Isnin, September 01, 2014

Lama betul tak baca buku yang boleh pegang!

Saya memang suka baca buku. Bila ada masa terluang (dan tak de mood nak buat hobi-hobi saya yang lain hehehe,..), saya memang akan membaca. Tetapi dah berbulan-bulan dah saya tak baca buku yang tangible! Selalunya saya baca buku berformat epub melalui iPad je. Guna applikasi iBooks. In a way, memang sangat convenient terutama sekali jika saya berada di luar. Dalam iPad saya memang dah disumbat dengan banyakkkkk buku, termasuklah novel, buku resepi, majalah kraf dan koleksi Chicken Soup for The Soul saya. Bott tengok pun geleng kepala. 'Sampai ratus-ratus! Larat ke awak baca semua?'

OK apa?! Rasa-rasa tak berkenan dengan cerita yang ini, boleh tukar cerita yang lain. Ratus-ratus pun, beratnya tetap berat sebuah iPad. Bukannya kena pikul pakai bahu :) Janji masa yang ada saya gunakan baik-baik,.. dok senyap-senyap dalam dunia saya sendiri. Hurmm, satu lagi kelebihan baca buku melalui iPad ni, kalau tak tahu makna perkataan, kita boleh terus cari maknanya time tu juga. Even boleh highlight dan buat catatan. Jadi, takdelah tergenjat-genjat bacaan kita.


Hari ni tukar angin. Saya pandang rak buku terus terlintas nak baca buku old school style! Oleh itu, inilah aktiviti santai petang saya hari ni. Saya pilih 'Laura's Handmade Life' yang saya beli masa sale di Aeon Big, Mid Valley. RM5 je! (Baca mengenainya di sini.) Dah lama tak baca buku yang boleh pegang dan selak, feeling semacam lah pulak. Siap pakai penanda buku lagi!


Nota Senyum: Yang enter-frame kat tepi buku tu, stok untuk kunyah-kunyah. Tak taulah kuih apa, dari Sibu. Kawan Cekebon yang beri. Saya tolong makan je.


16 ulasan:

  1. snang la nk membaca kt mana2 pun boleh dgn ipad..

    BalasPadam
  2. idah pun dah lama tak membaca buku/majalah... nak2 dah ada blog nie lagi laaa... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe baca entri blog kira membaca jugalah,...cuma tak dapat thrill baca buku betul :)

      Padam
  3. buku 'realiti' best sikit sebab blh bau kertas..hehe..

    BalasPadam
  4. suka sgt tgk org yg suka baca buku ni..hai JM ni sebuah buku pun x baca lagi tahun ni..x minat..sbb tu ilmu pun kurang terutama dalam bidang penulisan huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. JM tuntut ilmu 'live'! Orang yg malas jalan macam saya ni kena banyak baca buku ;)

      Padam
  5. Balasan
    1. akak tak familiar dgn author ni tapi beli sebab cover comel ;)

      Padam
  6. Oh menarik tu ada minat membaca.. sekarang pun aku sedang pupuk minat untuk membaca.. sayang dah beli banyak2 buku tak banyak masa yang guna utk baca >.<
    Menarik nampak buku tu, tapi mcm terlalu tebal plak huhui

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teruskan niat murni tu, Ibnu Ramli. Saya sokong :)
      Saya ni pun buku dah beli lama, barulah sekarang ada masa nak sentuh.

      Padam
  7. saya punya buku lak ada kat 3 tempat. buku boleh pegang, buku dalam handphone and dalam laptop. hehehe. kalau rasa nak baring2, ley baca buku real. kalau sebelum tidur, baca dalam handphone *bad habit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni boleh masuk kategori ulat buku ni, Amy. Mana-mana ada buku. Bagus! Bagus! :)

      Padam
  8. rasa semacam ye kak baca buku oleh pegang then ada penanda buku. yana still guna cara tu kehekekekeke

    BalasPadam
  9. Sha pun suka je baca ebook, mudah nak bawa sebab boleh simpan dalam rak maya dan boleh akses menggunakan telefon mahupun komputer.. Buku fizikal ini, sesekali nak bau kertas baru baca.. hehehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.