Jumaat, September 05, 2014

Oh, tidak! Puppies!

Bayangkanlah,... malam tadi masa nak buka dewan untuk kelas, saya terkejut besar! Ada dua ekor anak anjing betul-betul dekat muka pintu. Tanah sebelah rumah ni tanah lapang yang terbiar. Memang banyak anjing-anjing liar bermaharajalela kat situ. Emak anjing tengah kalut alihkan anak-anak dia masuk kawasan pagar rumah saya. Agaknya nampak kelibat saya terkedek-kedek dari jauh, terus dia lepaskan anak-anak dia depan pintu. Oh, tidak! Kejap lagi budak-budak cinonet nak sampai. Kecoh pula nanti. Macam mana nak buat ni? Dahlah tengah hujan,...

Hendak tak hendak, terpaksalah saya ambil penyodok sampah untuk alihkan puppies yang bulat-bulat tu. Mujur ada kotak kosong kat dalam dewan. Bising gak mulut puppies ni menyalak-nyalak manja, kena sodok dengan saya. So sorry,... :( Awak tu basah kena hujan,..kita tak sure umur & saiz begini, awak menggigit ke tidak,..

Melengking suara si coklat ni menyalak!

Dah selamat masuk kotak.
Alhamdulillah, berjaya masukkan dua ekor ni ke dalam kotak sebelum kelas bermula. Tetapi, sempat jugalah beberapa murid cilik saya terserempak dengan puppies ni sebelum dipindahkan. Ada cerita comel, yang itu saya kongsi kemudian ye :)


*Kualiti gambar kureng. Pakai kamera handphone je.

21 ulasan:

  1. cute puppies ni.. nasib baik ada penyodokkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe itu aja yang terfikir nak guna time tu, KM.

      Padam
  2. kalau anak kucing boleh gak bawak balik umah kan Farrah :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah JM. Kalau anak kucing, dengan rela hati saya angkut balik!

      Padam
  3. nsb baik puppies, klo yg besau tu caner la agaknyer yer,,

    pssstt, sy dtg folo sini..jemputla singgah yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm, kalau yg besar tak taulah! Cuba buat muka garang halau diorang jauh2 kot ;)
      Thanks, Miss Yana. Nantikan kunjungan balas saya ye..

      Padam
  4. amboi sampai guna penyodok tu..
    hehe dalam kes2 mcm ni pegang je anjing tu, satgi boleh je samak..

    BalasPadam
  5. kalo anak kucing takpe senang nak alihkan. mesti cute anak anak anjing kan perut bolat bolat kekekek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm, masa akak sodok-sodok manja puppies tu, dapat rasa bulat & gendutnya perut2 mereka heheh

      Padam
  6. Kalau saya pun guna penyodok.
    Dengan kucing pun saya geli..
    Inikan pulak hanjing..haaacum..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memang nampak penyodok je masa tu, Shikin. Oh, Shikin geli ngan meowww ye :)

      Padam
  7. alahai...comelnya :DD

    teringat kes yang orang sesuka aniaya tuan rumah tu p baling kucing2 dia dari tingkat 9. sedih. takde hati perut!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih. Akak emo sikit ngan orang2 suka aniaya haiwan nih.

      Padam
  8. Tengok anak anjing ni teringat kisah ekin suatu ketika dqhulu masatu darjah 1.. kisah ma yg ceritan kat ekin... ekin tertukarbank kucing n anak anjing... hahaha... hari2 nak pergi skolah mesti main
    dengan diaorg... mummy anjing xmarahnpun kat ekin dia tgk jah... masa ekin duk dlam.perumahan. askar di pahang...last2 berigak dgn.abg ekin.dia.marah tu.anak.anjing... balik rumah terus ma samak dengan tanah seluruh tubuh ekin... huhhhu

    BalasPadam
  9. Kisah ni ekin teringat kisah ekin.dahulu anak anjing sangka anak.kucng... masa tu darjah 1.. ekin xtaw pape kan... hari2 nak g sekolah laju kawasan sunyi mesti main.dgn anak tu... mummy dia ok.jah tak.marah ekin pun... masa tu perumahan askar kan laluan.nak g sekolah

    BalasPadam
  10. Last2 ekin berigak dengan abg dia mwrah ckp tu bukan.kucing tu anjing. Balik rumah ma.terus samak.dengan tanah sammpa bercelup pahtu mandi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.