Jumaat, 7 November 2014

Setahun tak pakai,...OUT!

Petang tadi saya memunggah baju-baju dalam almari. Asingkan mana yang nak kena repair/alter, mana nak dibuang dan mana yang boleh beri pada orang. Sebenarnya dah beberapa kali cuba nak buat operasi membersihkan almari ni. Tetapi, selalu gagal!

"Eh, elok lagi ni..."
"Hmmm, yang ni boleh pakai lagi. Sayanglah nak buang!"


Credit

Sudahnya, back to square one. Misi saya untuk mengurangkan kesesakan dan kepadatan almari pakaian bertukar kepada sesi exercise bukan cardio. Mana taknya, dah habis keluarkan semua baju, jenuh kena lipat semula! 

Baru-baru ni, selepas baca entri adinda CT Humairah yang nak dermakan pakaian terpakai (sila jenguk sini) semangat berkobar-kobar sudah datang! Kali ini saya tetapkan syarat ketat. Yang mana dah setahun/lebih saya tak pakai,...OUT! Tak perlu nak ada saringan/rayuan atau monolog dengan diri lagi. Kalau dah selama itu terperuk dalam almari, maknanya memang saya tak akan pakai. Baiklah diberi pada orang yang memerlukan. Ada juga manfaatnya kan?

Alhamdulillah, misi berjaya disempurnakan! Ada beberapa plastik pakaian dan tudung masih elok yang boleh diberi pada orang. Ada juga yang berjaya dibuang (tak mahu jadi hoarder lah kononnya) Hati tenang, jiwa lapang sebab cupboard dah lengang! Eh, apsal macam buat sajak lemari pulak ni?!

OKlah, nak wish selamat berhujung minggu buat kalian semua! Insya-Allah, kalau saya rajin, esok kita buat 'Jom Cuba Nasib' ye.

Pstt! Saya sambung blogwalking esok ye,..tunggu saya datang tekan loceng :)



43 ulasan:

  1. Betul tu, niat konon nak nyahkan baju-baju lama tapi tak kesampaian..yang ni sayang..yang ni boleh pakai lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Acik. Kalau ikutkan sayang memang tak jadi apa-apa :)

      Padam
  2. cuba nasib? nk cuba apa tue hihihi...
    bagus tue, mana yang elok kita sedekah kan pada org ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak nak cuba nasib Zarul? Akak dah buat entri pagi tadi :)
      Betul, ada juga pahala yang kita dapat. Insya Allah.

      Padam
  3. uhuuuuk uhukkl iols tersedak sedak rupanya Kak Farrah dok seru kat sini.
    yes akhirnya berjaya jugak
    sort baju baju ye.. mana nak hantar tu kak ? CT nye siap da packing n label.. tak tau mana nak pi hantar saja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. CT pencetus inspirasi hehehe tersedak eh.. meh datang minum kat sini.
      Kat area rumah akak ada persatuan yang letak box besau untuk kita masukkan barang2 yang nak diberi/didermakan. Akak niat nak letak dalam kotak tu je. Tak pun cari rumah anak yatim/orang tua yang nak terima sumbangan pakaian.

      Padam
    2. best nyeee cemtu. alahai bilalah taman perumahan CT nak buat cemtu. tak tahu mana nak kasi aje barang barang ni.. toys pun ada banyak.

      Padam
  4. Hehe..elok la derma bju2 pd golongan yg mMerlukan ;)

    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...drpd mereput dalam almari je kan,... :)

      Padam
  5. Banyak sangat baju tu,k.Farrah..
    Sampai penat tuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah,..baju 10 tahun lepas pun ada lagi, Shikin! Nak nangis sort baju semalam,...

      Padam
    2. Lama tul simpan tu sampai seplo tahun.

      Padam
  6. kalau dah ada baju dalam setahun x pakai berbungkus2..banyak tu...cuma nya curios juga...mana nk hantar baju2 tu..sis JM pun ada gak baju x pakai..masih elok cuma dh x up to date...dek kerana x tahu nak bagi kepada siapa..terlipat je lah dalam lemari tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh beri pada rumah anak yatim/rumah orang tua/bilik gerakan bencana. Ada sesetengah tempat memang kumpul pakaian, selimut dan keperluan lain untuk diedarkan kepada mangsa bencana.

      Padam
  7. Hahaha same la kak farrah... nk kuarkan ru syg btl... padhl lam3 tak pakai... kuarkan mane yg kecik2 and dah xmuat da je.. yg lame tak pakai tu masih dlm pemerhatian... hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ada gak status 'masih dalam pemerhatian' tu, Ayu :)

      Padam
    2. Ha tula tu.. masih was2 same ade nk smpn o nk kuarkan... wahahahah

      Padam
    3. Jangan simpan sampai 'sedasawarsa' cam akak udahle,..haru je masa nak keluarkan dr almari... :)

      Padam
    4. Ohhh akk apakah sedasawarsa... 1st time dengooo ni

      Padam
    5. dasawarsa = dekad = 10 tahun :)

      Padam
  8. hahahaha, saya pun macam ni kak -.- tension betul. tapi haritu nenek dah bising2, kami punggahlah juga barang x pakai and bagi dekat anak yatim. lagi bawa faedah.. lagipun adik bawah2 lelaki. memang x pakailah baju pempuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik ada nenek nak 'paksa' Amy. Hehehe

      Padam
  9. Zumal pun banyak baju yang tak pakai tapi sayang nak buang. Hehe ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada niat nak pakai lagi, tak apalah Zumal. Macam akak, baju2 tu memang terperuk lama dah :)

      Padam
  10. Kan kan. Kite ni banyak betul bajy kurung dekat rumah. Warga rumah mmg jrg pulak pakai baju kurung. Tp syg jugak kdg2, haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe bila dah ada 'elemen sayang' tu memang tak leh tolong dah :)

      Padam
  11. perasaan sayang itu akan datang secara tiba2 padahal tak akan pakai lagi. haha. biasa la tu. nasib baik baju saya cukup2 saja. jenis beli baju raya setahun sekali, saya la tu. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak ni pun bukan kaki beli baju, budak. Tapi tah kenapa macam hobi lak kumpul baju dalam almari hihihi

      Padam
  12. sayang lah nak buangg.. saya pulak jenis jarangg sangat beli baju baru. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh,..kalau baju tu memang pakai, ..ada niat untuk pakai jangan buang dik! Meraung kang! Ini hanya untuk kategori baju-baju yang bertahun-tahun tak pakai-terperuk dalam almari sampai ada kesan lipatan yang nyata dan bila pandang (walau masih rasa sayang) still tak ada niat nak pakai ;)

      Padam
  13. akak jangan tambah stok baru pulak. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee,..itu peringatan berharga tu :)

      Padam
  14. arituu nak raya ponn punggah2 almari.. byk gila tudung simpan dlm plastik,, rasa nya 3plastik besar.. ayah ckp nak bg org..huu *xsia2 slama ni shoping shawl byk2 ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tang ayat akhir tu buat akak gelak. Betul, tak sia-sia kan...

      Padam
  15. Saya pun rajin peram baju lama. Nak sedekahkan rasa macam tak berapa best, sebab barang lama kan....tapi kalau simpan nak buat apa...

    BalasPadam
  16. Gobok Nad ni pun sama...dah nak termuntah tengok...huhuh...
    Bila la kala nak bagi dekat orang ni...
    Dalam boot kereta pun ada 2 plastik besarrrrrr besarrr...heheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena get rid cepat2 tu, Nad. Buat pening kepala je nanti,..

      Padam
  17. ada baju yg dah sendat2 selalu guna utk outing tu saya perhatikan lama2 kemudian sayang nak pass ke adik2 yg badannya kecil.. so saya la yang pakai kat rumah. jimat duit beli baju .. nak buang sayang.. tp mcm baju kurung ke apa saya hantar ke kotak khas utk siapa yg nak derma baju.. bagus juga sdiakan kotak/tong besar utk letak sumbangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Nana. Yang mana boleh pakai, jadikan baju kat rumah. Yang dah confirm tak pakai tu, lebih baik beri pada orang lain :)

      Padam
  18. salam, maybe yana kena baut macam ni jugak la jawabnya

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...