728 x 90

Ahad, 26 Oktober 2014

Cekebon Teringin Tauhu Goreng Khadijah Ibrahim

Pening juga kepala saya apabila Cekebon requested nak makan Tauhu Goreng Khadijah Ibrahim. Ni kes tengok Khadijah Ibrahim masak kat salah sebuah rancangan di TV,..tetapi buah hati saya ni main tengok macam tu je..apa bahan-bahan yang digunakan untuk resepi tu Cekebon dah tak ingat!

"Betul ke tauhu biasa yang dibuat goreng? Ke tauhu telur?" Saya kena pastikan sebab tak silap saya dulu, restoran Khadijah Ibrahim ni terkenal dengan menu tauhu telurnya.

"Tah, ibu tengok dia celup-celup dalam tepung lepas tu goreng!" Heheheh membantu tak?

So, disebabkan nak menunaikan hasrat Cekebon dan kebetulan di rumah hanya ada tauhu biasa (tauhu telur,..tauhu Jepun semua tak ada), saya buatlah Tauhu Gejrot dan Tempe Goreng Berempah.

Tauhu Gejrot dan Tempe Goreng Bukan Khadijah Ibrahim ;)

Goreng-gorengan ni sedap dihidangkan dengan cili kicap. Insya-Allah, saya akan sertakan resepinya kemudian. Petang ni nak blogwalking. Kayuh perlahan-lahan dengan line yang semput macam nak flat line. Tunggu saya datang!


36 ulasan:

  1. Balasan
    1. Pekena ngan kuah kicap cili api mmg terangkat, dik

      Padam
  2. Balasan
    1. Akak dh makan bagi pihak Aisya :)

      Padam
  3. heheh... cara jawapan sama macam ayah saya >,<

    saya suka makan tempe!

    BalasPadam
  4. Zumal suka tengok rancangan masakan tau. Tapi yang nie terlepas rasanya. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah Zumal. Mati akal jg akak tried to find out rancangan apa,..tu yg jd tauhu gejrot terus!

      Padam
  5. walau nampak simple tapi sedap tu kak..nak jugak la, boleh???dengan muka kesian ni merayu..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh!!! Tapi kena turun semenanjung dulu!

      Padam
  6. dua-dua ni kalau buat sambal tumis pun sedap ni. sukaa!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya! Jom menyambal, Fatin!

      Padam
  7. cepat2 update resepi. nnt boleh try..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, dik. Petang kang akak update!

      Padam
  8. saya perah otak duk fikir siapalah Khadijah ni,kemudian baru terfikir siapa.. haha
    suka makan tau fo lg tauhu sumbat..tempe pun sama.. memang sedap buat kunyah2

    BalasPadam
  9. nasib baik kite tak minat tauhu, haha klau tak meleleh tak ingat lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh Nur tak shuke tauhu ek....

      Padam
    2. Tak makan kak. hehe sebab dalam die lembut sgt kot..? HAHA
      kalau terrrr ade dalam makanan, pasti akan dok tepi pinggan, hihi ataupun pass dkat ayah

      Padam
    3. Oh I see,...tak pe, boleh pass kat pinggan ayah. Tak bazir :)

      Padam
  10. baik bakal menunggu Kak Farrah menjenguk ku ^^ hihi.. CT suka tempe tapi kat utara ni bukan ada nak jumpa tempe pun. tak reti makan.. kena balik ke selatan baru dapat jumpa sepah orang jual sana sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh, yelah kat sana tak da orang Jawa kan...susah sikit cari tempe heheh

      Padam
  11. Bab tauhu tolak tepi..
    Tapi tempe tu mmg trbaik kak farah...
    Goreng garing cicah ng smbal.kicap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak pandang kiri kanan dah! :)

      Padam
  12. Hahaha. Tauuhuu sedapnyaa. Baru semalam makan goreng2. Hahaham habis dekat den 2-3 ketul besar. Haha

    BalasPadam
  13. Amboii cekebon..mengidam yang sedap2 ye..
    Tapi resepi tak ingat..haha..
    Mujur k.Farrah pandai masak
    Rasa nak mtk sikit. Sebab saya suka tahu n tempe ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, nasib baik bagi version tauhu gejrot ni dia ON je...OK, dah tau dah nak jamu Shikin apa,...buat special dish tauhu & tempe :)

      Padam
  14. tauhu lembut sedap sangat :)
    saya suka tauhu masak merah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tauhu masak merah....yum yum yum :)

      Padam
  15. sambal kicap Ros memang tak leh tinggal.. sedap makan ngan tempe tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, ros. Tak ada sambal kicap tak kick!

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...