Selasa, September 30, 2014

Ayat Penggerak dalam Bismillah 5

Bismillah Lima

Terjemahan Ayat:
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
Dengan nama Allah Yang Mencukupi.
Dengan nama Allah Yang Memberi Kesejahteraan.
Dengan nama Allah Yang Tidak Memberi Mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Ayat Bismillah 5 ni banyak kebaikannya. Selain daripada elok dibaca setiap kali selepas solat, ayat ini boleh dijadikan sebagai ayat rawatan Syifa' untuk penyakit-penyakit dalam badan. Dipercayai pengamal ayat ini akan dilindungi Allah (dengan izin-Nya) daripada termakan atau terminum racun/benda-benda yang tidak elok.

Tetapi, apa yang saya nak kongsikan hari ini ialah manfaat amalan ayat ke-5 (yang paling panjang tu) sebagai ayat penggerak. Apa yang dimaksudkan dengan ayat penggerak?

Ayat ini sangat berguna buat saya terutamanya apabila tiba hari Selasa. Almaklumlah, orang lain dah selesai dengan Monday blues mereka...dah bersemangat meneruskan hari-hari. Saya pula baru terkial-kial nak memulakan minggu baru. Terbawa-bawa kemalasan cuti tiga hari. Tuesday blues lah kononnya! Ada sedikit elemen mengada-ngada di situ. Kebiasaannya, hari inilah hari paling tidak produktif bagi saya.

Tak boleh ikut perasaan sangat, kan? Jadi, kalau rasa-rasa mata berat, badan berat, langkah berat, nak buat apa pun malas...bacalah ayat yang dipanggil ayat penggerak ni. Saya akan zikirkan kalimah bismillah yang ke-5 tu banyak-banyak kali. Mudah-mudahan digerakkan hati kita untuk rajin, lebih ikhlas melakukan sesuatu. Insya-Allah, kemalasan berkodi-kodi tu akan terangkat! Kita akan diberikan kudrat dan semangat untuk menyempurnakan tugasan dan urusan harian kita.Semoga entri ini bermanfaat untuk kalian :)


13 ulasan:

  1. wah nice sharing kak.. bagus sgt ayat nii.. kene amalkan selalu.. bru la semangat! :)

    jemput join first segmen nadyya ;)
    -----> SINI

    BalasPadam
  2. Insya Allah, Nadyya. Akak akan datang join bagi support hihihi

    BalasPadam
  3. Baru tahu tentang ayat penggerak ni. Thanks kak!

    BalasPadam
  4. oh...baru tahu...terima kasih atas perkongsian..terus COPY :-)

    BalasPadam
  5. Okay kak. Nice entry. Baru tau ade ayat ni. Mohon screen shoot :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, budak. Benda2 baik cenggini memang seronok klu dapat dikongsi,..

      Padam
  6. Insyaallah, kak.
    Ayat kelima tu boleh jadikan zikir bila-bila masa kita duduk x buat apa.. Boleh baca dari termenung x tentu arah takut syaitan pulak dtg ganggu.
    Ayat tu Insyaallah kalau kita baca beserta faham maksudnya akan menjauhkan kita dari segala kemudharatan di langit & di bumi.
    Amalkan..
    Sebab kita tak dapat jangka apa kemudharatan yang kita akan kena.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Shikin. Kadang2 bila kita dok sorang2 termenung,...syaitan cucuk sikit,..dari tak de masalah terus serabut kan,..Insya Alllah, ayat ni ringkas dan mudah utk kita sama-sama amalkan.

      Padam
  7. CT penah dengar pasal bismillah enam ni baru first time dengar pasal bismillah lima

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak kan...Bismillah 20 pun ada CT. Yg dlm lagu Mawi ngan AC Mizal tu...

      Padam
  8. Subhanallah
    Dgn ayat2 allah ini dpt diamalkan dgn kusyuk dn yakin ..insyaallah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.