728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 9 Disember 2014

Yang Betul-betul Kuat,..

Assalamu'alaikum! Selamat Pagi =)

Saya di luar sekarang ni. Buat urusan itu ini. Tengah menunggu. 'Seronoknyaaaa' :(
Oh, came across this quote that I think is worth sharing.


The strongest people 
are not
those who show
strength in front of us
but those who
win battles 
we know nothing about.


Betul kan? Orang yang betul-betul kuat ialah orang yang berjaya atasi cabaran/kekangan/dugaan/masalah-masalahnya dengan senyap,..dengan sendiri,...bilamana orang lain tak tahu langsung apa yang dia lalui. Moga saya boleh jadi 'orang kuat' itu  :)


52 ulasan:

  1. semoga sis menjadi seorang yg kuat dlm menghadapi sebarang masalah dan rintangan

    BalasPadam
  2. semoga urusan akak dipermudahkan ya..! nasib ada gajet teman akak kan..hehe

    ada satu quote , lebih banyak anda berkongsi lebih sedikit anda berfikir.

    kalau rasa diri tu mampu selesaikan masalah, dan tak mahu susahkan orang lain,selesaikan dgn cara kita.

    p.s/orang yg kuat juga ialah org yang mampu menahan marah dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooooh, a good one! Akak setuju! Orang yang mampu tahan marah dan tiada batas dalam sabarnya memang orang yang kuat.

      Lebih banyak berkongsi, lebih sikit berfikir tu interesting. Tapi kena ada teman pendengar yang baik lah :)

      Padam
    2. nak menahan marah tue susah... lastly kita jugak menangis sbb xdpt nk luahan kemarahan tu...

      Padam
    3. Memang,..sangat susah. Kena betul2 ada kekuatan dalaman.

      Padam
  3. urusan aper tu sampai "seronok" sangat sis.. hehe semoga eyja pon boleh jadi orang kuat seperti itu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Urusan jumpa-jumpa orang tapi kena tunggu huhuhu
      Amin, mudah2mudahan kita sama2 kuat, eyja :)

      Padam
  4. Sabar ye kak. Semoga tabah menunggu walaupun 'seronok'..
    Chillax! Senyum sikit. Alololo omey omey.

    Haa suke dgn quote akak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah thanks, Nur. Hari ni memang rezeki kena menunggu je. Akak dah la memang 'suka' bab tunggu-menunggu ni :)

      Padam
  5. Suka dengan Quote ni...setuju sangat2..semoga jadi 'orang yang kuat; itu :)

    BalasPadam
  6. Semoga kita menjadi orang yg sabar dan kuat kan..amin..

    Tapi semua orang "suka" bab-2 menungu ni... kat sini la menguji kesabaran dan kekuatan mental kita kan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn. Bab menunggu ni memang betul2 menguji ;)

      Padam
  7. betul setuju.... :D org kata, yang senyap je ni, lagi banyak dapat achieve dri yang bising2 gebang2... :D

    BalasPadam
  8. nak jadi orang kuat itu jugak...!!

    BalasPadam
  9. kena kuat mental..bukan setakat fizikal..

    BalasPadam
  10. Errmm... betul juga... tak perasan memang itu yg selalu dilakukan... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 kita tak sedar pun kita 'kuat' hinggalah kita toleh belakang dan sedar, eh..aku dah berjaya harungi semua tu? :)

      Padam
  11. ramai betul nak jadi orang kuat tu naa. hehe

    BalasPadam
  12. "seronoknya" :-( mcm lain je maksudnya tu hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu percubaan menjadi kuat, sis! Tak mau ckp benda negatifla kononnya ;)

      Padam
  13. bagi sis JM suka mengklasifikasikan 'org kuat' adalah org yang dapat taat kepada perintah Allah serta dapat menunaikan solat di awal waktu TAPI terang terangan sis 'orang yang masih lemah' tapi kuat blog walking hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kita cuba ye, sis. Saya pun masih lemahhhh,...

      Padam
  14. Semoga kita semua jadi kuat hehe.. :)
    Entri CalrasePatrick - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

    BalasPadam
  15. betullah tu kan
    orang macam ni yang sangat kagumi
    saya rasa saya tak mampu lakukan seperti tu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang begini mmg betul2 kuat kan, YY :)

      Padam
  16. semoga menjadi orang yang 'kuat' kak farrah

    BalasPadam
  17. Suka dengan quote ni.
    Semoga kita sama-sama kuat

    BalasPadam
  18. yup betul tu kak..wana pun nak jadi orang macam tu..apapun yang akak lalui, semoga akak tetap jadi insan yang kuat.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks. So much, Wana. Moga kita berjaya jd insan kuat dlm perjuangan hidup kita :)

      Padam
  19. Bukan senang nak jadi orang sekuat itu. Tapi kalau boleh saya nak jadi salah seorang drpd nya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun teringin...nak jadi kuat tapi biar kita je tahu :)

      Padam
  20. katanya macam diam diam berisi kan.. daripada yang dok pung pang sana sini. gempak part tu sajalah.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, CT. Yang pung pang pung pang tu belum betul2 kuat :)

      Padam
  21. betol tu kak farah. mcm member ana ada sorang member prmpuan. hasben dia kanser stage 4. and that gerl diuji dgn kerja masih title kontrak yg mana kalo cuti mmg xde gaji. gaji base on hari bekerja shj. ank pulak masih kecik (baru 5-6 bln kalo x silap) fmly pulak jauh. semuanya that gerl harung sendiri and x pnh tnjuk dia sedih atau tertekan. well done sgguh :")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah, kagumnya akak. Kuat semangat betul kawan Ana tu. Moga Allah sentiasa lindungi dia. Insya Allah, 1 hari dia akan senyum mencicip manis. Atas setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmah tersembunyi.

      Padam
  22. ye betul. saya setuju sangat. orang tu tersenyum tapi hakikatnya tiap-tiap malam dia menangis depan ALLAH. mengadu dengan hidup dia... sebab dia tahu ALLAH je yang benar-benar mendengar. sebab dari ALLAH dia akan beroleh kekuatan. ujian yang kita dapat ni bukan saja-saja ALLAH nak bagi. in shaa ALLAH, akan ada nikmat yang diberi satu hari nanti. sabar ye kak :)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...