Selasa, Ogos 05, 2014

Beraya dengan Batik Pants B.O.B

Sebelum ni saya pernah sertai GA oleh Masyghul Online dan Alhamdulillah, saya berjaya jadi pemenang utama yang melayakkan saya menerima sepasang pelikat atau batik pants pilihan. Sejak dari awal lagi saya berkenan dengan pelikat pants, tetapi kebetulan pants saiz saya tidak ada stok. Jadi, saya pun pilih sepasang batik pants yang bagi saya cukup cantik coraknya :)

Kredit Imej: Masyghul Online
Nak dijadikan cerita, rezeki dapat pants ni agak lambat. Entah kenapa, setelah dihantar melalui poslaju, seluar ni travelled banyak tempat,.. dari satu cawangan poslaju ke satu cawangan lain dan alih-alih dikembalikan semula kepada pengirimnya. Terpaksalah Encik Amirul mengirimkannya semula kepada saya. Disebabkan masa tu dah nak dekat raya, bungkusan tersebut dijangka sampai selepas raya. (Terima kasih banyak-banyak ye...bersusah payah uruskan hadiah saya).

Alhamdulillah, berpeluang rupanya jadikan batik pants sebagai koleksi baju raya untuk tahun ni :) Kali ni seluar tu tak gi jalan jauh-jauh. Sampai terus ke depan rumah! Teruja saya pakai sambil layan tetamu bertandang di rumah dan pergi jalan-jalan. Sangat-sangat selesa. 

Jalan-jalan dengan Batik Pants!

Nanti ada rezeki nak beli beberapa pasang. Sesuai juga dijadikan hadiah untuk yang tersayang. (Dalam kepala dah mula congak bajet,...hadiah untuk Baba, hadiah untuk birthday Uje...)

Oh ya, sesiapa yang berminat nak beli Pelikat Pants atau Batik Pants secara online, sila jengah Masyghul Online :)


18 ulasan:

  1. err...macam pelik jer suarnye..kalau budak pakai cantik la..kalau sendiri pakai macam nak tergelak la..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh memang style dia gelobos-gelobos gitu :)

      Padam
  2. wah... batik pants.. awak punya ke ni?

    BalasPadam
  3. meriah kaler batik pants tu..kat sini mcm tak da lagi org pakai

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya berkenan dengan coraknya yg meriah SB :)

      Padam
  4. batik pants? mama ingatkan baju tadi.. haha.. bila baca baru tahu...

    BalasPadam
  5. cantik.....tapi macam pelik hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelik coz dia gelobos ala2 seluar aladin :)

      Padam
  6. Jauh benar menyinggah sblm jumpa tuan nya tu eh yg pasti cantik warna dan coraknya pandai pilih. Dh jadi trend skrg kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. design batik & pelikat pants ni mmg cantik2 JM :)

      Padam
  7. Tahniah, kak.
    Saya ingatkan ada pelikat pants je.
    Rupenye batik pun ada.
    Macam-macam fashion adaaaa...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Shikin.
      Memang,...macam-macam ada! :)

      Padam
  8. Wah dah pakai. Cantik camera awak tangkap gambar ni. Terang terus warna kain jadinya. Alhamdulillah sesuai dengan awak. Betul tu, kalau kat rumah, tetamu datang, selesa lagi pakai batikpants ni banding ikat kain batik sendiri. Hehe. Terima kasih ye sebab sudi bergaya dgn batikpants dan promote blog kami :-)

    -admin-

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.