728 x 90

Sabtu, 23 Ogos 2014

Spot The Differences - Activity with The Kids

Packaging iPad cover di bawah, asalnya saya nak guna untuk projek kraf lain. Tetapi, memandangkan bahagian hadapan yang berplastik tu masih cantik, saya decide buat display board@ game board @ activity board untuk students cilik saya.


Kebiasaannya, saya akan simpan apa saja aktiviti/games yang saya jumpa dalam majalah dan akhbar. Saya akan gunakan sebagai aktiviti tambahan di dalam kelas. Masalahnya, seorang dua sajalah yang berpeluang buat aktiviti berkenaan kerana salinannya terhad. Nak photostat warna, kos agak tinggi pula.

Jadi, timbul idea untuk buat display board ni.

'Spot The Differences' - Aktiviti sebegini bagus untuk rangsang perkembangan minda si kecil.

Saya masukkan lembaran aktiviti 'Spot The Differences' (yang ini from Astro View) ke dalam display board. Hias sikit sana-sini supaya nampak lebih menarik. Siapa-siapa yang siap tugasan tuisyen awal berpeluang buat aktiviti tu menggunakan whiteboard marker. Dah selesai, boleh padam.

Jadi, satu lembaran aktiviti boleh digunakan berulang kali. Kemudian, agak-agak mereka dah boring, next session tukarlah dengan aktiviti lain pula; cari benda tersembunyi ke, selesaikan maze ke,...

Dhia & Aliff, muka-muka yang siap kerja awal malam tadi :)

Cari,..cari...

Dsha teruja dapat cari kesemua 10 perbezaan dalam masa yang singkat.

Kita juga boleh guna bingkai gambar dan fail lutsinar untuk simpan lembaran aktiviti seperti ini. Kalau ada bajet lebih, laminate lagi bagus! Yang penting, sediakan whiteboard marker dan wet tissues :)


18 ulasan:

  1. Salam Ukhuwah Fillah ..Kak Lya singgah BW dan Follow sini....Cantik dan Kreatif ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal, Kak Lya. Terima kasih sudi singgah & follow FAMF Tower :)

      Padam
  2. Balasan
    1. 'Hadza min fadhli rabbi',...terima kasih, mama kaori :)

      Padam
  3. Bestnya!!!
    Mesti anak saya suka kalau saya buat ni untuk depa.
    Tapi, saya tak faham camne nak buat display board tu, k.Farrah?
    Memang ada dalam kotak ipad tu ke?
    Kalau nak buat sendiri macamane?
    Saya ada jumpa banyak aktiviti dalam Majalah Disney.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, yang itu Cekengah beli cover iPad. Sayang nak buang packagingnya sebab nampak boleh guna semula.

      Shikin boleh gunakan fail putih yang lutsinar saiz A4. Belilah beberapa keping, trim sikit halaman majalah Disney tu, then masukkan dalam fail :)

      Padam
    2. Aah lah..
      Thanx.
      K.Farrah mmg kreatif.
      Suka sangat tengok ideas akak.

      Padam
    3. xde kreatif mana pun. nway, thanks, Shikin.
      jgn puji lebih2. nanti kembang susah nak kempis ;D

      Padam
    4. Haha..Nanti share banyak2 lagi ea.
      Tadi jumpa ni kat blog Iola..best..
      http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/08/jangan-dibuang-kotak-kasut.html

      Padam
    5. thanks, shikin. akak dah tengok dah. menarik kan ideas kotak kasut tu :)

      Padam
  4. Dr dulu ko mmg suka wat benda2 mcm ni kan,..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok utk perkembangan sel2 otak :)

      Padam
  5. Balasan
    1. hihihi bolehlah buat tambah-tambah bahan aktiviti utk budak2 :)

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...