Selasa, September 02, 2014

Blogwalking & GA

Seronok tengok rakan-rakan blogger yang aktif anjurkan & sertai pelbagai GA & segmen. Macam-macam! Kreatif sungguh mereka ni ye! Hadiah pun tak kurang hebatnya. Kalau ikutkan hati, memang nak join semua. Seronok apa! Tapi, kudrat tak mengizinkan. Belakangan ini sibuk sikit. Update entri baru pun mostly pakai iPad. Kalau nak masuk GA, nak copy banner + backlink,...saya lebih selesa guna laptop. Pakai iPad jenuh!

Anjurkan GA? Hmmm, Shikin pernah suggest pada saya perkara ni, tapi tulah....faktor kekangan masa + tak confident lagi heheheh ngada-ngada kan?! Tapi, hadiah (seandainya saya nak adakan GA dah banyak dah saya simpan. ) Tunggulah, ada rezeki dan kelapangan hujung tahun ni try buat satu :) Lagipun, misi saya nak letak widget 'Top Commentators' dan update bloglist di blog ni tak terlaksana lagi. Asyik tangguh dari hari ke hari.

Berkenaan blogwalking pula,... sekarang ni saya terpaksa curi masa untuk ziarah kawan-kawan. Bukan apa, masuk bulan September, saya menerima mandat untuk edit sebuah manuskrip yang tebalnya lebih kurang 600 muka surat! Memang sebahagian besar masa kerja saya akan diperuntukkan pada manuskrip berkenaan. Dah berpinar-pinar baca ayat orang, kemungkinan besar allignment nak buat ayat sendiri pun lari hehehe. Jangan risau. Jangan ingat saya lupa pada kalian pula. Insya Allah, akan datang bertandang apabila ada kesempatan.

OK, sehingga jumpa lagi! Tata titi Tutu!
Have a colourful day!

19 ulasan:

  1. jemput join GA merdeka akak..hihi..

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan untuk menyelesaikan tugasan :)

    BalasPadam
  3. ermm sama lah kita farrah... teringin nak buat GA... tapi rasa macam tak yakin jerr... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm, Farrah rasa kan nak mula dgn sponsor hadiah utk GA org lain dulu. Nanti bila Idah dah ready nak buat GA & nak cari sponsor kasi tau ye,...

      Padam
  4. takpe, takpe.. mama faham.. semoga segala urusan dipermudahkan semuanya! apa yang penting, utamakan dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Mudah-mudahan. Thanks, mama. Ada kesempatan saya akan dtg bertandang :)

      Padam
  5. settle yg penting dlu,sya pun skrg jarang update blog dan jalan2 singgah blog..sempat update nak jenguk tu tak sempat...eehehe
    kalau nak anjurkan ga buat yg simple2 rules nya ya..! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,..saya sendiri pun suka join GA yg syarat2nya simple.

      Padam
  6. wah..dpat tugas BESAR tu...ada masa boleh join GA tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu tugas besar, tulisan kecik,..Naik juling gak mata bila dah lama mengadapnya ;)

      Padam
  7. Hehe..terperasan macam nama saya kat atas xD

    BalasPadam
  8. itulaaah last week CT free sikit weekend tu CT puluh join GA and blogwalking nye segmen. tapi lepas tu tak terkejar nak bw ke blog peserta lain. adooiyai sian diorang mai visit tapi tak dan nak reply. skarang ni banyak contest la ga la blogwalking segmen la. nak ajeee join semua.

    skrang CT da pandai jenguk bloggers guna hp so iols bolehlah insyallah rajin blogwalking hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, dah guna hp panjanglah sikit langkah blogwalkingnya ye,...
      Thanks CT datang berkunjung ke mari :)

      Padam
  9. Bila blogger anjurkan GA memang teruja nak sertai cuma kadang-kadang kekangan masa..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.