Ahad, 31 Ogos 2014

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 57!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Saya Anak Malaysia.
I am proud & grateful to be a Malaysian :)

Sabtu, 30 Ogos 2014

Hari Nombor Cantekkkkk!

Oh, ini bukan cerita hari ini,..cerita kelmarin. Tengah intai-intai blog, terperasan nombor-nombor cantik yang appeared di blog. Cepat-cepat saya captured.


Alhamdulillah, followers saya dah 333! Terima kasih banyak-banyaklah ye pada yang sudi follow blog saya. From FAMF Tower masih merangkak dan bertatih lagi. Nama je mula berblogging sejak 2008, tapi baru dua tahun nilah aktif balik. Dulu-dulu, orang ada blog, saya nak ada blog jugak. Hihihi, akhirnya terbiar bersawang. Masa tu blogwalking, followers, ping entri satu apa pun saya tak faham ;)

Ini pula bilangan page view. 


Saya hargai setiap kunjungan kalian. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak!


Kord Gitar Warisan - Sudirman Hj Arshad (Easy Chords)

Sejak kecil, saya memang jatuh hati pada lagu ini. Bagi saya rasa cinta yang cuba dizahirkan melalui liriknya sangat tinggi.  Benar, sesuatu perjuangan itu tidak semestinya diteruskan dengan hanya menggunakan senjata. Banyak lagi cara lain untuk kita berbakti dan buktikan kecintaan kita pada negara.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 57


Lirik dan Kord Gitar Warisan - Allahyarham Sudirman Hj Arshad (Easy Chords)

Am E
Di sini lahirnya sebuah cinta
F E
Yang murni abadi sejati
Am E
Di sini tersemai cita-cita
F E Am
Bercambah menjadi warisan

C Dm
Andai ku terbuang tak diterima
G C
Andai aku disingkirkan
Dm E
Ke mana harusku bawakan
F
Ke mana harusku semaikan
E
Cinta ini

Am F
Betapa di bumi ini ku melangkah
Dm E Am
Ke utara selatan timur dan barat ku jejaki

C Dm
Aku bukanlah seorang perwira
G C
Gagah menghunus senjata
Dm E
Namun hati rela berjuang
F G
Walau dengan cara sendiri
Am
Demi cinta ini

 
Am E
Ku ingin kotakan seribu janji
F E
Sepanjang kedewasaan ini
Am E
Ku ingin sampaikan pesanan
F G Am
Akulah penyambung warisan


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Senyum untuk Hujung Minggu yang Panjang


Walaupun saya memang tak kerja hari Isnin, saya tetap excited untuk orang lain yang akan enjoy hujung minggu yang panjang :) 
Have a blastful weekend!
Jangan lupa raikan Hari Kemerdekaan dengan rasa cinta dan syukur.


Nota Senyum: Tengoklah, saya dah tak sabar nak mula bulan baru. September, please be good to me ;)





Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta,..

Adakah kita sebagai rakyat Malaysia bijak menzahirkan rasa cinta dan sayang akan negara? Ambil bahagian dalam #mycinta. Kalian hanya perlu upload gambar yang bertemakan kecintaan terhadap Malaysia. Berminat? Klik saja pada pautan di bawah ye.


 Salam Merdeka!


Khamis, 28 Ogos 2014

...macam Johnny English!

Kredit Imej: funny-pictures.picphotos.net

Semasa kelas berlangsung malam tadi. Bersama murid-murid Tahun 1 saya.

Dhia  :  Cikgu tak sihat ye hari ni? (Dengan muka concern Dhia datang rapat dan rasa dahi saya.)

Saya  :  Hmmm,..cikgu semput. Biasalah cuaca sejuk kan sekarang.

Irfan  : Cepat! Pakai,..(buat gaya pakai asthma inhaler dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Dhia capai kotak pensel saya dan hulurkan inhaler pada saya).

Saya: Thanks. Don't worry. Cikgu dah pakai inhaler ni tadi.

Aliff: (Tanpa mengangkat wajah sebab tengah leka mewarna bentuk di lembaran kerja) Cepat sembuh ye, cikgu. Suara cikgu lainlah! Macam Johnny English!


Johnny English?! Kenapa Johnny English? Lama jugak saya fikir. Oh, betullah. Saya semput dan batuk. Suara memang lain sikit + sengau. Dah tu bila mengajar, nafas sangkut-sangkut. Cara Rowan Atkinson tu bercakap kan macam tertahan-tahan. Ada-ada jelah budak-budak ni!


Nota Senyum: One of the perks of being surrounded by kids. They can make you laugh even when you can't afford to smile ;)

Nak senyum lagi? Baca kisah Big Teacher, Otottt! dan Chapati or Tosei.





Masak Campak Resepi

Hehehe itulah phrase kiut+comel dalam 'Search Keywords' saya semalam. Tersenyum seorang saya baca.








Rabu, 27 Ogos 2014

Operasi Setem

Malam tadi jadi burung hantu. Tak leh tidur. Nak buat kad atau buku skrap tak de mood nak crafty crafty. Nak petik si Kapok, takut Cekebon datang lanting saya ngan periuk pulak. Malam-malam buta memekak huhuhu,... Alih-alih inilah aktiviti saya. Rendam setem! Yang jadi teman setia saya, si Yuri. Sibuk masukkan 'paw' dia dalam bowl air tu. Becak jugalah zon sekeliling dibuatnya.

Saya memang suka tengok dan teliti setem-setem saya. Tengok gambar dan catatan events pada setem,..tengok warna,... Sekarang ada 1 lagi sebab untuk senyum apabila pandang setem. Saya akan teringat pada rakan-rakan blogger yang hantar surat, kad atau hadiah pada saya. 

Setem KLIA 2 dan bunga tasbih tu, from Dr. Shikin. Saya menang salah satu GA anjurannya. GA tu merupakan GA pertama yang saya menang hadiah. Excited sampai juling-juling mata! Setem kain pua dan cindai pula diterima melalui kiriman hadiah penyertaan daripada Mr & Mrs Hafiezy. GA sempena wedding anniversary mereka. Ni GA pertama yang saya sertai tau sepanjang saya berblogging. Nampak tak,..ada sentimental values :)

Setem-setem ni direndam sehingga gamnya tanggal. Kemudian, akan dibiarkan kering. Dah kering baru boleh masuk buku setem.



"Kak, nak berbakti tak?"


"Kak, nak berbakti tak?"

Soalan Cekebon yang ini akan buat orang lain dengar angkat kening. Berbakti? Peliknya soalan tu!

"Ada ke?" Saya tanya balik dengan muka excited.

"Dalam peti ais."

"OK, Bon. Nanti kakak nak, kakak ambil sendiri."


Suspen tak? Apa kena mengena bakti dengan something dalam peti ais? Hmmm, sebenarnya 'konsep berbakti' ni timbul disebabkan nanas. Ya, nanas. Cekebon suka makan nanas. Bila adik-adik belikan buah favourite dia ni, Cekebon akan ambil her own sweet time kat dapur untuk kupas kulitnya dan buang mata nanas tu. Kemudian, dia potong kepada ketulan-ketulan kecil dan simpan dalam peti ais. Then, dia akan makan sikit demi sikit.

Masalahnya, anak sulungnya ni memang ada darah Samseng Kampung Dusun kot! Suka sangat songlap nanas Cekebon. Kopek nanas malas! Hehehe setiap kali nak kecak nanas ibu, saya akan buat muka comel (yang tak berapa nak comel pun sebenarnya), saya akan cakap yang saya tengah buat favour untuk Cekebon. 

"Kakak tengah berbakti pada Bon nih. Tolong abiskan nanas. Bon mana leh makan nanas banyak-banyak!" 

Huhuhu ada gaya penyangak tak? So, sejak itu, setiap kali Cekebon ada nanas yang nak offer pada saya, itulah bentuk soalan yang ditanya ;)

Orait, itu cerita untuk pagi ni. Have a majestic day!



Selasa, 26 Ogos 2014

Repair Dodol

Ini projek malam tadi. Kat rumah ni, saya seorang je yang suka makan dodol. Jadi, kalau ada rezeki dodol tu, lambat sangat nak habis. Tak nak bagi rosak, masuk dalam peti ais. Sayanglah kononnya, tak nak membazir. Hmmm, masalahnya bila dodol tu dah keras lagilah tak laku!

Jadi, bermulalah projek repair dodol!


Haa,..mula-mula dodol dipotong menjadi ketulan-ketulan kecil supaya nanti mudah larut. Kemudian masukkan sedikit santan. Banyak mana? Agak-agaklah. Macam saya ni, dodolnya ciput je. Saya guna dalam suku kotak je santan 200ml tu. Yang cholestrol free & trimmed fat. Health conscious la kononnya hehehe. Kalau nak wangi, letak simpulan daun pandan. (Saya malas nak keluar rumah ambil daun pandan. Dah malam). Biarkan hingga dodol tu cair. Api dapur biar sederhana besar.

Orang kacau dodol dalam kawah. Saya kacau dodol dalam periuk kecil, pakai garpu ;) Dah nak siap dah ni. Time ni kena kerap kacau supaya bahagian bawah tak hangus.

DAH SIAP!!!

Dodol yang dah dibaiki akan jadi lebih lembut teksturnya. Lebih sedappppp! Waktu beginilah dodol ni jadi terlajak laris! Cekengah akan tersengih buat muka tak malu datang siap bawak sudu. Yang lain pun tumpang sekaki. Best served masa tengah suam-suam.


Isnin, 25 Ogos 2014

Eishh, jangan makan!

MODE: Tonton drama bersiri depan laptop.

"Eishh, jangan makan! Orang sakit urat mana boleh makan timun. Nanti berdenyut kaki dia malam kang!"

~ Dialog Emak Umar, Drama Tentang Hati, Episod 4



Ye ke? Betul ke? Baru saya tahu! Patutlah masa kaki under repair time raya, semacam je fesyen sakitnya. Berdenyut tak berhenti-henti. Nak lelap pun susah. Sampai nangis-nangislah saya menahan sakit. Muka dah keronyok abis dah asyik dok menyeringai. Huhuhu. Saya pulak bukan main seronok je meratah timun dengan kuah kacang sebelah siangnya. Hmmm, maybe sebab timun tu sejuk kot. So, urat-urat yang lemah daya ketahanan jadi terkejut :)

Note to self: Lain kali, kalau terkehel sakit urat, JANGAN MAKAN TIMUN!

Orang-orang tua dulu, kaya dengan petua dan pantang larang, kan?!


Amalan & Rawatan untuk Sakit Sendi

Sebelum ni saya pernah dengar yang lendir aloe vera digunakan untuk rawat sakit sendi. Dulu keliling rumah arwah nenek ada banyak aloe vera. Selalulah jiran-jiran nenek minta untuk buat ubat sakit lutut dan sendi-sendi yang 'ketat'.

Baru-baru ni, seorang teman saya (yang gelak sambil geleng-geleng kepala mengenangkan saya masih 'suka-jatuh-dan-terseliuh') emelkan saya kaedah rawatan Islam untuk diamalkan.


Cara Rawatan untuk Sakit Sendi

  1. Dapatkan lendir dari keratan aloe vera.
  2. Baca Surah Al-Fatihah (1X) dan Ayat Kursi (1X).
  3. Baca Ayat 22, Surah Al-Baqarah.
  4. Baca Ayat 11 - 14, Surah Al-Mukminun.

Setelah itu, sapukan lendir pada bahagian sendi-sendi yang sakit. Amalkan selalu. Dengan izin Allah, sakitnya akan berkurangan dan sembuh.

Nota Senyum: Thanks so much, Min! You are so thoughtful!


Monday yang Tidak Blues :)


Isnin datang lagi! 
Selamat menempuh minggu baru!

Kita dah masuk minggu ke-35 untuk tahun ni. Saya doakan kalian semua memulakan hari dengan ceria, mood yang baik dan bersemangat untuk masuk kerja :) Hehehe saya memang tak kerja hari Isnin. Jadi, tiada Monday Blues untuk saya. Tertunda satu hari - Tuesday Blues.

Hari ini, di samping buat kerja-kerja rutin di rumah, saya kena attend pada Si Kapok. Nampak tak tali Si Kapok dah berkarat? Bunyi bila petik pun dah lemau dan sengau. Hujung minggu tak dan nak buat. Makanya, hari ni hari servis untuk Si Kapok - bersihkan habuk dan debu, polish body, bersihkan fret, tukar tali dan tune.

OK. Jumpa lagi nanti. Jangan lupa untuk senyum :)



Ahad, 24 Ogos 2014

Cara Mudah Kemas Reben

Haa,..siapa-siapa minat buat kraf mesti ada banyak stok reben, kan? Sebelum ni, saya pernah kongsi cara saya kemas reben-reben guna penyangkut baju berlapis. (Lihat sini)



Tapi, cara di atas sesuai untuk reben yang bergulung je. Kadang-kala, saya rajin juga beli reben-reben secara loose. Beli semeter ke,...dua meter ke,..ikut corak yang berkenan di hati. Masalahnya, bila beli ikut meter, inilah jadinya...


Berselirat! Ni pun jumpa dalam plastik kecil yang terselit celah almari. Saya pernah tengok di Pinterest, ada yang lilit reben keliling batang aiskrim atau styrofoam board for the purpose of storage. Dua-dua saya takda. So, saya gunalah kad keras yang jadi partition kotak teh.

Tattadaaaaa!
Guna bahan terbuang je. Yang penting kemas!

Sedap je mata memandang. Nak tengok design reben pun senang. Dah siap buat macam ni, bolehlah masukkan ke dalam bekas/kotak supaya tak berhabuk.




Sabtu, 23 Ogos 2014

Spot The Differences - Activity with The Kids

Packaging iPad cover di bawah, asalnya saya nak guna untuk projek kraf lain. Tetapi, memandangkan bahagian hadapan yang berplastik tu masih cantik, saya decide buat display board@ game board @ activity board untuk students cilik saya.


Kebiasaannya, saya akan simpan apa saja aktiviti/games yang saya jumpa dalam majalah dan akhbar. Saya akan gunakan sebagai aktiviti tambahan di dalam kelas. Masalahnya, seorang dua sajalah yang berpeluang buat aktiviti berkenaan kerana salinannya terhad. Nak photostat warna, kos agak tinggi pula.

Jadi, timbul idea untuk buat display board ni.

'Spot The Differences' - Aktiviti sebegini bagus untuk rangsang perkembangan minda si kecil.

Saya masukkan lembaran aktiviti 'Spot The Differences' (yang ini from Astro View) ke dalam display board. Hias sikit sana-sini supaya nampak lebih menarik. Siapa-siapa yang siap tugasan tuisyen awal berpeluang buat aktiviti tu menggunakan whiteboard marker. Dah selesai, boleh padam.

Jadi, satu lembaran aktiviti boleh digunakan berulang kali. Kemudian, agak-agak mereka dah boring, next session tukarlah dengan aktiviti lain pula; cari benda tersembunyi ke, selesaikan maze ke,...

Dhia & Aliff, muka-muka yang siap kerja awal malam tadi :)

Cari,..cari...

Dsha teruja dapat cari kesemua 10 perbezaan dalam masa yang singkat.

Kita juga boleh guna bingkai gambar dan fail lutsinar untuk simpan lembaran aktiviti seperti ini. Kalau ada bajet lebih, laminate lagi bagus! Yang penting, sediakan whiteboard marker dan wet tissues :)


Resepi Telur Dadar Lobak Merah


Selalu saya sediakan telur dadar biasa je. Kali ni, saja nak tukar selera saya buat Telur Dadah Lobak Merah pula :) Saya gunakan gegelang bulat telur (egg ring) untuk hasilkan telur dadar versi mini. Buat individual portions

Egg Ring

Resepi Telur Dadar Lobak Merah

Bahan-bahan:
  • 2 - 3 biji telur
  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 1/4 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • 1 tangkai daun sup (potong halus)
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit mentega atau marjerin

Cara Penyediaan:
  1.  Pukul telur bersama bawang merah, lada sulah dan garam.
  2. Panaskan kuali leper. Letak sedikit marjerin/mentega. Kemudian, ratakan sedikit marjerin/mentega pada bahagian dalam egg ring supaya telur tidak melekat.
  3. Letak egg ring di atas kuali. Masukkan telur yang dipukul tadi hingga separuh penuh. Kemudian, taburkan dengan daun sup dan hirisan lobak merah. Biarkan seketika hingga bahagian bawah telur masak. (Api dapur jangan terlalu kuat.)
  4. Angkat egg ring apabila telur sudah mula membentuk dan boleh dipisahkan. Terbalikkan telur supaya bahagian atasnya pula masak. 
  5. Sedia untuk dihidang!


Boleh juga ditambahkan 1 sudu besar mayonis pada adunan telur supaya rasanya lebih lemak. Selain daripada letak lobak merah dan daun sup, boleh manjakan deria rasa dengan hirisan kobis atau taburan bawang goreng.
 
SELAMAT MENCUBA!






Elsa, Anna dan Kristoff dalam Once Upon A Time Season 4

Bagi yang ikuti siri TV ini, tentu kalian ingat yang pada episod akhir musim 3, Captain Hook dan Regina secara tidak sengaja telah terbawa Elsa 'masuk' ke Storybrooke (baca lebih lanjut di sini). Season 4 Once Upon A Time (OUAT) ditayangkan pada penghujung September memang ditunggu-tunggu sebab fans nak lihat bagaimana kisah Elsa, Anna & Kristoff dari 'Frozen' akan diketengahkan dalam plot. Apa agaknya twist untuk fairy tale moden ini?

Ingin tahu siapa yang akan memegang tiga watak utama dari filem animasi ini untuk OUAT?

Kredit Imej: Disney Frozen Blog Tumblr

Salah satu babak Anna & Elsa dalam OUAT.

Tak sabar nak tunggu Season 4 mula ;)

Entri lain yang berkaitan:

Jumaat, 22 Ogos 2014

Tutorial Kraf - Cantikkan Projek Kraf dengan 'Eyelets'


Tag dengan kemasan 'eyelet'.
Cuba tengok tag di atas. Ada gegelang di sekeliling bulatan yang saya buat. Gegelang tu dipanggil eyelet. Tujuan kita letakkan eyelet adalah untuk beri sentuhan yang lebih kemas dan cantik pada tag berkenaan. Nampak lebih stylish dan sempurna. Sebenarnya, eyelets ada banyak saiz, warna dan kegunaan. Selain buat kemasan pada tag, kita boleh gunakan eyelet untuk buat rantai kunci dan bookbinding projects.

Eyelet Pliers
Alat di atas dinamakan 'eyelet pliers'. Juga dikenali sebagai 'eyelet puncher'. Kita perlukan alat ini untuk pastikan eyelet mencengkam pada material yang kita gunakan dengan baik. Jangan guna tukul tau. Tak cantik nanti hasilnya. Cara menggunakannya 'eyelet pliers' sangat mudah. Letakkan eyelet dengan betul pada mata alat. Tekan kuat-kuat hingga bahagian bawah eyelet meleper. Siappp!

Nota Senyum: Boleh dapatkan eyelet pliers di kedai barangan kraf atau kedai alat tulis. Saya punya saya dapatkan di DAISO. Hanya RM5.


Khamis, 21 Ogos 2014

Cara Keringkan Daun Pudina dan Herba-herba Lain

Ikat daun pudina dan gantung secara terbalik.
Dalam banyak-banyak pokok di taman herba mini saya, pokok pudinalah yang selalu stoknya berlebih-lebih. Sebabnya, pokok pudina ni from time tu time akan bertumbuh dengan jayanya hingga memenuhi ruang pasu. Jadi, kalau tak banyak guna daun pudina, kenalah trim pokok tu supaya tidak menjalar liar.

Kebiasaannya, apabila saya rasa pokok pudina saya dah 'sarat' dan tangkainya mula menjalar keluar, saya akan potong dan keringkan supaya daun pudina tu tahan lama.

Cara nak keringkan daun pudina dan herba-herba lain sangat mudah. Jangan pisahkan daun dari tangkainya. Basuh bersih-bersih. Keringkan di atas tisu dapur. Kemudian, kumpulkan tangkai-tangkai herba dan ikat dengan tali. Kalau ada banyak, buatlah beberapa ikatan. Gantung secara terbalik di tempat yang bersih dan tidak lembap. Selalunya, pada siang hari saya akan jemur ikatan pudina ni di luar supaya lebih cepat kering.

Apabila daun pudina dah kering, barulah pisahkan dari tangkai. Simpan dalam botol atau bekas rempah. Sedia untuk digunakan apabila perlu :)



#MakeupTransformation yang Paling Saya Suka

Hmm,..sekarang ni dah ada fenomena baru menular! Perasan tak di Facebook, Instagram, penuh feed dengan gambar-gambar 'Make Up Transformation'. Alaaa,.. yang diorang buat gambar bersiri kononnya tengah bersiap/apply make up, then tiba-tiba transformed jadi orang lain (selebriti, watak animasi dll). Macam kat Malaysia ni, ada yang buat transformed jadi Che Ta. Kelakarlah juga tengok dia ambil penyapu kononnya tengah nak pasang bulu mata.

Selain tu, 'transformasi' Emma Maembong pun boleh buat kita senak perut ketawa. Tetapi, dalam banyak- banyak 'Make up Transformation' yang saya dah tengok, saya paling suka yang ini,..



Sumber Imej: Imgur


Saya memang tak dapat tahan gelak tengok gambar ni! Ada banyak sebab untuk ketawa dan terus ketawa,..expression muka dia, topi putih, cermin mata hitam sangkut kat dada,...shirt putih tu siap singsing sampai ke bahu! Aduhai,..brother ni berjaya membuktikan yang siapa-siapa pun boleh jadi Brad Pitt. Hehehe!

Tak Guna Risau,...

Saya tertarik dengan kata-kata di bawah,...


Kerisauan tidak akan menjanjikan hari esok yang bebas daripada masalah dan halangan. Sebaliknya, kerisauan akan buat kita hilang kekuatan hari ini.


Betul tak? 
Hmm, jadi selamat memulakan hari yang bebas tekanan. Jangan risau tak tentu pasal, ye.



Rabu, 20 Ogos 2014

Tak Rela RM 'Lesap' Dek kerana Magik

Kredit Imej: Astro Awani
Sejak kecil saya memang suka magik dan sarkas. Hehehe,..dah tua ni pun masih suka sebenarnya. Lagipun sekarang ni macam-macam show magik ada tayang dekat TV. Magician jalanan lah,...reality show khusus untuk ahli magik lah,..Hah, saya paling suka tengok - rancangan yang dedahkan macam mana sesuatu silap mata tu dilakukan! Magician tak leh cari makan dah. Rahsia diorang kena bocor!

Kendatipun tahu yang magik tu sekadar permainan mata dan kecekapan si ahli silap mata memanipulasi minda kita, saya tetap suka tengok magik. Copperfield, Blaine, Cyril,...semua ON! Kadang-kadang trick diorang lebih kurang sama je. Saya tetap layan!

Dulu-dulu masa sekolah, ada ahli silap mata datang buat show. Tak ingat dah nama dia something Bakar. Sayalah antara orang pertama yang pergi beli tiket. Harga tiket RM0.50, pergi tengok kat kantin sekolah. Siap minta duit lebih kat Cekebon untuk angkut adik-adik saya. Hehehe sampai sekarang depa ungkit kena ikut saya tengok magic show yang saya seorang je terlebih excited!

Salah seorang magician favourite saya, David Blaine akan mengadakan pertunjukan di Kuala Lumpur pada 5 September ni. Saja-saja gatal pergi intai harga tiket. Teringin nak tengok performance magic secara live kononnya. Tiket paling murah, RM138 (free seating, dekat tepi...mesti nampak sipi-sipi je) dan untuk VIP pula RM648 (dah SOLD OUT, tau)! Humangaihhhhh! Ini memang betul-betul magik! Magik lesapkan duit. Terus batal niat. Tak mo pergilah!

Nota Senyum: Tahulah juga buat a few simple tricks. Guna untuk 'wowwwww' kan anak didik cilik saya ketika mereka hilang fokus/kepenatan waktu belajar. Celiklah mata sekejap tengok cikgu buat magik ;)



Rezeki Tebaloi!

Tebaloi
Alhamdulillah! Rezeki dapat tebaloi! Si Cekengah pergi outstation ke Sibu. Balik bawa beberapa kotak tebaloi untuk saya :) Hahaha stok untuk penyakit gatal gigi dah ada! Suka! Suka! Suka!

Tebaloi ni diperbuat daripada sagu. Ala-ala kerepek la. Syok buat kunyah-kunyah sambil buat kerja depan komputer. Kali ni, dapat tebaloi perasa asli. Saya memang suka makan tebaloi! Ada juga perasa pandan, coklat, strawberi,...macam-macamlah! Semuanya sedap-sedap tau.


Entri terdahulu saya mengenai TEBALOI dan BUAH DABAI.


Selasa, 19 Ogos 2014

Tips Atasi Masalah Semut di Rumah

Pernah berdepan dengan masalah semut di rumah? Hurung meja makan,.. buat jejak dekat dapur,...Saya kadang-kadang jadi ngeri sendiri bila tengok koloni semut mula jajah ruang rumah saya. Bayangkanlah (atas saranan seorang teman), saya sampai bercakap dengan semut-semut tu suruh mereka pindah! Hmmm,...adalah pindah sekejap je. Lepas tu datang rombongan baru pula.

Rupa-rupanya ada beberapa petua yang boleh kita guna untuk hindar 'serangan' semut-semut ni. Yang 'best'nya, kita hanya perlu bahan-bahan yang memang ada di dalam rumah.

1. Air Campuran Garam
Ya, garam biasa. Apa yang perlu kita buat, jerang air panas di dalam periuk kecil. Masukkan segenggam besar garam dan kacau hingga larut. Sejukkan. Kemudian, masukkan dalam botol penyembur. Sembur pada kawasan yang kebiasaannya jadi laluan semut. Insya-Allah, selagi semburan garam tu masih bersisa di situ, semut memang tak akan datang.

2. Cuka putih
Ambil cuka putih, sapukan pada kawasan laluan semut. Tetapi, bagi yang alah pada bau cuka pasti akan rasa kurang selesa. So, pilihlah cara yang pertama.

3. Bedak Bayi
Taburkan bedak bayi di sekeliling bilik/di tepi dinding yang selalu dijengah semut. Hati-hati! Jangan tabur bedak di kawasan lalu-lalang. Ada yang jatuh berdebuk pula nanti.

4. Jus lemon
Semut memang alah pada lemon. Buat air semburan dengan jus lemon dan sembur pada kawasan-kawasan yang selalu bersemut. Pada masa yang sama, ruang yang disembur akan berbau segar :)

Selain daripada itu, untuk almari dan rak, bolehlah letakkan kantung kecil berisi kayu manis atau daun pudina. Semut tak suka. Saya dah cuba semua petua di atas. Alhamdulillah, setakat ni berkesan. Kadang-kadang, kalau malas nak buat air semburan garam, saya tabur garam kasar je. Pun boleh juga.

Selamat Mencuba! Nanti jangan lupa kongsikan dengan saya hasilnya ya.




Kerabu Taugeh dan Pegaga

Ni menu beberapa hari lepas. Kebetulan masih ada kerisik dalam peti sejuk. Pegaga 'tuai' dari kebun :) Pokok pegaga di taman herba saya dah bertambah jadi tiga pasu! Heheheh.

Kerabu Taugeh dan Pegaga

Maaf, kali ini tak boleh disertakan resepinya. Saya main campak-campak bahan ikut resepi kerabu taugeh yang terlintas di kepala. Then, tambahkan daun pegaga. Taugeh dan pegaga saya celur dalam air panas sekejap. Kemudian, tuskan dan cepat-cepat masukkan dalam air sejuk. Jadi, taugeh akan kekal rangup dan tidak terlalu lembik/lodoh. Since saya suka pedas, saya masukkan potongan cili api :) Ratah macam tu je pun sedappppp!





Isnin, 18 Ogos 2014

Projek Tanam Herba


Semalam semasa mengemas stor, saya jumpa beberapa biji gelas plastik lama. Sayang nak buang, saya gunakan sebagai pasu untuk tanam pokok herba. Kebetulan, saya sedang cuba nak tanam 'rosemary'. Melalui pembacaan, rosemary ni senang nak tanam sama macam pudina jugalah. Pada masa yang sama, saya cuba-cuba tanam thyme. Hari tu beli thyme, tapi belum sempat lagi nak guna untuk masak. So, cucuk jugalah setangkai dua. Kalau ikutkan, thyme ni kena tanam guna seeds. Tengoklah nanti, jadi ke tidak :)

Pudina, Rosemary & Thyme

Personally, saya suka tanam herba dalam pot kecil-kecil begini. Bila herba-herba ni bertumbuh, boleh beri pada jiran dan kawan-kawan. Letak kat tingkap dapur. Tak susah pun nak maintain.



Roti Telur Kayu Manis

Malam tadi kena stay-up sekejap untuk siapkan kerja. Tiba-tiba perut meraung minta diisi. Aisyyyy,..laparlah pula! Terus masuk dapur buat roti telur kayu manis untuk supper.


Resepi Roti Telur Kayu Manis (1-2 orang)

  • 3 keping roti (belah dua)
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu (Kalau tak letak pun tak apa)
  • secubit garam
  • sedikit serbuk kayu manis (Ikut citarasa. Kalau nak rasa kayu manis tu lebih ketara, letaklah lebih sedikit)
  • sedikit minyak canola/minyak zaitun/mentega/margerin untuk goreng roti atas kuali leper.

Cara Penyediaan:
  1. Kacau rata telur, susu, garam dan serbuk kayu manis dalam sebuah mangkuk.
  2. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit minyak/marjerin atau mentega.
  3. Celup roti ke dalam adunan telur tadi dan goreng hingga kedua-dua sisinya masak.
  4. Sedia untuk dihidang. Kalau nak lebih sedap, taburkan sedikit gula kasar di atas roti. Tetapi, saya lebih suka makan macam tu je :)

OK, selamat memulakan minggu baru!


Ahad, 17 Ogos 2014

Beli Crafts Embellishments (Hiasan Kraf) Lagi,...

Semalam, waktu mengemas bilik kraf, saya kemaslah sekali barang-barang kraf yang dibeli tapi masih lagi terperap dalam beg shopping. Selalunya memang kalau lepas beli barang, saya campak je masuk dalam bilik kraf. Bila ada masa senggang baru keluarkan dari shopping bag, belek-belek, sengih-sengih seorang diri then susun dalam almari. 

Inilah hiasan kraf yang baru saya beli. Beli di mana? Kedai favourite sayalah, POPULAR :) Sekarang ni rangkaian produk POPARTZ untuk kraf dah semakin banyak pilihan. Memang boleh rambang mata.


Seperti biasa, saya beli embellishments untuk buat kad ucapan dan hias buku skrap. Pembelian berbaloi ialah hiasan yang paling kiri tu. Sebelum ni saya pernah beli designer papers dengan tema yang sama (Baca mengenainya di sini).

A4 Designer Paper (Japanica)
Selain itu, yang paling saya berkenan ialah Chipboard Butterflies (sebelah kanan) specifically yang paling atas sebelah kiri! Butterfly not muzik! Cantikkkkkknya! Saya memang tak boleh tengok apa-apa benda yang ada not muzik. Kertas pembalut hadiah ke,...hiasan kraf ke,...music sheet ke,...semua saya suka!

Oh, bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan kraf kertas, di bawah ada beberapa tips berguna yang boleh dijadikan panduan ketika membeli hiasan kraf.


Tips Membeli Hiasan Kraf (Crafts Embellishments)
  • Peruntukkan bajet yang sesuai. Biasakan 'window shopping' terlebih dahulu untuk dapat gambaran kasar julat harga barangan kraf yang hendak dibeli.
  • Jangan terus beli hiasan kraf di kedai menjual peralatan kraf. Selalunya, harganya agak tinggi kerana kebanyakan crafts embellishments diimport dari luar negara. Sebagai newbie, cuba cari hiasan kraf dengan harga yang berpatutan di POPULAR dan DAISO. Produk in-house brand seperti yang dikeluarkan oleh POPULAR lebih murah dan berkualiti, walaupun tidak setanding dengan produk import. Jangan risau, anda baru nak mula. Tak perlu habiskan duit beli material kraf yang mahal-mahal.
  • Jika membeli barang di DAISO pula, perlu berhati-hati. Memang banyak barang kiut-kiut yang sesuai untuk kraf di sana. Tetapi, tidak semuanya berbaloi dibeli dengan harga RM5. (Baca lebih lanjut di sini)
  • Apabila memilih hiasan kraf, pilih yang temanya umum. Tidak terlalu spesifik. Contohnya, hiasan rama-rama, bunga dan bentuk hati (love) sesuai untuk apa jua occasion. Embellishments yang bertemakan 'Have A Nice Day', 'Hello!',  dan 'Miss You' boleh dipertimbangkan kerana kita akan dapat ubah atau tambah apa yang patut pada projek kraf kita kelak. Jangan beli hiasan kraf yang terlalu spesifik seperti 'Happy Father's Day' atau 'Congratulations on Your Wedding' melainkan anda memang ada projek khas menggunakan tema tersebut.
  • Apabila memilih crafts embellishment, cuba bayangkan apa yang anda boleh lakukan dengan hiasan-hiasan tersebut sebelum buat keputusan untuk membelinya. Cuba imagine design apa yang boleh dihasilkan untuk jadikan projek kraf anda lebih menarik. Jangan cepat rambang mata dengan kecantikan embellishments. The last thing yang kita mahu ialah kita beli embellishments yang tak sesuai dengan mana-mana projek kita.

Harap tips di atas dapat membantu ;)




Misi Menjauhi Komputer Separa Berjaya

Hehehe kalau diikutkan, hujung minggu ini saya tak mahu buat sebarang aktiviti yang melibatkan komputer (baca mengenainya di sini). Nak lari daripada kebiasaanlah kononnya. Untuk hari Sabtu, misi saya boleh dianggap berjaya. Macam-macam yang saya buat. Kemas stor, kemas bilik kraf, baca novel baru, gardening, kacau Cekebon...Hari ini, misi terpaksa ditamatkan awal. Saya kena balas beberapa emel penting. Jadi, alang-alang dah duduk depan komputer tu, update blog sekali :)

Gelas Plastik Lama
Semalam, semasa saya dan Bott kemas stor, kami jumpa gelas-gelas plastik ni. Cantik je tersusun dalam almari. Kat bahagian bawah tu, bercetak F&N. Hahaha, ni mesti free gifts F&N (rasanya berpuluh-puluh tahun dahulu) yang arwah nenek simpan. Banyaklah juga. Kumpul-kumpul dapat dalam 9 biji.

Mula-mula ingat nak buang sebab kalau nak buat minum atau bagi orang dah tak appropriate. Tiba-tiba dapat idea untuk gardening. Bekas kecil-kecil begini sesuai untuk tanam herbs. Saya nak cuba tanam rosemary. Hmmm, nanti saya update hasilnya ya :)


Ubat Kutu untuk Si Yuri


Inilah ubat kutu untuk si Yuri, Frontline Combo Spot-On Cat. Awal tahun dulu, Yuri kena jangkitan kutu sampai kurus! Tuannya sibuk sangat (tak sure pun sibukkan apa) sampai terabai kebajikan meoww seekor nih. Lepas bawa jumpa 'vet', masalah kutu, gatal-gatal dan yang seangkatan dengannya HAPUS!

Kiranya, Frontline Combo Spot-On Cat ni sesuai untuk si Yuri. Harga berpatutan. Sekitar RM50-RM60/kotak. Dalam kotak tu ada 3 tiub yang akan bertahan untuk lebih kurang tiga bulan. Cara guna sangat mudah. Yang penting, berkesan! Titiskan pada tengkuk kucing dan pastikan kucing tak kena air dalam tempoh 3 hari. Then, from time to time bolehlah guna sikat kutu untuk periksa ada kutu atau tidak.

So, siapa-siapa yang kucingnya ada masalah jangkitan kutu, bolehlah cuba spot-on ni.

Aksi Si Yuri bobok dalam bilik kraf. Comforter dan bantal ikan yang saya letak untuk relaks kat situ dah jadi port dia pula. 



Sabtu, 16 Ogos 2014

How To Stay Creative - Jom sahut cabaran ini :)

Tertarik dengan poster ini. 29 saranan yang boleh dipraktikkan. Tetapi, cara-cara di bawah tidak terhad untuk kita dan daya kreativiti sahaja. Ada yang boleh dibuat sekadar untuk kurangkan tekanan, rehatkan diri dan buat kita rasa lebih relaks.

Kredit Imej: Islam Abudaoud

Hmm, ada tak yang kalian pernah/biasa/selalu buat? 

Saya biasa buat No. 1, 8, 9, 18 & 28.
Hujung minggu ni berniat nak buat:
  • No. 4 - Get away from the computer - Saya bercadang hujung minggu ni nak baca novel dan buat kraf. Tak mahu ada sebarang aktiviti dengan komputer. Hikhikhik boleh ke?
  • No. 19 - Get lots of rest - SEMESTINYA!
  • No. 23 - Read a page of the dictionary - Yang ini interesting! Simply pick one page and learn all the words. Satu cara mudah dan spontan untuk belajar perkataan baru :)
  • No. 27 - Clean your work place - Ini memang wajib. Kemas meja kraf dan kemas meja kerja saya di dewan tuisyen. Dua-dua bersepah! Cari apa pun dah tak jumpa dah.

Selamat Berhujung Minggu!



Jumaat, 15 Ogos 2014

Naskhah Terbaru daripada Melly Goeslow - Cinta & Ibadah

Komposer dari seberang ini memang semakin aktif menghasilkan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan. Selepas Moga Bunda Disayang Allah, Zalan dan Hijrah Cinta (Nyanyian Rossa), lagu terbaru Melly ialah 'Cinta & Ibadah'. Lagu ini ditulis khusus untuk drama rantaian yang bakal ditayangkan di Astro pada awal September nanti, 'Cinta dan Ibadah'.


Lirik 'Cinta dan Ibadah' - Melly Goeslow (OST Cinta dan Ibadah)
Ciptaan: Melly Goeslow

senandung cinta dalam hati memahami ketakutanku
semakin kini aku merasakan waktuku smakin dekat
kidung malam menyaksikan janjiku padamu demi dia
petir mencekam menarik jiwa kita berdua merana

tiada yang bisa kuberi demi cinta hanya pengorbanan
walau tersiksa namum demi cinta bahagia aku rela
tak pernah kubayangkan takdirku mengantarkan pada janji
menerima dan mungkin saat nanti aku harus relakan
andai takdir bisa berubah ke manakah kita pergi

kau pikir mudah menjadi aku
kau kira tak sulit jadi aku
mencintai dia lelaki yang sama pedihnya

seseungguhnya jiwa berderai tangis
membelah langit hitam sampai laut marah
antara ikhlas muhasabah cinta yang menjawab
cinta dan ibadah


Selamat hayati bait-bait liriknya.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



Doa Dijauhkan Perasaan Hasad Dengki dan Dendam

Selamat Hari Jumaat! Perasaan hasad dengki (PHD), iri hati, cemburu melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain,...semua tu penyakit hati yang kadang kala kita tidak sedar menular dan merebak dalam diri. Jom, mari kita sama-sama amalkan potongan doa di bawah ni. Mudah-mudahan kita dapat hindar perasaan tidak baik ini dari terus bersarang di hati.

Sumber Imej: Perkongsian di FB.



Apabila Anak Murid Terlebih Bijak,..

Karya kreatif anak murid

Hmmm, tengoklah ni. Saya suruh buat karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi, saya dapat luahan hati dan hasil seni! Siap ada kotak survey  'Ya' atau 'Tidak' lagi. Aduhai, nak! Tak terkata cikgu dibuatnya. Buat ayat masih tunggang-langgang, kamu bagi cikgu kartun pulak ya.

Sejujurnya, saya tidak ada masalah berdepan dengan ragam sebegini. Anak-anak kecil,....Adalah cara untuk menanganinya. Dia pusing sana-sini, pandai-pandailah kita corner. Apa yang saya tak tahan,.. tatkala si ibu bapa lihat halaman ini, mereka senyum lebar.

"Kreatif anak kita, daddy!" Ucap si Mummy dengan bangga.


Nota Senyum: Kreativiti salah channel susah jugak, Puan.


Khamis, 14 Ogos 2014

'Warisan' Nafas Baru

Suka tak dengar lagu 'Warisan' nyanyian Allahyarham Sudirman? Saya memang suka sangat-sangat! Liriknya hebat penuh makna. Hmmm,..bagi penggemar lagu, jom cuba dengar bagaimana Narmi nyanyikan semula lagu ni dengan caranya tersendiri. It's a nice twist! Klik pada gambar di bawah ye.



Lirik Warisan - Allahyarham Sudirman

 Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
(Korus)
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( Ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Oh, gosh! She's right!

Semalam pergi keluar shopping barang dapur. Kebetulan tengah lapar, belilah Subway untuk lunch. Lamalah jugak kena beratur sebab masa tu memang time lunch pun! Kebetulan, ada beberapa gadis dan teruna 'remaja' (umur pangkat adik-adiklah sekitar awal 20-an) yang beratur sebelum saya. Budak-budak muda kan,..riang gumbira dalam dunia sendiri. Tapi, bercakap kuat bingit as if nak orang-orang lain join perbualan diorang sama. Time gelak tu, bukan tahap berdekah-dekah dah! Saya rasa kita dah kena invent satu perkataan baru untuk gelak tawa mereka tu. 

'Lantak koranglah, dik. Yang penting akak lapau nak makan roti!' Saya cakap sendiri dalam hati. Ada juga beberapa pelanggan yang tunjukkan rasa kurang senang. Tapi semua buat derk jelah. Alah, budak-budak. Siapa tak pernah muda, kan?

Adik cantik sebelum saya hampir selesai dengan ordernya. Dia memilih beberapa jenis 'sauce' termasuklah 'Chipotle Southwest' and she said 'chi.po.tel'. Akak tak kisah! Sebutan ko salah ke apa ke,..janji akak dapat roti akak. (Mode tengah lapau sangat nih!)

Nak dijadikan cerita, saya pun memilih sos yang sama. Bayangkanlah, sebaik sahaja saya minta sos tu, beberapa orang gadis tadi gelak terkekeh-kekeh. Siap ada yang snort-laugh lagi! And the best part salah seorang daripada mereka kasi remarks, "Chipotlay! OMG! We should record this and upload to Youtube!"

Saya diam je. Put on my selamba face. Lantaklah korang nak gelak sampai jatuh gigi pun. Tunggu roti kena bungkus. Akak lapau! Lapau! By that time, salah seorang adik teruna  dalam kalangan mereka (yang boleh dikira agak geliga) keluarkan smartphone dia, googled something (I guessed) dan serta-merta mukanya berubah!.

"Oh, gosh! She's right. It's chii ~ poht~ lay!" Dia mengulang kembali cara saya menyebut chipotle. 

'Ye, dik. Chii ~ poht~ lay.'  (Saya mengiakan dalam hati. Mata tengah pandang roti.)

Masa tulah, kaunter Subway yang sebelum tu bergema dengan hilai-tawa mereka, bertukar jadi senyap sepi! Gadis-gadis kiut-miut yang nak masukkan saya dalam Youtube tadi jadi malu sendiri. Beberapa orang pelanggan di belakang saya yang menyaksikan insiden tu mula larik senyum. Hahah! There was  a snort-laugh too!

Selesai berurusan di kaunter pembayaran, kumpulan anak remaja tu buru-buru pergi. Tak toleh belakang lagi dah! Tapi yang sweetnya, salah seorang daripada mereka datang ke tepi saya dan cakap,  
"We are sorry."

Hehehe yang ini anak cukup ajar ni.

"It's okay. No harm done!"

Memang no harm done pun. Sebab,...
  1. Saya tak kisah kena gelak macam tu,...jangan Allah 'gelakkan' kita sudah!
  2. I don't simply judge people. Sebut chipotel ke...cipotet ke,...tapi mungkin Allah beri hati yang baik pada dia :) Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan sendiri.
  3. Nasib baik ko tak record akak masuk Youtube, dik. Silap-silap video tu backfire nanti.

OK, itu saja perkongsian untuk kali ini.

Nota Senyum:  Chipotle ni sebenarnya perkataan Spanish (kalau tak silap saya) yang bermaksud cili yang disalai.

Rabu, 13 Ogos 2014

Kord Gitar Maafkan Aku - Asfan (OST Rindu Awak 200%)

Heheheh sekarang memang tengah follow cerita Rindu Awak 200%. Sedap pulak bila dengar lagu Asfan ni. Chords 'Maafkan Aku' mudah dan simple. Enjoy!

Guitar Chords Asfan – Maafkan Aku
[OST Rindu Awak 200%]



(Intro)
C G A D G

C G
Lama sudah kumencari bayang-bayangmu
Am G
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
C G Em
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
C F G C G
Kulupakan cerita lama dan terus kembali

(Chorus)
C
Maafkanlah aku
G Am
Bila aku me lukai hatimu
Dm Em
Mungkin juga kita yang terlupa
G
Siapakah diri ini

C
Bila tiada lagi
G Am
Kusedari kisah ini terhenti
Dm
Cubalah fahami
Am G C
Cinta ini memerlukan kau dan aku

G Am F G

C G
Lama sudah kumencari bayang-bayangmu
Am G
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
C G
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Am G F
Ku lupakan cerita lama dan terus kembali




DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



Garlic Bread Jadi Pilihan

Saya perasan dari minggu lepas lagi. Entri resepi Garlic Bread menjadi antara entri top FAMF Tower. Selain daripada entri guitar chords dan kraf, beberapa kali jugalah Garlic Bread 'mendominasi' carta statistik harian. 



Aikk,..apahal tiba-tiba jadi hot lak entri ni? Hehehe, maybe orang dah muak makan ketupat rendang musim raya ni,..tekak kena beralih angin pula. Ok, siapa-siapa yang berminat nak buat garlic bread, jom terjah entri saya ni :)




Isnin, 11 Ogos 2014

Resepi Ayam Kari Tumis Bercili

Satu lagi resepi mudah untuk dicuba!

Ayam Kari Tumis Bercili


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, kunyit dan garamkan)
  • 4 siung bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 5 batang cili merah (tumbuk kasar) *Tukar dengan cili hijau pun tak apa.
  • 5 batang cili padi (tumbuk kasar) *Jika tak mahu pedas, tidak perlu letak.
  • 7 biji belimbing buluh (belah dua)
  • 1 - 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 100ml air
  • 100ml santan
  • 2 sudu besar minyak masak utk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak. Tetapi jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih diikuti dengan cili yang telah ditumbuk. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan gula. Tumis seketika.
  3. Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga semua bahan sekata.
  4. Masukkan air dan santan diikuti dengan belimbing buluh. Masak sampai meresap. 

Nota Senyum: Boleh juga buat lauk ni untuk makan dengan roti jala :)


Jom Buat Kerepek Biji Durian

Pernah makan kerepek biji durian tak? Sedap tau. Rasanya macam kerepek ubi cuma lebih lemak. Rangup! Kalau makan tu memang tak boleh berhenti. Awas, jatuh dagu tu nanti!

Kerepek Biji Durian

Inilah rupanya kerepek biji durian. Tak susah pun nak buat. Yang penting, biji-biji durian perlu dikumpul terlebih dahulu. Hmmm, untunglah bagi yang suka makan durian tu. Baru berbaloi buat sebab banyak sikit kerepek yang dapat dihasilkan. Kalau macam saya ni, setakat makan dua tiga ulas, buang jelah bijinya.

OK, berminat dengan Resepi Kerepek Durian? Jemput singgah entri 2011 saya. Sila klik pautan di bawah ye :)








Ahad, 10 Ogos 2014

Ini yang lambat sebab pakai kasut bola tu,...

Buat kesekian kalinya saya terserempak dengan Si Lipan! Huhuhu suka naik rumah nak jadi kawan eh! Alhamdulillah, Si Lipan tu dah jadi bangkai. Penangan garam kasar yang saya tabur. Itu petua orang dulu-dulu untuk hindar lipan yang mesra dengan julukan 'tulang lauk'. Selain daripada guna belerang, kita boleh guna garam kasar. Tak bahaya sangat kalau nak ditabur di dalam rumah yang ada anak kecil dan haiwan peliharaan.

Sebut tentang lipan, saya teringat satu kisah lucu masa kami adik beradik masih kecil. Dulu-dulu, apabila Baba tak outstation, saya, Cekengah dan Uje akan duduk keliling Baba dan main teka-teki. Kitorang kecik lagi, belum sekolah pun. Selalunya teka-teki, memang Baba yang jawab sendiri! Saya sebagai yang sulung, bilamana datang time geliga otak tu,..berjayalah jawab sekali-sekala. Dulu, kalau dapat luangkan masa dan main teka-teki dengan Baba dah kira hebatlah. Yelah, mana ada internet, Astro, Playstation ni bagai,...

Antara teka-teki yang saya ingat sampai sekarang ialah tentang Si Lipan.

Pada suatu hari, haiwan-haiwan di dalam hutan mengadakan perlawanan bola sepak. Si Lipan terpilih menjadi penjaga gol salah satu pasukan yang akan bertanding. Pada hari pertandingan, semua haiwan berkumpul dan bersedia untuk bertanding. Tetapi, perlawanan tidak dapat dimulakan kerana Si Lipan tidak sampai-sampai. Akhirnya, setelah menunggu beberapa ketika barulah Si Lipan muncul.

Kenapa Si Lipan lambat tiba?

Haaa,..masa ni saya 'bijak' sedikit. Saya pun jawablah sebab kaki dia banyak,..ambil masa untuk pakai kasut bola! Hehehe. Kebetulan kitorang ada kamus bergambar. Siap buka kamus untuk tunjuk gambar lipan pada Uje, yang ketika itu terpinga-pinga tak tahu lipan tu apa. Kaki dia banyak sangat ke?

Nak dijadikan cerita, beberapa hari selepas tu, kami main di tingkat bawah rumah. Uje sibuk main lori kuning kesayangan dia. Standardlah zaman-zaman dulu, budak lelaki sure akan ada lori yang boleh angkat-angkat body tu. Tengah-tengah main lori, lalulah seekor lipan depan kami. Selamba je Uje cakap, 

"Long, ini yang lambat sebab pakai kasut bola tu. Betullah kaki dia banyak!" 
"Banyakkan!"
"Eh,..mesti banyak kasut bola yang dia kena beli!"

Mak Tina, pengasuh kami yang ketika tu sedang masak, terdengarlah 'sembangan bersahaja' kami. Apa lagi, tak cukup tanah dia buka langkah besar nak dapatkan kitorang bertiga. Tak pasal-pasal, bila balik rumah Baba kena lecture. Mak Tina dengan loghat jawa pekatnya, "Kau main teka teki dengan anak pasal lipan, tapi kau lupa pesan lipan tu bahaya! Berbisa!

Hahaha! Saya dah cukup besar dah rasanya untuk faham yang insiden tu kelakar ;)






Kord Gitar Matahari - Hafiz (Easy Chords)

Ini antara lagu pilihan saya untuk minggu ni :)

Lirik & Kord Gitar Matahari- Hafiz


Am Em
Matahari tak cukup indah
F C
Pada pagi yang suram ini
Dm Am
Malam ku resah kerana
F E
Malam mungkin kelam

Am Em
Bumi indah cinta punah
F C
Bintang bintang tumpang berduka
Dm Am
Meratapi nasib
F E
Kenapa hari ini

Am Dm
Matahari bangunlah
Em Am
Indahkan hari ini
Dm F Dm E
Engkau perlu hidupkan semula mimpi kami

Am Dm
Matahari bangkitlah
E Am
Indahkan hari ini
Dm F Dm Em
Engkau perlu hidupkan semula cinta kami

E Dm
Lupakan kisah
C Am
Kisah yang terjadi
Em Am
Mengharap sinar
F G
Sinaran darimu

Em C Em Am G C E Am G

Am Dm
Matahari bangunlah
G C
Indahkan hari ini
Dm F Bm E
Bagi kami terus melayari hidup kami

Am Dm
Matahari bangkitlah
Em Am
Indahkan hari ini
Dm F Bm E
Bagi kami terus menghidupkan cinta kami

Dm
Lupakan kisah
Am
Kisah yang terjadi
Dm
Mengharap sinar
F G
Sinaran darimu





DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Panas Dalam?! Cari Adem Sari!

Hari ni badan rasa tak best. Mr. Influenza yang menyerang belum ready nak bid Goodbye gamaknya. Tekak kering dan payau. Bibir pun dah mula pecah-pecah. Badan saya panas dalam ni :( Kena minum Adem Sari.

Teringat pada Adem Sari, barulah tergopoh-gapah cari balik kotak Adem Sari saya. Selalunya saya memang akan simpan stok untuk diri sendiri. Cuma kadang-kadang, cara 'sistematik' saya menyimpan barang-barang (tak kisahlah ubat-ubatan, suplemen atau benda-benda penting) memang tip top sampai saya sendiri boleh lupa dan tak jumpa! 

Setiap kali nak kemas/simpan barang,.."Letak kat sinilah, tersusun sikit." "Simpan kat almari ni lah. Tak sakit mata." Niat murni nak organize benda memang terbukti sia-sia. Saya akan end up bongkar+geledah+tunggang terbalikkan stuff yang saya dah kemas semata-mata untuk cari saaaatuuuuu, ye..1 barang yang saya perlukan huhuhu.

Berbalik pada Adem Sari, akhirnya setelah buat treasure hunt dengan diri sendiri,...jumpa juga kotak Adem Sari saya. Ya Ampunnnnn! Kotak je nampak gah,...dalam tu hanya tinggal 1 pek! 

Adem Sari

Saya selalu minum Adem Sari ni untuk hilangkan panas dalam badan. Ada orang suka minum air badak kan,...haaa saya lebih serasi minum Adem Sari. Air ni macam Eno. Saya suka rasa limaunya. Sesuailah untuk tekak yang payau+pahit. Rasalah segar sikit! Kebiasaannnya, orang dewasa kena minum 2 atau 3 pek sehari untuk legakan panas dalam. Nampak gayanya, petang ni kenalah saya gagahkan diri pergi kedai runcit beli Adem Sari lagi. 


Nota Senyum: Kena minum air masak banyak-banyakkkkkkkkk!




Sabtu, 9 Ogos 2014

Immortal Love Song - Mahadewa (Easy Chords)

Perbualan saya dengan Z dalam kereta beberapa minggu lalu.

F: "Siapa nyanyi lagu ni?"
Z: "Kumpulan Mahadewa."
F: "Mahadewa?"
Z: "Mmmm,...band dari Indonesia. Eh, takkan ko tak tau. Bukan ko suka lagu-lagu dari seberang ke?"
F: "Tapi, suara dia macam Judika."
Z: "Tak,...Mahadewa!"
F: "Judika kot,..."
Z: "MAHADEWA lah!"

Malas nak gaduh macam budak remaja baru kenal dunia, perbualan kami terhenti setakat itu :) Kemudian, apabila Restu minta tolong saya buatkan easy chords untuk lagu ni,  barulah saya berkesempatan untuk cari info lanjut.

Ohhh,...rupa-rupanya Mahadewa merupakan kumpulan di bawah naungan Ahmad Dhani yang menggabungkan anggota Dewa 19 dengan Judika! Heheheh,...

OK, enjoy the song and chords. Restu, ini khusus buat kamu!


Guitar Chords Immortal Love (Cinta Mati 4) - Mahadewa


C                 Em
Tak pernah ku sangka
         F                  G
Aku bisa merasakan cinta sejati
    Dm                 Am          F
Dan tak pernah benar-benar mencintai
        G
Manusia di bumi ini


Dm         Am
Hingga apapun akan ku beri
Dm       C    G  
Untuk kamu, kamu, kamu
Dm            Am
Dan tak pernah aku meminta
Dm          F      G
Balasan semua, semua, semua


(Chorus)

C              G
Tuhan pun tahu jikalau aku
        Am                  F
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
    G                 Am
Hingga maut datang menjemputku
         F               G
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu


Dm         Am
Hingga apapun akan ku beri
Dm       C    G  
Untuk kamu, kamu, kamu
Dm            Am
Dan tak pernah aku meminta
Dm          C      G
Balasan semua, semua, semua


(Chorus)

C              G
Tuhan pun tahu jikalau aku
        Am                  F
Mencintai dirimu tak musnah oleh waktu
    G                 Am
Hingga maut datang menjemputku
         F               G
Ku tetap menunggu kamu di lain waktu


(Solo)

C G Am F G Am F G


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...