728 x 90

Sabtu, 11 Oktober 2014

Hujung Minggu bersama Calon-calon PT3 2014

Hari ni dan esok, saya tidak ada rancangan untuk ke mana-mana. Rasanya duduk menghadap komputer di rumah sahaja. Insya-Allah, dua hari ini akan saya luangkan bersama anak-anak didik saya yang bakal menduduki PT3 minggu hadapan.

Kalau ikutkan, syllabus dah covered. Revision pun dah selesai. Cuma saya standby di rumah untuk layan Skype, Facebook Chat dan emel-emel dari students yang perlu bimbingan saat-saat akhir. Selalunya, waktu-waktu beginilah mereka ada banyak benda nak tanya/clarify. Di samping itu, saya memang ada beberapa pelajar yang tuisyen secara online dengan saya - sedang bantu mereka buat persiapan untuk peperiksaan akhir tahun. Tak menang tangan nak melayan budak-budak ni. Dah rasa macam kerja customer service dekat call centre pula hihihi

Apapun, buat calon-calon PT3 lain yang kini sibuk menelaah, selamat maju saya ucapkan. Lakukan yang terbaik untuk diri kalian. Jangan lupa singgah FunCrayons EduSpace untuk dapatkan material belajar tambahan. (Boleh juga klik 'Dari Bilik Belajar' pada Top Tabs di atas.)


[Klik banner untuk ke FCE]

Nota Senyum: Aktiviti blogwalking tergendalalah nampaknya ;)

22 ulasan:

  1. good luck untuk anak2 didik akak ya,,,:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Ikhwan. Mudah-mudahan mereka dapat lakukan yg terbaik.

      Padam
  2. Farrah cikgu bahasa inggeris ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, sis. Dekat tempat tuisyen saya, saya ajar BM & BI. Subjek lain cikgu lain in charge :)

      Padam
  3. Baguslah cikgu ni layan students walaupun di rumah.
    Memang sekarang tuition online ke k.Farrah.
    Foc ke ada bayaran yang dikenakan?
    # persediaan untuk anak nanti:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak buat tuisyen online utk students yang jauh dan perlukan bimbingan. Lebih kurang macam kelas biasa, cuma contact hours lebih kurang, guna email dan Skype. Yang ini ada fee bulanan.
      Murid2 yang tuisyen di dewan tuisyen pun ada kelebihan consultation melalui internet/sms/call. (Time akak free lah)
      Yang di blog FunCrayons pula, FOC. Tolong budak-budak mana yang akak mampu. Dapatlah kumpul sikit saham untuk 'di sana'.

      Padam
  4. Akak Farrah CIkgu ka?
    Dasatlah akak..nikmati kerjaya anda kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak cikgu tuisyen cabuk je, aRz. Heheh alhamdulillah, memang menikmati kegumbiraan apa yg akak lakukan sebab ada kelebihan dari segi pengurusan masa. Thanks, aRz :)

      Padam
  5. seronoknya la kalau kak farrah jadi cikgu BI saya dulu2. hehe. moga akak terus sukses. saya pon berangan nak jadi cikgu tusyen. tapi saya suka subjek kira2 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, budak atas doanya. Mudah-mudahan. Budak minat jadi tutor? Bolehlah cuba-cuba buat home tuition. Ramai students perlukan cikgu ilmu hisab ;)

      Padam
  6. ooo boleh dftar kelas bi ng kak farrah tak??
    hehehehe maklumla bi ayu da tunggang langgang terbalik balik dah nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh,..meh datang sini! Akak bukak session special untuk mommy-to-be yg seorang ni :)

      Padam
  7. hihihi ini contoh teacher yang menggunakan teknologi and pendidikan dengan betul ^^ sesetengah cikgu rasa teknologi sangat rumit and kekal dengan cara dan teknik yang lama. they all tak sedar yang diajar skarang bebudak generasi baru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni CT, yang basic2 tu lepaslah. At least students tak ada alasan 'boring' tak mau belajar. Minat dan kebiasaan mereka dah cenderung ke arah itu.

      Padam
  8. Bestnyaa dapat cikguu cam akaakk~ T_T

    BalasPadam
  9. eh, saya baru tahu kak Farrah cikgu tusyen. hahaha. adeh..

    menariknya fun crayons eduspace tu.. kreatif gila nama. :D nanti boleh share dekat adik juga ^^ thanks kak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, cayang. Recommendlah FCE pada adik, Amy. Mana tahu ada material di sana yang boleh bantu dia. Kalau ada masalah boleh PM di FB atau email. Akan ada staff yang cuba jawab kemusykilan yang bersarang di kepala hehehe

      Padam
  10. kite dok siasat ni.. akk ni cikgu english ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, macam mata-mata! Yes, dear. I am an English teacher. Akak ada buat kelas tuisyen dan akak in charge subjek bahasa. Maths, Science and etc serahkan pada cikgu lain. Akak takut nombor! Akak suka nombor yang di belakangnya ada tanda % je..hahaha

      Padam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...