Khamis, 17 Julai 2014

Jangan kecam gadis itu,...


Jangan kecam gadis itu,
Hukuman kita sebagai masyarakat tidak akan menjadikan dia lebih baik.

Jangan cerca gadis itu,
Hinaan dan kejian kita tidak akan meruntuhkan ego dan angkuhnya.

Jangan terus mengutuk dan mengaibkannya,
kerana secara tak langsung kita dah samakan diri kita dengannya,
dan mungkin kita miliki kelemahan yang serupa.

Tetapi, pandang diri sendiri,
lihat orang tersayang di sekeliling kita,
muhasabah diri.
Andai anda tonton video itu,
usah pertikaikan kebiadaban dan kebongkakan si gadis,
tetapi pertikaikan,..
sudahkah anak-anakku dibimbing
untuk belajar menghormati orang lain?
sudahkan adik-adikku dididik 
supaya sentiasa bertenang dan merendah diri?
sudahkah ahli keluargaku dilentur
agar betah memohon maaf dan memberi kemaafan?

Jangan cemuh gadis itu,
dia sudah melakukan banyak kerosakan pada dirinya dalam masa 1 hari.

Some people are just broken. Don't help them to be popular ;)

Nota Senyum: Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah tersembunyi. Cuma kita perlu bijaksana untuk menilai setiap perkara dari perspektif yang berbeza.

12 ulasan:

  1. Maaf jika saya berkata..Tak semua menghina. Kebanyakkannya mempertikaikan kebiadapan wanita itu. Kalau kita di tempat dia, kita yang biasa bersikap sopan takkan mendadak berkelakuan seperti itu. Kerana sekarang orang dah rasa diri mereka besar. Video itu memang patut menjadi lesson to everyone especially those GANGSTERS OUT THERE!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak setuju sangat dengan Shikin. Video tu memang sesuai jadi teladan untuk semua. Cuma, akak masa tonton video tu terfikir, macam manalah kalau satu hari anak-anak kita bersikap begitu. Itu yang terpanggil untuk lihat keadaan diri sendiri. Urut dada juga bila baca kata-kata kesat yang segelintir masyarakat lontarkan terhadap si dia. Bimbang jadi ikutan anak-anak. Dianya dah tentu macam tu.

      Padam
    2. Terima kasih, kak Farrah.
      Ade yang berkata kesat ke? Ermm...mmg tak patut lah camtu.

      Padam
    3. Ada, Shikin. Macam2 perkataan tak elok yg keluar. Kita yg baca ni boleh urut dada. Thanks, ye. Dah tonton dah video tu. Itulah, sebenarnya semua yang berlaku ada hikmah,...baik untuk si pelaku dan kita sendiri :)

      Padam
  2. Ayat-ayat kau makan dalam, Mon! Sekali baca macam ko backing dia, TAPI,....
    makan dalam...makan dalam... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah aku tak tahan la,... skrg ni dah jadi trend...buat benda bodoh, glamour seantero dunia!

      Padam
  3. Setuju dengan Farrah, sebelum kita mengata dia baiklah kita cermin diri kita dahulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kebiasaannya masyarakat kita bila berlaku perkara2 begini memang akan cepat mengamuk, melatah,..tapi tak ambil iktibar utk diri...tak terfikir pun nak muhasabah diri, anak2 & keluarga agar tak berkelakuan begitu.

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...