Jumaat, Oktober 10, 2014

Resepi Stew Kentang


Salam Jumaat! Pagi ini saya nak kongsi resepi stew kentang. Haaa,..siapa-siapa nak tukar selera, bolehlah cuba masak hidangan mudah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 biji kentang bersaiz sederhana (potong nipis dan goreng hingga empuk)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 butir bunga lawang
  • 1 inci halia (hiris memanjang)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 - 4 sudu besar kicap manis
  • 8 tangkai cili api (Bagi yang suka makan pedas. Kalau ada budak-budak nak makan, jangan letak, OK)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • sedikit air
  • sedikit minyak masak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar dan halia. Biarkan seketika.
  2. Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan cili api. Kacau kuah hingga sekata. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng.
  3. Bancuh tepung jagung dengan beberapa sudu besar air. Masukkan dan tunggu hingga kuah memekat.
  4. Sedia untuk dihidang!


31 ulasan:

  1. Wah, macam sedap je Farrah..nanti Cik Mimie nak cuba lah :)

    BalasPadam
  2. terliur tgk cili hijau tu.slurppppppp3x..hehe..letak daging sikit pun sodap kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhh, klu letak daging toksah cakaplah, Nana. Memang terangkattttt!

      Padam
  3. Balasan
    1. Alamak,...hancur lunyai stewnya by the time sampai kat Khaty :)

      Padam
  4. kak Farrah! apa khabar? hehe.. bestnya stew.. dulu mak cik buat stew... rasa sedap la pula.. in shaa ALLAH satu hari nanti nak try sendiri ^^,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khabar baik, cayang. Haa,..dah suka tu, simpan resepi nih. Nanti rajin2 boleh cuba :)

      Padam
  5. perghhhh...
    kak farrah selalu dera nafsu makan ayu tauuu

    BalasPadam
  6. macam masak kicap pun ada. boleh kan kalau tukar kentang dengan ayam?hehe

    BalasPadam
  7. Salam singgah..saya dah follow blog awak..harap sudi follow blog
    saya balik :)
    http://seronoknyermelukis.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Nantikan kunjungan balas saya :)

      Padam
  8. mlm ni tak makan nasik lagi sbb leka BW...sekali bila masuk sini ya ampun..sedapnya nak stew kentang tu terus telan air liur..esok cuti nk try masak..cah copy resipi nih..pesal pandai sgt masak nih..rajin lah tu..hai untunglah badan siapa dapat si Farrah nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM, kenapa tak makan nasik tu,...diet ke? Tak perlu dietlah, sis dah cukup langsing!
      Hehehe 'rajin' sangatlah maka masak lauk senang-senang je ;)

      Padam
  9. Baru tau nama dia stew tu macam mana. Haha. Boleh try ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, budak. Kepekatan kuah tu bergantung pada kita. Nak pekat lebihkan sikit tepung jagung,...nak cair sikit, kurangkan tepung jagung :)

      Padam
  10. I labyu k.Farah sebab bagi resipi masak kentang.
    Teringin nak masak, tapi satgi nak pi spital.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, husband Shikin operate kan,...akak doakan semuanya berjalan lancar. Tak pe,..kentang tu boleh masak bila2.

      Padam
  11. fuhh.. dah dpt bayangkan rasanya tuu.. hehe.. nt nak try resipi ni jugak la :)

    BalasPadam
  12. Macam sedap ja akak.
    Terima kasih atas perkongsian resepi ni

    BalasPadam
  13. ya Allah kentang ni masaklah apa pun.. konpem sedap. CT dahla hantu kentang ngan segala spesis ubi.. just kena kurangkan skarang ni.. diet carb laaa katakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Citarasa kita sama! Akak suka kentang, keladi, keledek, ubi kayu. Memang carbs semuanya ;)

      Padam
  14. Simplenyee! tak tau lahai bila boleh try. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau, Aina. Kumpul je resepi senang2 ni dulu. Nanti tetiba ada mood/teringin nak masak,...dah ada idea nak cuba apa :)

      Padam
  15. kentang kentang~ entah bile diri ini nak merajinkan diri ke dapur bonda~

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.