Isnin, November 10, 2014

Resepi Mudah - Sambal Hijau

Sambal Hijau Mudah

Saya memang penggemar sambal. Bertambah selera apabila makan ada sambal sebagai lauk. Sambal hijau di atas mudah sahaja nak buat. Saya kisar cili hijau dan cili api (Airnya jangan terlalu banyak!). Tumis bawang besar yang dipotong dadu dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan cili dan tumis hingga masak. Tuangkan beberapa sudu cuka (agak-agak), perasakan dengan sedikit garam. Biar seketika hingga sambal betul-betul masak. Dah boleh dihidangkan :)


Sambal hijau ni sesuai dimakan dengan ayam bakar, ayam goreng, tauhu dan tempe goreng. Oh, kalau tak mahu pedas sangat, kurangkan penggunaan cili api ye.


29 ulasan:

  1. Sambah hijau mmg feveret arghh..makan nasi mmg berselera betul ..pastu mesti ada ulam sbg pelengkap

    BalasPadam
  2. Haritu belimbing buluh rentung, kite buat mcm ni lah kak. HAHA sedih
    Tp tak pakai cuka pun..rase ape erk cuka?

    Tapi kak en.. masakan ape pun kalau tumbuk lg terangkat kan drpd blender, hihi tp nak tumbok tu ikut tahap kerajinan jugak. kah kah

    Lepas ni nak try buat letak cuka. Tapi tak pasti ada cuka ke tak dkat rumah. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh, nur buat sambal hitam eh? Cuka ni utk masamkan sikit rasa sambal. Selalu kalau dlm sambal tak guna cuka kita guna asam keping.

      Memang, betul cakap Nur tu. Tumbuk lagi best drpd blender. Tapi tahap kerajinan akak sangat tipis,..so blend je lah. Kalau orang rajin, diorang kukus dulu cili hijau tu bagi lembut, then tumbuk :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Ye ke, Zumal. Zumal ni mesti kurang makan sambal2 ni...

      Padam
  4. sambal hijau sedap btul makan dgn ikan keli goreng. yuummsss

    BalasPadam
  5. fuhhh tetiba lapaq..
    nadyya suka masak sambal ni bersama ikan keli.. fuhhh sedappp..
    tetiba mengidam nak makan sambal ni.. acaner nii ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, Nadyya! Akak pun teringin sama! Ikan keli sambal hijau....ohhhhh! Teguk air liur sat!

      Padam
  6. actually, saya x pernah try lagi sambal hijau. tapi nampak tempting.... aiyooo...

    saya klik2 nuff2 akak ^^,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti 1 hari Amy kena cuba...tengok kena dgn selera ke idak!

      Padam
  7. sambal hijau minang... teringat plak.... sedap.. memang sha suka... sebab sha memang penggila makanan padang @ minang... bertambah nasik kalau makan.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Sha. Akak memang dari kecik 'dimanjakan' dengan masakan padang/minang ni ;)

      Padam
  8. adoi,sedapnya.. pantang tengok sambal2 ni.. kalau buat sambal hijau paru pun okay jugak ni. ^_^

    BalasPadam
  9. Mak aiiii...again...terliur lagi huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. That makes tywo of us, Nad! Adik2 kat atas tu sebut menu sedap2 pulak :)

      Padam
  10. sedap ni Kak Farrah.. makcik slalu buat. kekadang tu letak ikan bilis garing oooonomnom. pastu nasik panas. fuiyoooo trangkat.

    BalasPadam
  11. Kak farrah, saya suka ikan keli sambal pastu sambal dia adalah sambal hijau. Memang selera sangat makan dgn nasik. Haha XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedappppnyaaaaa! Ikan keli dan sambal hijau kombo terbaik!

      Padam
  12. Ohhh mmg sedap ni.. tp ayu sllu tumbuk je cili tu ng bawang... baru tumis... hehehe

    BalasPadam
  13. Sedapnya... Makan dengan ikan goreng!

    BalasPadam
  14. KAk Farah, kalau tak letak cuka, tukar dengan gula, jadi tak?...

    BalasPadam
  15. sedapnya.... bookmark la nanti boleh rujuk resepi ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.