Sabtu, Julai 19, 2014

Resepi Mudah - Sambal Hijau Tempe dan Tauhu


Sambal tempe dan tauhu ni mudah je nak disediakan. Selalunya saya buat guna cili merah atau cili kering. Kali ni tukar selera, kita guna cili hijau pula. Goreng tauhu dan tempe yang telah diperasakan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan. Tumbuk kasar cili hijau (lebih kurang 10 biji) dan tumis bersama sebiji bawang besar (didadu) sehingga cili masak. Masukkan dua sudu besar cuka putih dan sedikit garam. Biarkan seketika. Kemudian, gaulkan dengan tempe dan tauhu. Sedia untuk dihidang :)


Eh, kejap! Biar saya tepek resepi sambal hijau di bawah ini:


Resepi Sambal Hijau Mudah

Bahan yang diperlukan:
  • 1 - 2 labu bawang besar (potong dadu)
  • 4 - 5 ulas bawang putih (mayang)
  • 6 batang cili hijau dan 5 batang cili api (cili ni ikut citarasa masing-masing - boleh tumbuk/blend saja)
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Panaskan kuali. Masukkan 2 ke 3 sudu minyak. Tumis bawang merah, diikuti dengan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili hijau dan cili api. Tumis hingga garing. Masukkan asam keping. Perisakan dengan garam. Hasilnya sepatutnya jadi macam sambal berlada hijau. 


22 ulasan:

  1. Kak Farrah memang tak lokek berkongsi resipi.
    Keep up the good work.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. thanks, shikin. nantikan kunjungan balas akak ye ;)

      Padam
    2. Thanx akak. Saya klik time weken je sebab hari biasa jarang on laptop.

      Padam
  3. kau & tempe mmg xdpt dipisahkan,...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak masukkan cuka boleh tak?

      Padam
    2. Boleh. Tak ada masalah. Tetapi tak dapatlah rasa masam-masamnya tu. Kalau tak masukkan cuka, boleh juga tukar dengan letak 1 - 2 asam keping :)

      Padam
  4. Balasan
    1. tak. coz pakai cili hijau je. nak pedas kaww kaww tambah cili api sikit :)

      Padam
  5. huuurm kalo tempe goreng saja pun dah sedap..
    ni apa lagi maska masak gini ooonomnom..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg,..tempe tu klu goreng camtu nipis-nipis, garing-garing...fuhhh sedappp!

      Padam
  6. Nampak menarik. tapi anti biji cili @ biji cabai kata orang utara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, anti biji cabai rupanya,..kira memang tak makan cabai langsung la ni...

      Padam
  7. X pernah lg buat resepi ni mudah easy meazy lah argghhh x kira ptg ni nk g cari tempe dan tauhu dh terliur neh :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan JM. Mmg mudah sangat! Selamat mencuba!

      Padam
  8. waaaa sedapnya tengok... esok nak trylah... hari ni dah masa tempe masak kicap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. KM pun suka tempe gak ye....selamat mencuba :)

      Padam
  9. Sedapni mkn cm 2 je.
    Jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.