Rabu, September 17, 2014

'Chipboard Embellishments' untuk Kad Ucapan

Ini entri sambungan kepada entri terdahulu saya Buat Kad Ucapan Lebih Mudah dengan Easy Cardmaking Paper. Since kita dah ada card base yang cantik bercorak, kita hanya perlukan hiasan/embellishment yang minima. Tak perlu sesak-sesak sangat.

OK, selain menggunakan reben, renda dan butang, kita boleh gunakan hiasan kraf yang diperbuat daripada chipboard. (Lihat gambar di bawah.)

Contoh 'Chipboard Embellishments'

'Chipboard embellishments' ni dijual di kedai-kedai barangan kraf dalam pek bertema - untuk birthday ada,... untuk friendship ada,.. tema bunga, family, Mother's Day dan macam-macam lagi. Jadi, bila nak hias kad, pilihlah satu hiasan yang sesuai, then tepek je :) Senang kan?


Nota Senyum: As usual, hiasan kraf di atas bukan sahaja digunakan untuk hias kad, sesuai juga guna untuk scrapbook.


20 ulasan:

  1. cantik laa farrah.... mahal tak nak beli tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Range harga RM6.90 - RM8.90. Kalau ada kad POPULAR, less 10%

      Padam
  2. Kak farrah memang kreatif :)
    Sy kalo beli mesti kang terbengkalai sebab penyakit malas yang amat. Hehe

    BalasPadam
  3. harga dia mcmana kak farrah? better buat sendiri ataupun beli je kad dari kedai? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Scha jenis yang suka/banyak buat kad, berbaloi buat sendiri. Harga akan lebih murah berbanding beli di kedai,..dan kita dapat personalised kad yang kita nak beri pada orang.
      Tapi, kalau setakat nak beri pada satu dua orang, akak sarankan beli. Sebab nak beli kertas, beli kad, beli embellishments semata-mata utk sekeping kad,...kos akan mencanak naik :)

      Padam
  4. Balasan
    1. eyyy sapa cakap,....kreativiti JM mungkin pada aspek lain :)

      Padam
  5. kreatifnya.. betul, kalau nak buat banyak, bagus buat sendiri.. kalau setakat satu, tak berbaloi pula kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,.. sebab kertas dan hiasan tu kita beli dalam pek. Sayanglah nanti kalau tak guna.

      Padam
  6. Banyak betul yang k.Farrah tau pasal buat kad ucapan ni.
    Saya x pernah tau pun pasal ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terjerlus dlm dunia cardmaking,..taulah sikit-sikit :)

      Padam
  7. cantik2 kad yg sis buat :) banyak idea boleh buat mcm2 lagi kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, dear. Ada embellishments sebegini, senang sikitlah nak buat kerja,..

      Padam
  8. geram tengok ni..cantik2 and comel sgt

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.