728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 26 Ogos 2014

Repair Dodol

Ini projek malam tadi. Kat rumah ni, saya seorang je yang suka makan dodol. Jadi, kalau ada rezeki dodol tu, lambat sangat nak habis. Tak nak bagi rosak, masuk dalam peti ais. Sayanglah kononnya, tak nak membazir. Hmmm, masalahnya bila dodol tu dah keras lagilah tak laku!

Jadi, bermulalah projek repair dodol!


Haa,..mula-mula dodol dipotong menjadi ketulan-ketulan kecil supaya nanti mudah larut. Kemudian masukkan sedikit santan. Banyak mana? Agak-agaklah. Macam saya ni, dodolnya ciput je. Saya guna dalam suku kotak je santan 200ml tu. Yang cholestrol free & trimmed fat. Health conscious la kononnya hehehe. Kalau nak wangi, letak simpulan daun pandan. (Saya malas nak keluar rumah ambil daun pandan. Dah malam). Biarkan hingga dodol tu cair. Api dapur biar sederhana besar.

Orang kacau dodol dalam kawah. Saya kacau dodol dalam periuk kecil, pakai garpu ;) Dah nak siap dah ni. Time ni kena kerap kacau supaya bahagian bawah tak hangus.

DAH SIAP!!!

Dodol yang dah dibaiki akan jadi lebih lembut teksturnya. Lebih sedappppp! Waktu beginilah dodol ni jadi terlajak laris! Cekengah akan tersengih buat muka tak malu datang siap bawak sudu. Yang lain pun tumpang sekaki. Best served masa tengah suam-suam.


7 ulasan:

  1. ehehe...bijak dan kreatif..JM pun suka mkn dodol..kalau dalam peti sejuk tak habis..sorang je lah habiskan tapi x der nyer nk repair camni..ahaha..pemalas tul!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ni kes gatal gigi, JM. dah tak de benda nak nyum nyum tu yg selongkar peti ais repair dodol :)

      Padam
  2. Orang yg rajin memang beruntung sangattt

    BalasPadam
  3. Hehehe tak de rajin mana pun, tp sebab teringin nak makan + sayang dodol tu ;)

    BalasPadam
  4. Tak trrfikir pun kita boleh repair balik dodol tu.. Thanx kak Farrah... Dah bertambah ilmu di dapur

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...