728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 20 September 2014

Sayang Kotak Perfume Punya Pasal

Malam tadi sesudah kelas, saya sort kertas-kertas di rumah untuk di kitar semula. Dalam timbunan kertas tu, adalah dua kotak perfume Cekengah. Cantik pula warna pastel kotak-kotak tu di mata saya. Rasa sayang nak recycle.

Berkenan dengan warna kotak-kotak ni :)
Saya pun terus masuk bilik kraf, ambil craft punches berbentuk love dan butterfly. Tiba-tiba dapat idea nak gunakan kotak-kotak ni untuk buat hiasan pada kad. Nak tengok hasilnya?

Kad Ucapan guna Kotak Perfume :)


Berguna jugak kotak perfume ni kan? Dua kad di atas 'blank', tanpa tema. Nanti, jika ada tempahan kad, saya hanya perlu ubah dan tambah apa yang patut. Sedikit pesanan penaja, don't simply throw away your papers :) Guna semula apa yang boleh. Kitar semula yang selebihnya. Tindakan kecil kita boleh bantu pelihara alam sekitar.

Let's Go Green!


25 ulasan:

  1. okay...akak dah bole jd duta alam sekitar...
    kalau nak tgok bnda bnda kreatif yg dicipta dr bahan terbuang kunjungi website nih..semua unik unik and kreatif ^^

    http://www.bystephanielynn.com/2011/09/50-crafts-and-projects-using-recycled-repurposed-upcycled-cans-saturday-inspiration-ideas.html


    jappp..akak still ingt kita lagi x?sorry sy sibuk dgn university life^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duta alam sekitar? Ada2 je Aiman ni. Thanks ye recommend pada akak link di atas tu. Jadi excited akak nak buat projek2 yg ada kat situ.
      *xlupa awak,..don't worry. First thing first! Don't forget to cherish each and every moment of your campus life :)

      Padam
  2. New term utk saya
    ~> craft punches.
    Best lah k.Farrah ni..macam2 idea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun sebelum terjebak dgn dunia cardmaking & scrapbook ni tak tahu langsung ttg craft punch ni. Akak siap pelik, 1 craft punch utk 1 pattern je, kena bayar mahal2! Untuk apa? Hehehe dah ada exposure ni lah baru tahu guna :)

      Padam
  3. Heee..Nad pun tak tau ada craft punches...
    Owh akak patut singgah Spotlight dekat Ampang Point...heee mesti jadi rambang mata tgk barang-barang craft dari overseas....Nad pun belum sempat ke sana lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memang teringin nak ke situ, Nad. Orang kata best! Tapi perlu ada pertahanan yg kuat dr segi mental, fizikal & RM sebelum ke Spotlight! Takut terbeli benda yg bukan2 :)

      Padam
    2. Bawak 'shield' penahan mata skali, k.Farrah.. Hahaha..

      Padam
  4. memang kreatif la.. nampak comel pula kotak2 tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,...kotak tu cantik sangat,..sayang nak buang

      Padam
  5. siap ada bilik kraf kak? ini memang betul2 go green. hehe. kak farrah kalo bab2 ni memang kreatif habis. pasni akak boleh la buat GA kasi hadiah kad. hehe. sy orang first yg join. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi bilik kraf perlu ada utk memastikan barang & kertas2 akak tak bersepah satu rumah. akak ni jenis, kat mana akak duduk, kat situlah akak berkubang! tinggal jejak & barang2.
      GA? kena tunggu akak ada kudrat & kekuatan utk buat. terharunya,.. belum buat budak dah sudi nak join :)

      Padam
  6. serius lawa dear.. simpan lah, nanti boleh buat kenang-kenangan.. :)

    BalasPadam
  7. kreatifnya akk... cantik sangat! kalau org yg x kreatif mcm zana ni mesti terus buang jer kak kotak tu.. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala Zana,..barang2 semua dah ada...tinggal usik itu ini je :)

      Padam
  8. arghh..hanya org kreatif dan berinovasi sahaja dapat ieda mcm tu..kalau JM tgk je kota tu x mendatangkan apa2 hasil....hahaha..nampak x di situ..tidak pandang dengan mata halus :-)

    BalasPadam
  9. hmmm, betul juga kan.... saya tak tefikir lak. saya ada banyak kotak kecil2... tapi xtahu nak buat apa... hehe

    BalasPadam
  10. orang kreatif... tengok apa saja pun boleh dikreatifkan... cantik dan comel... nak beli gak la punch tu.. :D

    BalasPadam
  11. mahal tak kak craft punches tu? teruja pulak tengoknyyaa

    BalasPadam
  12. yeeee la akak tangan tu memang dah berseni. memang kasi ape pun menjadi.. CT suka beli ketas warna. lagi2 yang timbang tu hihi..

    BalasPadam
  13. craft punches tue saya cari tak jumpa la akak...

    BalasPadam
  14. suka simpan kotak2... rupanya boleh buat goni deh... hihihi...

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...