Isnin, Ogos 11, 2014

Resepi Ayam Kari Tumis Bercili

Satu lagi resepi mudah untuk dicuba!

Ayam Kari Tumis Bercili


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam (potong kecil, kunyit dan garamkan)
  • 4 siung bawang putih (cincang halus)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 5 batang cili merah (tumbuk kasar) *Tukar dengan cili hijau pun tak apa.
  • 5 batang cili padi (tumbuk kasar) *Jika tak mahu pedas, tidak perlu letak.
  • 7 biji belimbing buluh (belah dua)
  • 1 - 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh gula
  • 100ml air
  • 100ml santan
  • 2 sudu besar minyak masak utk menumis

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak. Tetapi jangan sampai garing. Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih diikuti dengan cili yang telah ditumbuk. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan gula. Tumis seketika.
  3. Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga semua bahan sekata.
  4. Masukkan air dan santan diikuti dengan belimbing buluh. Masak sampai meresap. 

Nota Senyum: Boleh juga buat lauk ni untuk makan dengan roti jala :)


15 ulasan:

  1. wahhhh~sedap!!! nak try lh nnti.

    BalasPadam
  2. Nampaknye k.Farrah sangat giat berkongsi resipi sekarang :)
    Keep up the good work.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe, resepi senang2 ni retilah akak :)

      Padam
    2. Better sangat-sangat dari saya yang malas masak..hehe.
      Tengah mengumpul tenaga ni.
      Dok umah mak tiap hari makan masakan mak.
      Cayang mak sangat-sangat.
      Labyu..labyu,mak. Kalau mak x masak, anak mak ni akan kebuluran.

      Padam
    3. Syokkknya! Masakan mak yang TERBAIK! Untung, Shikin :)

      Padam
  3. [erghh..nampak macam pedas gila tu! :O

    saya x ley makan pedas. gastrik. T_T

    BalasPadam
  4. Errmm waktu bila nak masuk cili yg d tumbuk tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, JM. Tertinggal pulak cili tu dah penat2 tumbuk. Hehehe dah edit dah.

      Padam
  5. adui sedap ni.. harus try... tp cam podas je huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu tak mau pedas,..KM guna cili hijau je. Pon sedappp!

      Padam
  6. Balasan
    1. Akak makan untuk Aisya eh :) kat sana senang tak nak cari bahan2 buat resepi ni?

      Padam
  7. intai resepi ni nanti boleh cuba hihhihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.