728 x 90

Isnin, 25 Ogos 2014

Amalan & Rawatan untuk Sakit Sendi

Sebelum ni saya pernah dengar yang lendir aloe vera digunakan untuk rawat sakit sendi. Dulu keliling rumah arwah nenek ada banyak aloe vera. Selalulah jiran-jiran nenek minta untuk buat ubat sakit lutut dan sendi-sendi yang 'ketat'.

Baru-baru ni, seorang teman saya (yang gelak sambil geleng-geleng kepala mengenangkan saya masih 'suka-jatuh-dan-terseliuh') emelkan saya kaedah rawatan Islam untuk diamalkan.


Cara Rawatan untuk Sakit Sendi

  1. Dapatkan lendir dari keratan aloe vera.
  2. Baca Surah Al-Fatihah (1X) dan Ayat Kursi (1X).
  3. Baca Ayat 22, Surah Al-Baqarah.
  4. Baca Ayat 11 - 14, Surah Al-Mukminun.

Setelah itu, sapukan lendir pada bahagian sendi-sendi yang sakit. Amalkan selalu. Dengan izin Allah, sakitnya akan berkurangan dan sembuh.

Nota Senyum: Thanks so much, Min! You are so thoughtful!


9 ulasan:

  1. aloe vera ni memang banyak kebaikan dia kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Amy. Elok untuk moisture kan kulit jugak :)

      Padam
  2. Cuba amalkan mana tahu itu salah satu ikhtiar kan

    BalasPadam
  3. Tapi kan irra xleh sapu aloe vera ke kulit. Gatal semacam jadinya. Try anak ekzema pon dia jadi gatal gak. Keturunan kah xleh guna aloe vera ni. Atau sbb sakit kulit/gegatal xleh guna aloe vera? Heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pastilah pula saya. kena tanya dr shikin ni. mungkin ada bahan dalam aloe vera tu yg tak sesuai dengan kulit yg gatal

      Padam
  4. Banyak kegunaan daun ni.. Dulu mak ada tanam

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...