Khamis, September 25, 2014

Hujan dan 'petrichor'

Alhamdulillah! Setelah beberapa hari cuaca panas dan kering di kawasan rumah saya, hari ini Allah turunkan hujan lebat. Raining cats and dogs, you! Hmmm, apabila hujan dan sejuk dingin begini, mata mulalah terasa berat. Tengah buat persiapan mengajar untuk malam nanti, tapi fikiran melayang-layang teringatkan bantal dan tilam. Tak cukup itu, tiba-tiba teringin nak makan cucur bawang dengan air kopi panas pulak! Hehehe...

Apa kena mengena pula hujan lebat dengan 'petrichor' nya? Haaa,...disebabkan dah lama tak hujan, tentu tanah kawasan tu kering kan? Jadi, apabila hujan turun, akan ada satu bau yang naik ke udara. Earthy smell. Bau debu yang bercampur dengan air hujan. Bau itulah yang dipanggil 'petrichor' :)

petrichor
/ˈpɛtrʌɪkɔː/
noun
a pleasant smell that frequently accompanies the first rain after a long period of warm, dry weather.


Perkataan Greek juga ni. Saya came across perkataan ni dalam salah satu novel yang pernah saya baca. Indah betul bahasa,...bau tanah yang naik selepas hujan pun ada istilah khasnya :) Tetapi, saya tak pasti sama ada perkataan ini diterima pakai sebagai istilah Bahasa Inggeris ataupun tidak.

Kalian suka akan 'petrichor'? Saya?! Semestinya!


17 ulasan:

  1. Ha'ah.. Dia punya bau tu lain macam.. Bau debu kering.. Walaupun hujan, bau debu kering tu tetap ada dan rsa berbahang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, kak. Kalau dah lama sgt tak hujan, lepas tu hujan lebat...semacam bau yg naik tu.

      Padam
  2. oh baru tahu,.. aah laa.. thanks sharing kak :)

    kite tag ;)
    http://loveneddy.blogspot.com/2014/09/the-liebster-award-by-aunidenovella.html

    BalasPadam
  3. bau hujan and bau rumput lepas kena potong.. suka dedua hakhak..

    penang sminggu dah hujan Kak Farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huuu syoknya! Akak pun suka bau rumput kena potong, CT :)

      Padam
  4. Ade istilah ye kak. Baru ku tau. Suka gila bau tersebut. Pasni kalau hujan memang layan r petrichor. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang,..klu org suka tengok hujan kita panggil PLUVIOPHILE pulak. Akak suka betul petrichor. Bila hidu bau tu rasa mcm bumi ni dah bersih kena 'cuci'.

      Padam
  5. saya suka bau hujan!!!! semalam g PD pun hujan. alhamdulillah :)

    BalasPadam
  6. Kalau dah minum air kopi panas, akan hilang ngantuk nya nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kalau dengan akak belum tentu, Shikin. Silap2 lepas minum kopi lagi berat mata ;)

      Padam
  7. owh tak pernah tahu ada istilah untuk bau tanah tu.. tapi, memang syoklah bau tu.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestkan,...walaupun pada hakikatnya bau debu :)

      Padam
  8. kalau di kg maybe dapat hidu petrichor ni kan

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.