Rabu, September 24, 2014

Resepi Semur Ayam Mama Sastri

Saya dah lama teringin nak makan lauk semur ni. Kali terakhir makan rasanya dekat sebuah restoran yang menyajikan makanan Indonesia,..tak ingat di mana. Lama dah! Masa tu makan dengan nasi liwet. Sedapnya!

Minggu lepas, since saya ada banyak masa terluang, saya cuba juga buat lauk semur ni. Pada asalnya nak buat semur daging (yummmm yummmm....), tapi nanti Cekebon tak boleh makan. Penat saya jaga diet harian buah hati pengarang jantung yang seorang ini. Tak mahulah hanya kerana saya dengan food craving saya, tekanan darah tingginya naik mencanak!

Semur Ayam

So, kita buat semur ayamlah. Resepi diimport terus dari Bandung. Ini version Mama Sastri, salah seorang kenalan saya.  Bersungguh-sungguh dia cuba simplify resepi ni untuk saya. Maklumlah, saya ni bila resepi tu complicated sedikit, mula rasa nak angkat senduk dan melarikan diri. Orang 'pakar' la katakan. Hehehe. Makasih, Mama :)

Resepi Semur Ayam Mama Sastri

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 350 - 400g ayam
  • 200ml santan pekat (saya guna santan kotak tanpa kolestrol yang fat trimmed tuh)
  • 4 batang cili merah (belah dua, buang biji)
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 helai daun salam
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 2 sudu besar daun bawang
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • 2 butir bunga lawang
  • 5 butir bunga cengkih
  • 1 batang kayu manis

Bahan yang perlu dikisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 5 siung bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato besar
  • 1 butir buah keras
  • 1/2 butir pala
  • 1 sudu teh lada hitam


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bersihkan ayam. Gaul dengan kunyit dan garam. Goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak menggoreng ayam tadi dan tinggalkan hingga lebih kurang 2 - 3 sudu besar minyak.
  3. Tumis bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis buat seketika. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis kesemuanya hingga naik bau.
  4. Setelah tumisan naik bau, masukkan kicap pekat, kicap manis. Tuangkan sedikit air supaya kuahnya tidak terlalu pekat. Masukkan ayam diikuti dengan santan, daun salam dan cili merah.
  5. Masak dengan api sederhana sehingga kuah memekat. Sekiranya inginkan lebih kuah, tambah sedikit lagi air.
  6. Tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum juadah dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!


29 ulasan:

  1. terlioq la tgk..semur tu masakan wajib bagi khaty yang berketurunan jawa..tak sangka farra pon suka jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khaty, dulu masa kecil2 pengasuh saya orang jawa heheh memang selera cenderung ke arah masakan sebegini. OK tak Khaty resepi ni? Ada tips nak bagi lebih ummphh?!

      Padam
  2. sedap nampaknye tu kak.. :) xpernah dgr n makan lagi..huhu

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan makanan ni. Tapi boleh cuba sebab bahan dan cara masak nampak mudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Azie, bahan2 byk yg kita blend, then tumiskan semua :)

      Padam
  4. memang sedap ek? tak pernah makan..agak2 kalau buat en hubby suka ke tak ek..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dia suka masak kicap, insya Allah suka lauk ni :)

      Padam
  5. uhh 1st time dengar semur ayam...
    ape rase ni kak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam masak kicap yg pekat dan berempah :)

      Padam
    2. msakan org jawa ke kak farrah.. aikk cm tak pernah tau je.. nnt kene tny mak ni.. nk jugak cbe2... tapi masak kicap style jawa mmg fav

      Padam
  6. nk try jugak lah ..tapi nak guna daging :-)

    BalasPadam
  7. fuhh mcm sdap..xpna mkn la.. lauk jawa ke?nape sy xthu ek.. ibu kite xpna msk lak..huhu

    BalasPadam
  8. Nasi liwet tu macam mana kak Farrah? Nampak sedappp je ni...blog kak Farrah ni best lah...ada entry berkebun...ada entry memasak...ada entry cord lagu utk gitar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi blog cacamarba namanya ;)
      Nasi liwet ni mcm nasi lemak coz kita tanak guna santan, tambah serai, daun salam & lengluas xsilap. Lagi best bila nak hidang kita tabur dgn ikan bilis goreng yg ditumbuk kasar.

      Padam
  9. fuh, nampak pun dah terliur..belum makan lagi ni..lapar..huhu..

    BalasPadam
  10. Fuyo resipi jauh tu. hehe. Setahu sy semur tu ala2 masak kicap jugak kalo ikot pemahaman orang jawa. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bijak, budak! Budak bijak! Masak kicap pekay, bersantan dan berempah ;)

      Padam
  11. Semur..? Macam semut pulak.
    Cekebon suka tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, berselera dia makan Shikin! Siap minta simpankan semangkuk kecil utk buat sahur :)

      Padam
  12. wow, kena bookmark ni. x pernah dengar lak pasal resepi. nampak sedap sangat tengok dari gambar tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu Amy suka ayam masak kicap, mesti cuba lauk ni. Lagi kawwww!!

      Padam
  13. resepi ni dari mana kaka?.. belum pernah rasa.. mesti sedap ni..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.