Ahad, Ogos 17, 2014

Misi Menjauhi Komputer Separa Berjaya

Hehehe kalau diikutkan, hujung minggu ini saya tak mahu buat sebarang aktiviti yang melibatkan komputer (baca mengenainya di sini). Nak lari daripada kebiasaanlah kononnya. Untuk hari Sabtu, misi saya boleh dianggap berjaya. Macam-macam yang saya buat. Kemas stor, kemas bilik kraf, baca novel baru, gardening, kacau Cekebon...Hari ini, misi terpaksa ditamatkan awal. Saya kena balas beberapa emel penting. Jadi, alang-alang dah duduk depan komputer tu, update blog sekali :)

Gelas Plastik Lama
Semalam, semasa saya dan Bott kemas stor, kami jumpa gelas-gelas plastik ni. Cantik je tersusun dalam almari. Kat bahagian bawah tu, bercetak F&N. Hahaha, ni mesti free gifts F&N (rasanya berpuluh-puluh tahun dahulu) yang arwah nenek simpan. Banyaklah juga. Kumpul-kumpul dapat dalam 9 biji.

Mula-mula ingat nak buang sebab kalau nak buat minum atau bagi orang dah tak appropriate. Tiba-tiba dapat idea untuk gardening. Bekas kecil-kecil begini sesuai untuk tanam herbs. Saya nak cuba tanam rosemary. Hmmm, nanti saya update hasilnya ya :)


5 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Hilhik..bila baca catitan puan teringat pula saya pada hadiah susu.. Dulu adik saya suka minun susu tepung... Banyak dapat hadiah.. Tp saya lupa susu apa.. Cantik cantik.. Banyak mak saya simpan kat rumah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Ye, hadiah dulu cantik-cantik. Memang boleh buat koleksi :)

      Padam
  2. wah, bestnya jadi orang kreatif! boleh fikir nak buat dengan bahan macam tu. ^^,

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh tak kreatif mana pun. klu habis idea tak tau nak guna semula barang lama, saya buang saja. takut jadi 'hoarder' pulak :)

      Padam
  3. Banyak jugak tu 9 biji..
    Boleh tanam banyak pokok. Hehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.