Ahad, November 02, 2014

Jom Nasi Liwet!

Happy Sunday! Hari ni saya sediakan Nasi Liwet Sunda untuk lunch! Kebiasaannya nasi liwet dimakan dengan lauk ayam bakar, sayur asem, tauhu dan tempe goreng. Tetapi, hari ni nasi liwet saya bukan versi yang complete. Akan disajikan dengan ayam goreng sambal hijau (intai resepi mudahnya di sini) dan rendang paru. Yang ini Cekebon order daripada kawan dia. Saya merendang once in a blue moon je ;)

Nasi liwet baru lepas karih.

Nasi liwet ni sebenarnya lebih kurang macam nasi lemaklah cuma rasanya lebih enhanced sebab kita tambah daun salam, bawang putih dan bawang merah. Aroma nasi ni,...fuhhhhh! Nak cuba? Moh, resepi ada kat bawah ni.

Resepi Nasi Liwet Sunda

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 cawan beras (lebih kurang 450g)
  • 1 kotak santan 200ml (Saya gunakan Ayam Brand yang fat trimmed tu) + dengan air yang menepati sukatan beras
  • 4 helai daun salam
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 3 siung bawang putih (mayang)
  • 3 biji bawang merah (mayang)
  • secubit garam (jangan terlalu banyak kerana kita akan ada rasa masin ikan bilis)
  • segenggam ikan bilis (goreng rangup, tumbuk kasar)

Cara penyediaan:
  1. Cuci beras, masukkan santan dan tambah air.
  2. Sesetengah cara memerlukan bawang putih, bawang merah, daun salam dan serai ditumis dengan sedikit minyak terlebih dahulu. Barulah dimasukkan ke dalam periuk bersama beras. Tetapi, saya tak tumis. Saya masukkan je semua bahan-bahan tadi (kecuali ikan bilis) ke dalam periuk nasi.
  3. Karih nasi apabila air dah mula kering. Saya biasanya akan tambah sedikit air supaya nasi lebih gebu, biarkan buat beberapa ketika hingga nasi masak dan betul-betul kering.
  4. Semasa nak hidangkan nasi, tabur/gaul ikan bilis yang ditumbuk kasar. Kalau tak ada ikan bilis, boleh juga tukar dengan ikan masin/ikan kering.

Nak cari resepi yang sesuai makan dengan nasi liwet? Cuba Semur Ayam dan Sambal Lonte ni :)

Nota Senyum: Sorry, tak ada gambar nasi liwet yang proper. Saya kena gegas keluar selepas ni. Enjoy the rest of your day!

60 ulasan:

  1. tak pernah makan dan tak pernah dengar..huhu.. nampak sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu hari boleh cuba, Anis. Malas masak, cari je kat restoran makanan Indon.

      Padam
    2. samalah wak pon x penah makan xpenah dengar.,

      Padam
  2. Nasi liwet tak pernah dengar.
    Daun salam pun x pernah juga.
    Ilmu baru ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daun salam tu akak pun baru belajar guna, Shikin.
      Mak akak ada jer resepi rendang guna daun salam. (Nampak sangat jarang-jarang merendang kan...)

      Padam
    2. nasi liwet daun salam, pestaim wak dengar., thanx farah ;p

      Padam
  3. wana suka la dengan perkongsian resepi kak farah..sebab kebanyakkan menunya unik2 dan x pernah wana makan tapi sangat menarik. nak juga wana rasa air tangan akak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, one fine day...akak pun banyak belajar benda baru tau kalau pergi blog Wana :)

      Padam
    2. resepi yg unik, masakan sunda katanye.,

      Padam
  4. Ni pom masakan org jawa jugak kek kak farrah?? Nape tak pernah dgr pon

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni nasi orang Sunda kat Bandung...tak silap akak lah :)

      Padam
    2. jawa katanya, kan dh tulis masakan sunda.,

      Padam
  5. kalau bahasa jawa liwet tu masak nasik. hehe. sunda tu macam nama tempat dekat indonesia je. memandai kan saya. hehe. first time kenal daun salam. ke ada nama lain selain salam? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dekat dah tu...Sunda tu suku kaum kat sana :)

      Padam
    2. Lupa lak,..in English, daun salam tu 'bay leaves' :)

      Padam
    3. kamus jawa liwet = masak nasik ., hehe

      Padam
  6. Balasan
    1. aunty Cekebon adalah aunty terfamous kat blog Kak Farrah.. dulu CT pun tertanya-tanya hihihi..

      Padam
    2. Hahahah Cekebon tu emak akak, Scha :) 'Cekebon' panggilan manja+mengada-ngada akak untuk dia.

      CT, cekebon tak tau pun dia glamer dalam blog ni. Kalau tau, sure kembang-kempis hidungnya!

      Padam
    3. yekeh? hahaha. comel sangattt nii. hehe

      Padam
    4. sis JM dulu pun tertanya2 gak..cikebon lah..si kapok lah..skrg dh tahu hihih

      Padam
    5. cekebon tu mak farah rupanyer., hehe wak baru tahuuu.,

      Padam
  7. nasib la nasi liwet.. salah vocal sensitip jadinya hahahaha.. kena tunggu balik kg baru boleh buat ni. kalau kat rumah ni bertiga saja. nak masak pun x selera hihi.. paru CT suka !! tapi mak kata kena makan skali skala saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha CT boleh geng ngan Cekebon. Akak cakap nasi liwet, dia buntang mata 'Apa? Nasi Liw*t?' Betullah, dik. Ramai orang baru berbaloi masak. Setakat bertiga tu,...makanlah apa ada hehehe

      Padam
    2. bhahaha baru perasan CT tulis vocal hahahahahaha. ni banyak sangat guna app the voice la ni.. vowel hahahah. rosak rosak teacher salah eja hahah

      Padam
    3. Tak apa,...dah betul dah tu, CT. Kita anggap salah spelling je sebab dlm BM kita panggil huruf vokal ;)

      Padam
    4. salah vokal ke salah pronounce..ehhh...akak menyampuk lah ka sini hihhi...windu meh sama kamu berdua nih

      Padam
    5. Rindu sis jugak! Excited tgk nama Sis JM berderet kat ruangan komen.

      Padam
    6. nasi liwat mak ., nasik aper? harhar2

      Padam
  8. pehhh mesti sdap ni. tiba2 lapar ni T-T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah buat tukar selera, Nadyya :)

      Padam
    2. mestila sedap, kata lebih sedap lebih enhanced sbb ada daun salam katanye., hehe2

      Padam
  9. karih? apa tue.. kacau ka..
    daun salam? xpernah dgr.. daun kari ka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Zarul. Karih tu kacau :)
      Bukan daun kari,..daun salam tu bay leaves. Akak selalu beli yang dah dikeringkan je...

      Padam
    2. bay leaves pon xpernah dgr.. kt mana ada jual.. tesco ada x..

      Padam
    3. Ada. Tapi jgn cari kat tempat barang basah. Cari dekat aisle rempah.

      Padam
    4. ahaahha...zarul2...kareh tu bukan bahasa org kedah ke

      Padam
  10. wow, first time dengar... nampak best ni!! nak try one day.. :D mekasih kak Farrah share recipe. heee

    BalasPadam
  11. makanan indon ka? kenapa nama macam tu?haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Cik Fafa. Ni makanan suku Sunda dari Bandung :)

      Padam
    2. harhar2 brape kali nak cakpa makanan sunda tu indon yee ;p

      Padam
  12. setiap malam minggu saya suka bikin liwet sama temen-temen mba hehehe
    izin nyimpen resepinya ya buat belajar nanti kalo liwet-liwetan sama temen biar bisa ?:v

    BalasPadam
  13. festime dgr nasi liwak ehhh...nasi liwet nih..ishh rajin lah si Farrah ni..mcm2 masakan dia boleh masak..untung lah siapa yg menjadi pilihan hati si Farrah nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de rajin mana, sis! Ni pun sebab teringin dah lama tak makan ;)

      Padam
    2. wahh, saham cik farah leh naik mencanak2 nih.,

      Padam
  14. pertama kali Ros dengar nadi liwet ni.. tak pernah rasa.. thanx share resepi.. boleh cuba sendiri pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, ros. Klu nak cuba2 jgn buat banyak terus. Boleh cuba bahagi dua resepinya.

      Padam
    2. cik ros kak ros reeza dh try resepi nasi liwet ni blom? takde tunjuk dlm blog pown? huhu2

      Padam
  15. Bukan setakat rare vocal belajar dekat sini. Recipe yg rare pun ado. Atau kite je yg tak pernah jumpe? HAHA rasa mcm betul2 bawah tempurung ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh takdelah bawah tempurung mana, Nur. Resepi ni dari seberang...memang tak akan jumpa kalau tak pergi makan kat restoran masakan Indonesia.

      Padam
    2. kita dh ade nasi lemak yg sedap jugakk., haha2

      Padam
  16. pestaim wak dengar nasi liwat nihh., hihi2

    BalasPadam
  17. Nasi liwet? Hohoho, pertama kali dengar. Dapnyaaaaa rendang paru :))

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.