728 x 90

Sabtu, 13 September 2014

Operasi Godek Blog

Mood cuti-dan-santai saya dimulakan dengan duduk menghadap komputer, tonton catch-up episodes rancangan TV kegemaran saya dan 'godek-godek' blog. Apa yang digodek? Huhuhu, entah! Saja je 'kemas' blog. Bersihkan kalau ada sawang ke debu ke yang singgah bertenggek. Touch up apa yang patut :)

Akhirnya, setelah bertangguh dari hari ke hari, bulan ke bulan,..saya berjaya buat scroll box untuk 'Catatan Terdahulu' (Archive) & Tetamu VVIP (Bloglist) saya. 


My Scroll Boxes ;)

Saya tahu, kalian yang mahir tentang blog ni pasti dah ketawa terguling-guling baca! Hehehe scroll box je pun. Tapi itu 'kejayaan besar' saya malam tadi. Dah sekian lama si Gagak Rimba ajar cara nak buat. Siap saved coding dalam format notepad supaya saya senang refer. (Arigato gozaimashta, Gagaku San!) Saya yang asyik bertangguh. Kononnya malas nak berpinar mata untuk edit template.

'Cukuplah juling-juling mata tanda essay students. Scroll box tu buat nanti, bila rajin.' (Dalih yang sama all the time!)

So, alang-alang angin tengah baik ni,....saya pun cubalah. Alhamdulillah, jadi! Jadi! Jadi! (Sambil tepuk tangan dan tersengih macam kerang busuk depan skrin.) Harap kalian yang singgah menjenguk FAMF Tower lebih selesa nak view blog saya. Tak adalah lists tu panjang berjela sampai ke bawah. Sudi-sudilah baca catatan-catatan lama saya. Silakan berkunjung ke 'kediaman' tetamu-tetamu VVIP saya. Bloglist masih dalam pembinaan. Sikit-sikit saya tambah bila ada kesempatan.


16 ulasan:

  1. Salam hujunh minggu farrah...
    hehe... idah pun baru letak scroll box tu jugek... huhu.. jeles tengok blog farrah cantik tersusun jer... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh tak tersusun mana pun, Idah. Saya tak pandai sangat,..so cuba-cuba je asal blog tak semak :)

      Padam
  2. Tahniah.
    terorlah tu.. saya pun tak reti buat scrollbox tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je, sinuha. (cheh, dah berjaya buat cakaplah senang kan,...) nanti kalau sinuha nak buat utk blog, akak boleh tolong ajarkan.

      Padam
  3. tahniah.. ada jugak usaha mencuba.. hihi... memang pening pun pandang coding tp hasilnya puas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, KM. Saya ni masih merangkak-rangkak lagi. Taklah sehebat KM :)

      Padam
  4. Wahh best kan edit blog sendiri. Ada kepuasan nya! Siap bergegar haa sidebar akk :) nice2 but a bit pening. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk orang yang kurang bijak macam akak ni, bolehla nur.
      hahah yg pening sikit tu tanda sayang utk nur :)

      Padam
  5. Haha kak farah, sy pon baru letak scroll box tu. dah lama xedit template berpinar mata tgk coding :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuh memang berpinar, dik. pening2 lalat akak dibuatnya!

      Padam
  6. Ros pun ada benda alah tu. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak baru excited sendiri ada scroll box, ros :)

      Padam
  7. yeayy..TAHNIAH..dh ada improvement..akan lebih kerap singah sini heheheeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, JM. Itu yang nak dengar tuh :)

      Padam
  8. Tahniah k.Farrah.
    Saya dulu pun kemain susah buat scroll tu.
    Try punya try berhari-hari baru jadi tau.
    Erkkk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Shikin :)
      akak memang xreti sgt mende2 ni.
      berasap gak kepala nak buat!

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...