NOTA KASIH: Maaf, buat masa ini saya tidak berkesempatan untuk blogwalking dan balas komen-komen yang kalian tinggalkan. Saya dan team terlibat dengan projek #lelakilangitbumi. Baca lanjut mengenainya di sini.

Jadi, bagi yang suka baca novel online, setakat ini, Lelaki Langit Bumi (LLB) dah ada 33 bab live and accessible di Portal Ilham. Ingin jadi sebahagian daripada Lelaki Langit Bumi (LLB)? Baca Lelaki Langit Bumi (LLB) dan pilih watak kegemaran anda sama ada #teamdihaafina ataupun #teamariyyan di ruangan komen mana-mana bab. Nyatakan sekali mengapa. Anda mungkin bertuah untuk buat special appearance dalam Lelaki Langit Bumi (LLB) kelak. :)

Rabu, 27 Ogos 2014

Operasi Setem

Malam tadi jadi burung hantu. Tak leh tidur. Nak buat kad atau buku skrap tak de mood nak crafty crafty. Nak petik si Kapok, takut Cekebon datang lanting saya ngan periuk pulak. Malam-malam buta memekak huhuhu,... Alih-alih inilah aktiviti saya. Rendam setem! Yang jadi teman setia saya, si Yuri. Sibuk masukkan 'paw' dia dalam bowl air tu. Becak jugalah zon sekeliling dibuatnya.

Saya memang suka tengok dan teliti setem-setem saya. Tengok gambar dan catatan events pada setem,..tengok warna,... Sekarang ada 1 lagi sebab untuk senyum apabila pandang setem. Saya akan teringat pada rakan-rakan blogger yang hantar surat, kad atau hadiah pada saya. 

Setem KLIA 2 dan bunga tasbih tu, from Dr. Shikin. Saya menang salah satu GA anjurannya. GA tu merupakan GA pertama yang saya menang hadiah. Excited sampai juling-juling mata! Setem kain pua dan cindai pula diterima melalui kiriman hadiah penyertaan daripada Mr & Mrs Hafiezy. GA sempena wedding anniversary mereka. Ni GA pertama yang saya sertai tau sepanjang saya berblogging. Nampak tak,..ada sentimental values :)

Setem-setem ni direndam sehingga gamnya tanggal. Kemudian, akan dibiarkan kering. Dah kering baru boleh masuk buku setem.



15 ulasan:

  1. saya pun kumpul setem!!!! :D tapi x sempat susun lagi dalam buku. heeeee..

    berapa banyak dah akak Farrah ada ? ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. adalah sikit kumpul sana kumpul sini hihihi
      nanti kita boleh tukar2 setem :)

      Padam
  2. ooo pengumpul setem yer... :) sekarang nie susah nak jumpa orang kumpul setem lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hmmm skrg setem pun org dah jarang guna hihihi

      Padam
  3. banyaknya setem.. mesti dah banyak koleksi ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lah banyak mana. kumpul suka-suka, sambung hobi dr kecil :)

      Padam
  4. Wahhh susah nk cari dh org ada hobi gini

    BalasPadam
  5. Rajin betul.
    Teringat aktiviti masa sekolah rendah dulu.

    BalasPadam
  6. aha...JM pun byk gak terima surat dan kad raya dari rakan blogger...x pernah terpikir nak buat camni huhu..best jugak lau jadikan kumpul setem tu satu hobi yek :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best, JM! Cubalah kumpul. Alang2 dh ada setem tu.

      Padam
  7. driver kat office ni suka simpan setem..lelaki tu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...