728 x 90

Selasa, 23 September 2014

Aku Patut Membenci Dia

Hari ni tengah sibuk jalan-ziarah-bertandang blog kawan-kawan, dapat private mesej kat WeChat daripada seseorang.

'Aku patut membenci dia.'

Terpinga-pinga saya sekejap. Apahal pula budak seorang ni. Nak luahkan perasaan ke? Benci siapa? Dia tu siapa? Kalau nak feeling-feeling pun kenapa cari saya? I hardly know him.

'Meant for me?' Saya tanya balik, expect dapat penjelasan lebih sikit. Tak faham langsung motif si penghantar mesej. Mana tahu dia salah hantar ke akaun saya ke...

'Yuppp.' Sepatah lagi jawapannya. Eh, dia ni tak boleh taip lebih daripada 4 perkataan je ke?

'?????????????????????' 
Saya kasik question marks lebih sikit. Hari ni mood saya kurang baik. Penat baru balik hospital, check-up untuk asthma and tiroid.

'Nak gitar chords lagu tu. Kumpulan Five Minutes. A & C cakap kau rajin tolong buat guitar chords senang utk diorang. Budak-budak XXX pun selalu guna chords yang kau buat kan,..'

Seriously? Baiknya budi bahasa nak minta tolong orang! Tak de salam,.. tak de kata minta tolong...ingat saya ni mesin jukebox keluar kord gitar ke? Mesin jukebox pun kena letak duit dulu baru boleh pilih lagu tau! Dia ni datang dari dunia tanpa adab mana nih? Saya diam je. Buat bena tak bena. Malas nak layan. Memang dalam group WeChat budak-budak gitar saya tu ada macam-macam pe'el dan perangai, tak dalah yang pekertinya begini.

'Boleh tak?! Kalau boleh aku nak cepat.'

Seriously(kuasa dua)! Terpaksa import dialog 'Rindu Awak 200%' jap,...saya balas...

'Memang taklah!'


Nota Senyum: Lagu 'Aku Patut Membenci Dia' tu memang best :)


23 ulasan:

  1. ish. apa punya manner macam tu. dah lah ayat bukan main lagi -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silap haribulan akak dah katok ngan gitar. Datang dari mana tah,..

      Padam
  2. amboi amboooooi..!! adab comes first lah apa apa pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yg akak geram tu, CT. Salam tak de, intro tak de...nak minta tolong orang tu..

      Padam
  3. Ada juga org macam tu kan.macam2..

    BalasPadam
  4. terus takde mood kalau gitu. malaih layan. heh

    BalasPadam
  5. amboi2 adap letak tang mane tu?? suke2 je mintak cmtu...
    ehh lagu ape tu kak.. kene dengar dulu ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu kumpulan 5 minutes, yg popular dgn lagu Galau tu..
      Not bad,..boleh layan :)

      Padam
  6. Memang tak de kudrat akak nak layan orang begitu. Huhuhu...

    BalasPadam
  7. Nad tak perasan....akak pandai main gitar ke???Terror nyaaa...
    Ada video? Nak tengok..kalau ada la..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni main gitar utk isi masa lapang time boring/sunyi je, Nad. Hehehe takde video2 ni. Takut orang tengok mimpi ngeri xleh tido malam :)

      Padam
  8. Wahh baru tahu akk pandai maen gitar. Nanti ajar kite yee, hehe
    (cakap mcm rumah kat sebelah je kan, haha)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala nur, akak ni pandai main gitu2 aje...xlayak kot nak ajar orang
      Hihihi ayat nur tu mmg kita macam berjiran. Ala2 ahli mesyuarat tingkap gitu!

      Padam
  9. kalau kite ponn mmg xla.. xsopan langsung ayat tuu..

    lagu tuu xpna dnga la -,-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu lama rasanya, Nadyya. Tak surelah masuk Msia ke idak.

      Padam
  10. ayat "kalau boleh aku nak cepat" tu mmg x boleh tahan..GERAM!!!..kalau JM di tempat Farah pun akan bagi jawapan yg sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayat tu memang bikin panas, JM. Luhur sungguh budi bahasa nak minta tolong.

      Padam
  11. Kak, p block budak tu kak. Kurang ajaq sangat.

    BalasPadam
  12. Best word - KURANG AJAR!!!
    Teruknye orang mcm tu!

    BalasPadam
  13. aduhai cantik gaya bahasa dia. sabar je la kakak.. nasib baik akak dah 'kick".. hihi

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...