juga :)

Lirik Terbaik Bagimu - Dato' Siti Nurhaliza
Ciptaan Ade & Jeje Govinda

Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudah
Menjadi bintang terang hidupku

Masih kurang rasaku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang

Rasaku kamu ada
Di saat senyum juga tangismu
Rasanya kamu sudah
Jadi yang terbaik bagi aku

Masih kurang rasaku
Mencintai hati mu
Ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu


Nota Senyum: Inginkan chords 'Terbaik Bagimu'? Nanti saya usahakan ye :)


Kemaskini 3 Ogos 2014



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


10 ulasan:

  1. same la. xminat sangat lagu2 siti nurhaliza.

    tapi ade lagu baru beliau.. 'jaga dia untukku' best sangat..

    banyak ek lagu bru beliau. nt nak dengar la =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak xhbs galur lg album baru dia, tp mmg suka dgr lagu nih :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Touching, kan...slalu lirik lagu cenderung ke arah cinta/kasih tak dihargai je...

      Padam
  3. haha.. tak semua lagu siti akak suka... tp ada lagu2 dia yg boleh masuk gak ngn jiwa akak.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, kak. Kdg2 ada lagu siti yg langsung tak leh masuk ngan saya :)

      Padam
  4. terkeliru kejap dengan lagu beliau yang 'jaga dia untukku' :D

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.