728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Khamis, 27 Februari 2014

Operasi Setem

Hari ni panaslah! Hangat sampai rasa tak selesa nak buat apa. Jadi, inilah aktiviti petang saya. Duduk satu 'spot' diam-diam (kononnya nak meminimakan pergerakan supaya tak bertambah panas) dan 'sort' setem ikut negara sebelum dimasukkan ke dalam album setem. Setem-setem tu pun dah lama saya simpan dalam kotak sebab sebelum ni tak ada masa nak susun cantik-cantik.

Ni tengah asingkan setem dari New Zealand.



Apa itu 'brads'?

Apa itu 'brads'? Asalnya 'brads' digunakan sebagai 'paper fastener' - untuk kepilkan kertas-kertas. 'Brads' yang digunakan untuk 'office use' biasanya berwarna gold. (Lihat gambar di bawah).
Kredit Imej : www.writersstore.com

Kalau untuk kegunaan kraf pula, 'brads' ada macam-macam corak dan bentuk. Didatangkan dengan 'design' yang berwarna-warni dan menarik, 'brads' selalunya digunakan sebagai 'embelishments' atau 'decorations' untuk hias kad/scrap page/scrapbook. 

Kredit Imej: www.charmedcardsandcrafts.co.uk

Kredit Imej: www.howtogal.com

Saya tak banyak koleksi 'brads'. Ada dua pek ni sahaja :)


Di bawah ni pula contoh kad yang saya buat guna 'brads'.



Jika tak mahu guna untuk buat kraf, 'brads' ni boleh digunakan oleh adik-adik yang masih belajar untuk kepil nota-nota. Nampak fancy sikit! Barulah ada semangat nak study ;)

Mark Adam - Pencuri (Easy Guitar Chords)

Minggu ni saya belajar main lagu ini ;)

Mark Adam – Pencuri (Easy Guitar Chords)

(Intro) 
C

C Am
Jangan tinggalkan auramu
F G
Di sekelilingku
C Am
Ia membuat aku termimpi
F G C
Mimpikan kita

C Am
Jangan biarkan wangianmu
F G
Mohon memahami
C Am
Ia melekat di hidung
F G
Yang memenuhi
F G
Di setiap sudut mindaku

(Chorus)
C Am
Kan ku curi hatimu
F G
Menyamun senyummu
C Am
Kan ku culik cintamu
F G
Macam ku larikan lirikmu
C Am
Kau tak perasan aku sukamu
F G
Dari dulu lagi
C Am
Kau simpan hatiku
F G
Dari Darjah Satu
C
Darjah Satu

C Am
Jangan senyum bila di depanku
F G
Fokusku tergendala
C Am
Kau memaksa aku menutup mata
F G
Tak sempat tutup telinga
C
Bila kau tertawa

(Bridge)
Papapaaaa…..Oooo…. (C Am F G x3)

C Am
Kan kukembalinya padamu nanti
F
Bila kita berjanji
G
Tuk sehidup semati

Ulang (Chorus)

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

 

Rabu, 26 Februari 2014

Ayam Masak Cendawan ala Cina

Ok. Hari ni kita masak ala-ala Chinese food. Bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan ini ialah:
  • 300g ayam (potong kecil)
  • 1 pek cendawan shitake atau cendawan butang (belah dua)
  • 5 batang cili kering 
  • 5 butir bawang putih (hiris nipis)
  • halia lebih kurang sebesar ibu jari (hiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 3 sudu sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • lada putih secukup rasa
  • 1-2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram dan ayam. Masukkan air (ikut citarasa nak kuah banyak ke sikit) supaya ayam lebih cepat masak.
  3. Tunggu hingga ayam empuk dan kuahnya mendidih.
  4. Masukkan cendawan, kicap pekat, kicap cair dan bawang yang dipotong bulat. 
  5. Kemudian, masukkan lada putih dan minyak bijan. Gaul hidangan agar sekata. Sedia untuk dihidang.
Ayam masak cendawan ni saya tak letak garam sebab dah pakai sos tiram dan kicap. Hidangan saya kali ni warnanya gelap sikit sebab terlebih kicap pekat. Cili kering pula semua terbenam kat dasar mangkuk. Selamat mencuba!

Putih-putih Melati - ST12 (Easy Guitar Chords)

Ingat lagi tak lagu ni? Saya suka 'Putih-putih Melati' sebab susunan lagunya catchy! Lirik pun macam comel-kiut je. So, lagu ni termasuklah dalam senarai 'wish list' lagu gitar saya. Sooooo easy! Senang je :) Jom try.

Easy Guitar Chords Putih-putih Melati (ST12)

(Intro)
F G E Am
F E Am

Am
Siapa bilang aku seperti dia
F
Siapa bilang aku cintai dia
G
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
C E
karna kau tak seputih melati C E

Am
kalau ada hitam pasti ada putih
F
jika hatimu kelam tak mungkin bersih
G
tak usah kau lanjutkan tuk berbagi kasih
C E
karna kau tak seputih melati ohhhh

(Chorus)
Dm G
putih-putih melati
C Am
merah-merah delima
Dm E
siapa yg baik hati
Am A
pasti ku terima oh ohh...

Dm G
putih-putih melati
C Am
merah-merah delima
Dm E
siapa yg baik hati
Am
pasti ku terima.

*Lagu ST12 'Bidadari Bumi' & 'Lentera Hati' pun best jugak tau!

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Selasa, 25 Februari 2014

Perutusan dari London

I got mail! Tengok setem kepala Queen.
Wahhh, dapat warkah dari orang jauh!
Bila buka, ada kad birthday comel daripada adik dan adik ipar saya.
So sweet & very thoughtful of them.

Comel tak? Jauh kucing ni travel dari London.




Isnin, 24 Februari 2014

Donut Gebu Lagi,...

Dah lama sangat tak makan donut. Tiba-tiba teringin pulak!
Ni 'donut gebus' edisi pagi tadi. Insya-Allah, resepinya akan saya upload kemudian ye.


Ibu & Fistula (Hari ke-5 & 6)

Dalam entri sebelum ini (Ibu & Fistula Hari ke-4), saya ada letak gambar keadaan lengan ibu yang dibuka balutan fistulanya. Just nampak macam lebam lepas ambil darah je. Anyway, masuk hari ke-6 ni ada perubahan sedikit. Saluran untuk akses jarum tu dah mula nampak. Tapi saya tak pastilah betul ke tidak itu salurannya or lengan ibu tengah bengkak. Menurut ibu, rasa sakit bukan kat atas jahitan tu, tapi kat bahagian dalam.  So, 2-3 hari ni kena terus pantau dulu keadaan ibu. Kena pastikan lengan ibu bersih dan tak ada luka atau darah.


Tutorial Kraf - Cara Menggunakan 'Corner Punch'

Hari ini kita bersiaran dari bilik kraf FAMF TOWER ye. Sebelum ini saya pernah menulis tentang 'Corner Punch' (baca entri berkenaan di sini), jadi hari ini saya nak tunjukkan cara nak gunakan 'corner punch' seperti di dalam gambar di bawah.


Cara 1
Basically, kita hanya perlu selaraskan bahagian bucu kertas yang kita nak punch supaya kena dengan sudut pada plat putih tu. Kemudian, tekan butang putih kat atas tu (kena guna kudrat sikit ye...). Hasilnya seperti gambar di bawah.

Cantik tak?

Cara 2
Selain daripada untuk buat kemasan pada bucu kertas, 'corner punch' jenis yang ini boleh juga digunakan sebagai 'border punch'. Maknanya kita boleh hasilkan sebaris pattern yang sama pada bahagian tepi kertas. Hanya perlu tanggalkan plat plastik putih tu. (Sila lihat gambar.)

Once plat putih ni ditanggalkan, dah boleh guna untuk bahagian sisi kertas.
Kemudian, punch secara berulang untuk dapatkan design yang seragam. Lipat atau potong lebihan kertas yang bersisa.

Tak perlu 'border punch' untuk hasilkan pattern ini ;)

Mudah saja kan? Satu 'craft punch', dwifungsi. Kebiasaannya, harga 'craft punch' ini (bergantung kepada jenama dan kualiti sekitar RM12 - 35 sebiji). Tapi, kalau nak murah, boleh dapatkan macam yang saya punya ni di DAISO, RM5 je!

Ahad, 23 Februari 2014

Amalan Khusus untuk Si Panas Baran

Tak ada siapa yang suka orang panas baran kan? Haa, bagi yang cepat marah, lekas naik angin, grumpy, grouchy, tetchy dan apa sahaja yang seangkatan dengannya, marilah kita sama-sama amalkan Surah Al-Anbiya, ayat 69 ini. Mudah-mudahan hati kita akan sejuk dan lunak. Insya-Allah, kita akan jadi lebih tenang. Lebih sabar.


Terjemahan ayat:
“Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!” 


Resepi Mudah Sambal Minyak Bali

Sambal ni mudah sangat! Bagi yang suka makan pedas-pedas, pasti akan kena dengan selera kalian. Senang sangat nak disediakan sebab kita hanya perlu gaul rata semua bahan.



Resepi Sambal Minyak Bali

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 15 - 20 tangkai cili padi (potong halus)
  • 1 labu bawang merah (potong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak (seeloknya guna Minyak Canola atau Minyak Bunga Matahari,.. untuk pilihan lebih sihat)
  • secubit garam

Cara penyediaan:
Gaul rata semua bahan di atas dan perasakan dengan garam. Boleh makan dengan nasi panas bersama lauk-pauk lain atau hidangkan bersama nasi goreng :)

Selamat Mencuba!

Cara Mudah untuk 'Organize' Koleksi Reben


Just nak share. Bagi yang suka buat scrapbook, kraf dan kad, mesti ada banyak stok reben kan? Haaa,...ini salah satu cara yang saya rasa paling baik untuk kemas reben-reben yang ada dalam koleksi kita. Kalian hanya perlukan penyangkut baju seperti dalam gambar di bawah and...

Walllllaaaahhhh!!! 
A mess-free collection of ribbons! 

Koleksi reben untuk gifts and goodie bags.


Mudah je kan?! Dulu, saya just simpan reben-reben dalam bekas plastik. Tiap kali nak buat projek kraf, masak jugalah nak memunggah reben gelung demi gelung. Sekarang tak lagi :) Yang penting, penyangkut baju ni sekarang:
  • Serves as ribbon panels/display - sekali pandang je dah tahu reben apa yang ada dalam stok kita.
  • Senang untuk pilih atau cari reben yang hendak digunakan. Reben-reben boleh digunting terus daripada penyangkut baju tersebut. Less mess.
  • Lebih terurus. Tak pening kepala  nak tengok reben yang bercampur aduk dan berselirat :) Bagi yang ada banyak reben tu, bolehlah disusun mengikut tona warna.

 

Dua dua dah tak ada,...

Hari ni ada masa lapang sikit, saya 'bersih dan kemaskan' laptop saya. Banyak benar files & images yang bersepah di sana sini. Semak pula mata ni tengok. Sambil-sambil tu saya kemaskini folder gambar-gambar lama. Came across this pic. Hmmm dua-dua ekor kucing ni dah tak ada. Dah mati. Rindu pulak kat muka naif + blur kucing-kucing ni.

Sabtu, 22 Februari 2014

Ibu & Fistula (Hari ke-4)

Pagi tadi senyap-senyap ibu dah buka balutan fistulanya. Tak tunggu saya pun. Cekebon buat senyap-senyap, sendiri-sendiri je. Alhamdulillah, tak ada luka, tak ada jangkitan. Bersih dan cantik je.


Lega hati saya. Sekarang ni, ibu kena rajin exercise tangan pakai bola pink dia je. Jaga makan dan kesihatan. What's next and what to expect kena tunggu appointment Cekebon that will be on the 7th of April.

Angah nak makan kat kafe Jebat!

 "Nak makan kat kafe Jebat!"

Itulah jawapan adik perempuan saya apabila saya tanya mahu makan di mana sempena sambutan hari lahirnya awal Mac nanti. Dalam banyak-banyak tempat yang saya suggest untuk kami sekeluarga keluar makan, tanpa berfikir panjang (dan dengan muka penuh teruja), Angah pilih kafe Jebat.

Kalau nak tahu, kafe Jebat yang dimaksudkan oleh Angah ialah kafe 'Jiran' di Kuang. Kafe tulah  yang jadi kafe Uwais dan Wahab (abang si Jebat) dalam drama berantai 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'.  Drama yang tengah hottttt meletup sekarang. Begitu sekali penangan drama tu! Selama ni,  sekalipun dekat dengan rumah, tak pernah Angah heran nak pergi makan dekat situ. Hahaha! Saya hanya mampu senyum dan gelak dalam hati.

Kredit imej: Astro

Memang sekarang, satu isi rumah tonton drama ni! Selalunya kalau drama bersiri, (especially yang cerita kahwin kontrak, kahwin mula-mula tak suka, kahwin pilihan mak bapak then segan-segan, malu-malu) tak ada siapa pun rajin nak follow. Lately,  ibu asyik tergaru-garu hati nak tau apa jadi pada Jebat. Angah tengok cerita korea dia tanya citer Jebat ke? Bott yang anti drama bersiri pun jadi tertunggu-tunggu! "Episod baru Jebat dah keluar?" Itu jelah soalan dia. (Kes tak hafal waktu siaran & tak leh terima hakikat yang Jebat  & Mastura bersiaran 3 kali seminggu je).

OKlah, Cekengah. Nampak gaya,  ke kafe Jebat lah kita yea. Insya-Allah.

*Kafe Jiran menyajikan hidangan barat. Beberapa kenalan saya yang dah berkunjung ke kafe tersebut bagi reviews yang positif. 


Pengsan 2 kali,..

Masa birthday saya Selasa lepas, 'masuk opis' terus nampak benda nih!


Nak terpengsan tengok ada beg doraemon & hadiah atas kerusi. Saya tahu ni suprise daripada Bott. Hanya pada Bott saya pernah mengomel perlukan something with Doraemon theme untuk saya laksanakan projek saya dengan anak-anak didik saya. Dengan expression malu-malu Doraemon (coz dah tua bangka pun dapat beg kucing robot dari masa depan ni), saya belek beg tu. Beratlah! Dalam ada isi. Buka je beg tu, nak terpengsan sekali lagi! Saya dapat benda yang paling saya suka dan idam-idamkan! Tapi tak boleh kongsikan di sini. Alhamdulillah! Thanks so much, Bott. Suka dan hargai setiap satu hadiah tu ;)

Arjuna Beta - Fynn Jamal (Easy Guitar Chords)

Yeayyy! M tunaikan janjinya untuk hantar guitar chords lagu ni supaya saya boleh nyanyi-nyanyi pada hujung minggu. Enjoy!

Arjuna Beta - Fynn Jamal (Easy Guitar Chords)

(Intro) Am

Am Dm
takkanku biarkan
F C G
walau ribut menyentakmu yang tidur,
Am Dm
datang petir menyambar
F
jengking dan ular
C G
bonda takkan berundur.

Dm F
nyamanlah arjuna beta,
C G
mimpikan yang indah saja,
Dm F
nanti bila kau buka mata,
C G
semua tak serupa.

Am Dm
kan ada satu ketika
F C G
kau tak tahu mana nak pergi,
Am Dm
jalan betul, anakanda,
F
tak jelas mata
C G
ambil yang sarat duri.

Dm F
hiduplah arjuna beta,
C G
biarkan jasad yang luka,
Dm F
selama tuhanmu ada,
C G
takkan engkau tercela.

C G
ngeri tak terbayang mata,
Dm F G
bonda takkan ada sentiasa,
C G
nanti moga kau tak lupa,
Dm F G
bonda memujukmu, anakanda.

Dm F
hiduplah arjuna beta,
C G
biarkan jasad yang luka,
Dm F
selama tuhanmu ada,
C G C
takkan engkau tercela.


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



Jumaat, 21 Februari 2014

Ibu & Fistular (Hari ke-3)

Hari ke-3 selepas pembedahan buat akses jarum AV Fistula. Lengan ibu of course masih sakit tetapi alhamdulillah pain resistance ibu semakin tinggi. Ibu dapat bertahan tanpa bergantung pada painkiller. 

Oh ya, kalau ikutkan nak buka balutam fistula hari ni. Hari ke-3. Tapi bila saya dan ibu kira-kira balik + ibu rasa 'ngeri' belum bersedia nak tengok, kitorang decide buka esoklah. Esok pagi. Mudah-mudahan semuanya OK -- luka cepat sembuh & tiada jangkitan.

Hilangkan Bau Bawang Putih pada Tangan & Jari

Selamat hari Jumaat! Hari ni saya bersiaran dari dapur. Tengah sibuk kemas peti sejuk. Check stock sebab hujung minggu ni nak pergi beli barang dapur. Sambil-sambil tu prepare rencah untuk masak makan malam nanti.

Berbalik pada bawang putih, apabila kita masak gunakan bawang ni, baunya yang kuat akan melekat pada tangan. Bagi yang tak tahan memang akan rasa 'annoy' dan tak selesa. Ni ada satu tips mudah. Selepas 'berurusan' dengan bawang putih, cuci tangan anda sambil gosok-gosokkan jemari pada sebarang permukaan 'stainless steel'. Tak kisahlah pisau ke, sudu atau garpu ke...pasti bau bawang putih akan hilang!

Selamat Mencuba!

Fonts Embelishments for Crafts

Saya suka kalau kad-kad yang saya buat ada sentuhan 'fonts alphabets'. Macam dekat bawah ni :)


So, untuk 2014, saya sempat borong 'fonts embelishments' for all my future crafts projects. Tak kisahlah untuk kad atau scrapbook. As usual, nak dapat 'good bargain', saya shopping di POPULAR.

Pelbagai jenis fonts untuk projek-projek saya!

Di bawah label POPArtz, POPULAR turut keluarkan 'Fonts Sticker Book'. Satu buku RM4.90. Banyaklah juga pilihan fonts yang ada. Sticker book ni bukan sahaja sesuai untuk 'papercrafts', guna untuk projek sekolah anak-anak pun cantik...buat cover folio ke,...siapkan homework kelas seni ke...jangan dibuat tempek-tempek sesuka hati kat dinding sudah!

 

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Saya terdiam masa mula-mula dengar lagu ni. Liriknya sangat mendalam! Saya suka pada karakter 'bonda' dalam lagu ini yang sanggup lakukan apa saja demi mempertahankan anaknya. Saya juga rasa 'pesanan-pesanan bonda' buat si anak amat menyentuh perasaan. Touching!!!! Deep!!! Two thumbs up!!!

Jom 'Like' Fynn Jamal Music

Lirik Lagu 'Arjuna Beta' - Fynn Jamal

takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur,
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur.

nyamanlah arjuna beta,
mimpikan yang indah saja,
nanti bila kau buka mata,
semua tak serupa.

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi,
jalan betul, anakanda, tak jelas mata
ambil yang sarat duri.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

ngeri tak terbayang mata,
bonda takkan ada sentiasa,
nanti moga kau tak lupa,
bonda memujukmu, anakanda.

hiduplah arjuna beta,
biarkan jasad yang luka,
selama tuhanmu ada,
takkan engkau tercela.

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

*Sedang minta M usahakan guitar chords untuk lagu ini. The easy one. Yang boleh saya main dengan kemahiran saya yang terhad ;) 

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.
 

Khamis, 20 Februari 2014

Sandiwara Cinta - Republik (Easy Guitar Chords)

Satu lagi lagu senang :)

 Sandiwara Cinta - Republik (Easy Guitar Chords)

(Intro)
C D G  Am D

G     D      Em
aku tahu ini semua tak adil
Am             D
aku tahu ini sudah terjadi
G   D       Em
mau bilang apa aku pun tak sanggup
Am           D
air mata pun tak lagi mau menetes

G      D      Em
alasannya seringkali ku dengar
Am                   D
alasannya seringkali kau ucap
G          D      Em
kau dengannya seakan ku tak tahu
Am                     D         G
sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

(Chorus)
C      D          G
jujurlah sayang aku tak mengapa
Am    D             G
biar semua jelas telah berbeda
C      D            Em
jika nanti aku yang harus pergi
Am   D           G    D
ku terima walau sakit hati

G            D        Em
mungkin ini jalan yang engkau mahu
Am                     D
mungkin ini jalan yang kau inginkan
G           D       Em
kau dengannya seakan ku tak tahu
Am  G C
sandiwara apa
Am  G C
ceritanya apa
D
aku tahu

(Chorus)
C      D          G
jujurlah sayang aku tak mengapa
Am    D             G
biar semua jelas telah berbeda
C      D            Em
jika nanti aku yang harus pergi
Am   D           G
ku terima walau sakit hati
Am   D           G
ku terima walau sakit hati


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Kasih Jangan Pergi - Pria Band (Easy Guitar Chords)

OK. Ini antara lagu yang saya belajar minggu ini.

Pria Band – Kasih Jangan Pergi [OST Demi Dia]

(Intro) Am G F C Dm E

Am G F C
Bila ku hanya sesaat bagi mu
Dm E Am
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu

Am G F C
Aku tak sangup jauh dari mu
Dm E Am
Karena kau yang membuat aku menyayangmu

G C
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Dm F G
Cinta ku ini abadi untukmu

(Chorus)
C G
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Am G
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
F C
Aku tak bisa aku tak sanggup
Dm G
Bila sendiri

C G
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Am G
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
F
Aku tak bisa
G C
Bila kau pergi.

Am G F C Dm E Am

Am G F C
Aku tak sangup jauh dari mu
Dm E Am
Karena kau yang membuat aku menyayangmu

G C
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Dm F G
Cinta ku ini abadi untukmu

Ulang (Chorus)




DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Curiosity Killed The Cat


Hahaha betullah proverb 'Curiosity killed the cat'! Sikap 'nosy' Yu-Ri yang sibuk nak investigate semua benda buat dia terperangkap dalam almari ni. Nasib baik pintu almari tu tak tertutup rapat. Boleh buat muka sepuluh sen pulak tak tahu nak keluar macam mana...

Ibu & Fistula (Hari ke-2)

Hari ke-2 selepas fistula. Dari kerut dan monyok roman muka ibu, saya tahu tangan dia sakit. Saya intai dari jauh, banyak jugalah air matanya yang tumpah. Sabar ye, Cekebon sayang! I know you're strong. Balutan fistula tu masih belum boleh dibuka lagi. Menurut doktor kena tunggu 3 hari, so esoklah baru tahu bagaimana status keadaannya. 


Hari ini ibu dah mula kena buat exercise tangan. Tujuan exercise ni adalah untuk mempercepat kematangan tapak fistula agar sedia untuk digunakan. Bukannya hari ni kita operate, esok dah boleh guna. Tak silap saya makan berbulan-bulan juga.

Masa saya datang bawa bola pink pada ibu, dengan muka sedih ibu tunjukkan jemarinya yang bengkak. Bola ni jenis yang lembut. Ibu kena squeeze bola ni perlahan-lahan supaya darah di tangan dapat berjalan/mengalir dengan baik. Exercise ni juga boleh bantu surutkan bengkak dan rasa kebas pada tangan ibu.

Yang Tenang dan Mendamaikan

Ada berapa ekor kura-kura dalam gambar ni? (Klik gambar untuk paparan lebih besar.)
Semalam pergi PPUM hantar ibu buat surgery untuk fistula. As usual, kalau pergi sana, saya akan singgah dekat kolam ikan di hadapan farmasi. Suka tengok ikan-ikan kat situ + 2 ekor kura-kura yang asyik bersidai dan termenung. Kolam ni jadi sumber ketenangan bagi patients dan orang ramai di situ. Sambil-sambil tunggu giliran nak ambil ubat, sambil-sambil tunggu ahli keluarga jumpa doktor, ...bolehlah berjeda tenangkan fikiran :)

Rabu, 19 Februari 2014

Kek Birthday Saya :)

Semalam saya sambut ulang tahun kelahiran saya. Sambut kecil-kecilan je dengan family. Ini kek hari lahir saya yang Cekengah tempah daripada Maria, salah seorang temannya yang merupakan seorang 'baker' yang hebat! Alhamdulillah, sedap sangat keknya! Peach Crumble Cheesecake - bagi yang suka keju, kekacang dan rasa masam-manis buah pic, this is the treat for you. Thanks so much, Angah for the cake! Enjoyed every bite of it.

Kredit Imej: Facebook Page DayBab's Delectable Treats

3D Stickers yang Murahhhh!

Saya selalu cari 'stickers' dan 'embelishments' yang boleh saya gunakan untuk buat kad atau 'scrapbook'. Tidak kisahlah yang dijual di kedai kraf atau kedai buku seperti POPULAR & MPH. Asalkan saya rasa 'stickers' atau 'embelishments' tu boleh digunakan dan harganya berpatutan, saya akan beli. Kemudian, pandai-pandailah saya cari idea supaya dapat hasilkan 'something nice'.


Ini 'stickers' baru saya. Cantik tak? The best part is...
Selepas diskaun 70%, harganya cuma RM0.87/pek! Murah sangat untuk kualiti pelekat 3D macam ni.

Buat Pelita Comel daripada Tin Soda

Bagi yang suka minum air bergas atau sebarang minuman dalam tin, bolehlah cuba buat kraf di bawah ni. Daripada tin-tin tu kita buang begitu sahaja, boleh diguna semula untuk kegunaan harian.  Letak dekat laman rumah ke, beranda ke...yang penting kita Go Green! Kredit gambar.

Berminat nak cuba? Dapatkan tutorialnya di pautan ini.

Ibu & Fistula (Hari Pertama)

Hari ini saya, Cekengah & Bott temankan ibu ke PPUM untuk minor surgery AV Fistula pada tangan. Walaupun sebenarnya ibu masih belum sampai ke tahap perlu didialisis, tetapi doktor nasihatkan ibu untuk buat juga akses jarum tu sebagai langkah persediaan. This is due to ibu's health condition yang turun naik tak menentu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Masuk dewan bedah sekitar pukul 8.30 pagi. Pukul 9.45 pagi dah keluar. Condition ibu pun OK, cuma sakit dibedah dah mula terasa. Semoga ibu cepat sembuh dan tangan recover dengan baik. Aminnnn.

Selasa, 18 Februari 2014

Resepi Mudah - Coleslaw Jagung Manis


Kali ni nak ubah selera sedikit. Instead of buat coleslaw dengan kobis+mixed vege/carrot, saya buat dengan jagung manis. Jagung manis tu dipisahkan dari tongkolnya kemudian dikukus sebentar sehingga lembut. Kemudian, campurkan jagung tadi dengan kobis yang telah dicincang. Untuk 'dressingnya' :

  • 2 sudu mayones
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2-3 sudu besar perahan lemon
  • garam secukup rasa
Kacau hingga sebati kemudian gaulkan 'dressing' dengan 'coleslaw' yang telah disediakan.  Kalau tak mahu 'coleslaw' tu 'soggy', boleh juga diasingkan 'dressing'nya dalam mangkuk lain. 


Romancinta - MOJO (Easy Guitar Chords)

Guitar Chords untuk 'Romancinta - MOJO'




(Intro) Am

Am          E                   Am
Sejak kamu pergi menjauh
             Dm        E                   Am
Sudah tiada udara untuk diriku hembus
                 Dm         E                Am
Denyutan nadi pun terbentur melumpuh
                   E
Dalam hening jiwa

Am        E                        Am
Jika kamu tak percayakanku
             Dm                    E                     Am
Belahkanlah dada dan kau intiplah di situ
           Dm           E                   Am
Pasti akan jumpa kasih yang menyala 
                E
Meratap dirimu

(Chorus)
E
Kerana kau satu-satunya
F                            G                     E
Cinta agung yang paling kudamba
                  Am    G           F
Tanpamu hilanglah makna
                 Dm             E
Untuk menikmati romancinta

F               G                   E
Aku akan setia selamanya
Am                 G        F
Selagi masih bernyawa
                   Dm        E
Pulangkan kembali romancinta
                  Am
Yang kau bawa pergi

Am        E                        Am
Tanpa kamu menyiram kalbu
             Dm        E                   Am
Punah semua harapan larut dalam mimpi
                 Dm        E                Am
Batinku meronta kau ulang semula
                    E
Menyayangi aku

Repeat (Chorus)


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Cara Nak Simpul Reben Kecil Guna Garpu


I found this tutorial very useful. Especially kalau saya nak buat 'bow' guna reben organza :) Tidaklah terkial-kial masa nak simpul reben saiz 'cinonit' begini.

Credit

Shopping Barang Kraf @ DAISO

Normally, kalau jalan-jalan jumpa DAISO, saya rajin juga singgah. Sometimes, ada selection barang kraf yang menarik boleh buat tambah koleksi saya. Bila pergi kedai flat price macam DAISO ni kena pandai kira dan timbang-tara sikit. Jangan over-excited! "Wah, bestnya! Murahnya! Semua RM5!" Sebabnya, tidak semua barang yang dijual berbaloi untuk kita beli dengan RM5. Ini memang konsep kedai sebegini. Ada sesetengah barangan yang kita boleh anggap murah & berbaloi sangat-sangat, tetapi ada juga barang-barang yang kita boleh dapat dengan harga yang jauh lebih murah di luar/kedai biasa. So, kena pandai-pandai bandingkan harga ye.


Barang-barang kraf di atas saya beli di DAISO MidValley. Ada craft puncher, designed brads & container untuk isi all the barang-kecil-cepat-hilang saya macam buttons & hooks. This was a good deal! Normally, butang/brads tu, kalau di kedai jual barangan kraf - harganya jauh lebih tinggi. Memang tak dapatlah RM5. Harga satu craft puncher pula RM15 - RM30. Of course dari segi kualiti, puncher yang RM5 tu taklah setanding dengan yang berharga RM30. At least, saya boleh dapatkan beberapa design puncher lagi atau peruntukkan lebihan wang untuk beli barang kraf yang lain :) Berbaloi kan?!

Isnin, 17 Februari 2014

Cara untuk Clear History & Clear Cookies & Data pada i-Pad

Untuk  Clear History & Clear Cookies & Data pada i-Pad kalian, mudah sahaja. Ikut langkah-langkah di bawah ye.

  1. Pergi ke 'Settings'. Cari ikon 'Safari' pada panel sebelah kiri.
  2. Klik pada ikon dan lihat menu. Pada bahagian bawah, cari butang 'Clear History' atau 'Clear Cookies & Data'. Klik butang yang berkenaan.
  3. Satu paparan akan muncul untuk pengesahan. Pilih 'Clear'. Selesai.

Cadbury Chocolate Mousse RM4.79

Last week pergi shopping barang dapur dekat TESCO. Tengah-tengah shopping tu, rasa teringin pula nak makan coklat. Pergilah dekat aisle confectioneries. Intai-intai, harga chocolate bar Cadbury yang besar hanya RM5.99. Ada percuma 1 bar kecil 40g pulak tu! Dah tersengih-sengih dah saya. Kebetulan saya ada kupon diskaun untuk coklat tu yang bernilai RM1.20. (Mode: Senyum Sampai Telinga). 

Coklat untuk 'craving' saya kali ini, Cadbury Chocolate Mousse 180g + Cadbury Dairy Milk 40g (RM5.99 - RM1.20) = RM4.79. Berbaloiiiiii sangat-sangat!

Ahad, 16 Februari 2014

Rezeki Belimbing Buluh

Pokok belimbing buluh di belakang rumah ni dah tua dah. Nak berbuah pun ikut suka je. Bila time meriah, memang lebat buahnya. Tapi kalau time sendu tuh, nak dapat dalam 6 biji pun susah. Almaklumlah, ada pulak tumbuhan lain yang menumpang kat pokok tu.

Petang semalam, punyalah teruja bila saya tengok ada banyak buah belimbing asam tu kat pokok. Besar-besar pulak tu!

Terliur tak?

Apa lagi, saya panggil Bott untuk tolong petik buahnya sebab sebahagian besar dekat dahan yang tinggi. Alhamdulillah, inilah hasil 'tuaian' kami semalam.


Kupu-kupu Cinta - Sigma


Kumpulan nasyid ini juga popular dengan lagu 'Istikharah Cinta', tetapi saya lebih menggemari lagu ini. Tak silap saya lagu ni sebenarnya released awal 2013. Suka sangat dengan melodinya yang mendayu-dayu.

Lirik Kupu-kupu Cinta - Sigma

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati
Ruang-ruang jiwa hanya untuk maha kuasa
syair-syair cinta tercipta karna dia

Kupu-kupu cinta
terbanglah tinggi menuju jalannya
Hinggaplah engkau dibunga yang indah
Terbang bersama hembus angin cinta

Ya illahi Robbi
Tiada lain hanyalah namamu
Satukan cinta ini dalam bingkai
Untaian ridhomu

Pertemuan ini menjadi suatu berarti
Di kala diri menepi untuk warna-warna hati

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Resepi Mudah - Ikan Tenggiri Goreng Rempah

Dah lama tak makan ikan tenggiri. So semalam saya masak satu resepi 'simple' je. Potongan ikan tenggiri yang telah dibersihkan, saya perap dengan sedikit serbuk kunyit, garam, satu sudu besar serbuk kari ikan dan satu sudu besar mayones. Kemudian, goreng atas frying pan hingga masak. Hidangkan dengan potongan lemon & sos tartar. Tak ada sos tartar, ganti dengan mayones pun boleh. Sedap makan begitu sahaja atau makan dengan nasi mentega panas-panas!

Sabtu, 15 Februari 2014

Dah beli Capo!!!


Hehehe saya terlalu excited! Dapat juga saya beli 'capo' as aksesori untuk 'Si Kapok' saya. Selama ni memang nak beli tapi asyik tertunda je. Banyak kerjalah, tak lalu kedai muzik la...Last week masa pergi AEON Rawang, ada kedai muzik. Tak tunggu lama dah. Terus heret Bott masuk kedai tu dan inilah 'capo' yang saya hadiahkan untuk diri sendiri!


Lepas ni makin mudahlah saya nak main lagu-lagu baru :)

Jumaat, 14 Februari 2014

'Prebirthday' Presents

Birthday saya bulan 2. So, bulan 2 memang special untuk saya, but a bit 'ngeri' untuk my family members and my bestfriend. Sebab apa? Sebabnya saya memang wajib akan mengada-ngada banyak minta itu ini daripada mereka. Kononnya hadiah untuk birthday la :) Pernah satu tahun tu, saya buat countdown sebulan awal. Siap sediakan bakul besar so family saya boleh letak hadiah-hadiah untuk saya dalam bakul. Melampau kan? Saya ingat lagi, ibu setiap kali habis sekolah (masa tu ibu masih lagi megajar), akan singgah 'bookshop' sekolah untuk beli 'present' saya. Angah pula, mulalah cari apa sahaja barang yang dia ada untuk penuhkan bakul hadiah hari lahir saya. So sweetttt kan?!

Tahun ni, sebab dah sedar diri dah tua. Kuranglah sikit mengada-ngada tu. Hehehe tapi sebab dah terbiasa dengan perangai 'terkutuk' saya,...Ibu, Cekengah & Bott dah bagi hadiah! Kira hadiah pra hari lahir (if this even exists).

Tattadaaaaaa!
Barang kraf from Bott, mug utk kopi saya & Ferrero Rocher from Cekengah & Cekebon kasi 'duit jajan'.


Tempe Tumis Kicap dengan Biji Buah Cempedak

Ini satu lagi hidangan yang guna biji cempedak. Lauk 'Tempe Tumis Kicap'. Sedap, ringkas dan mudah sangat nak disediakan!


Resepi Tempe Tumis Kicap

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • tempe - (potong nipis-nipis dan kemudian digoreng sehingga masak)
  • 2 labu bawang besar - potong bulat
  • 7 - 10 biji cili api (ikut citarasa)
  • biji cempedak yang direbus (kupas kulit dan belah dua)
  • 3 sudu besar kicap
  • garam secukup rasa
  • minyak masak secukupnya untuk menumis

Cara-cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili api dan tumis seketika. Kemudian, masukkan tempe dan biji cempedak. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan kicap. Perasakan dengan garam.

Dah boleh makan!

Lihat entri ini juga: Sambal Hijau Ikan Bilis dengan Biji Cempedak.

Khamis, 13 Februari 2014

Setia Band - Asmara 2 (Sakit Hati) - OST Pashmina Aisha


Semalam, teman saya dari Indonesia menghantar satu pautan di Youtube untuk saya tonton. Kebiasaannya, teman saya akan berkongsi mengenai kumpulan kegemaran saya, Setia Band. Sebagai 'peminat tegar' Setia Band yang sentiasa up-to-date, ada sahaja klip video persembahan Charly dan kumpulannya yang 'dititipkan' kepada saya.

Rupa-rupanya, teman saya mahu saya dengar single terbaru Setia Band yang baru release awal Februari ini. Finally, setelah beberapa tahun, akhirnya nampak jugalah 'bayang' album baru kumpulan ni :) Susunan muzik intro lagu ni agak berlainan daripada apa yang biasa disajikan oleh Setia Band. Ala-ala macam arrangement muzik rock tahun 90-an. Terdetik juga di hati saya, ni lagu Setia Band ke lagu rock Melayu?

It gets better! Masuk je first verse, terus jatuh cinta! Love this song!!! As usual,lagu-lagu ciptaan Charly ni memang tangkap leleh, lirih, pedih, syahdu semua lengkap. Cuma masa 'bridge' lepas chorus tu, arrangement muziknya macam lagu 'Biarkan Aku Jatuh Cinta' sedikit.

Lagu ni mengisahkan kekecewaan seorang lelaki ditinggalkan oleh kekasihnya yang memilih cinta lain. Dalam kesedihan dan deritanya, si lelaki ni akur yang dia tidak akan mampu menjadi yang terbaik untuk kekasihnya. Hehehe...takpelah sekali sekala nak jiwang kan? Oh ya, lagu ni turut jadi OST untuk sinetron baru di Indonesia, Pashmina Aisha (lakonan Baim Wong, Ashraf Sinclair & Samuel Rizal).




Lirik Lagu Asmara 2 @ 'Buat Sakit Hati' - Setia Band, OST Pashmina Aisha
Ciptaan - Moh. Charly Van Houtten

Aku tlah kau buat sakit hati
Menderita karena cintamu
Aku memang tak bisa
Menjadi yang terbaik untuk dirimu

Kau sudah tak seperti kau yang dulu
Kau sudah tak sanggup untuk setia
Kau bergegas pergi meninggalkan ku
Kau sudah memilih yang lain

Kau memang tak seperti kau yang dulu
Kau memang tak sanggup untuk setia
Ku menangis sedih ditinggalkanmu
Ku sudah tak tahankan lagi

Aku tlah kau buat sakit hati
Menderita karena cintamu
Aku memang tak bisa
Menjadi yang terbaik untuk dirimu

Aku tlah kau buat sakit hati
Menderita karena cintamu
Aku memang tak bisa
Menjadi yang terbaik untuk dirimu oh..oh..oh

Kau sudah tak seperti kau yang dulu
Kau sudah tak sanggup untuk setia.



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Nasi Ayam Penyet Sambal Ijo

Tercapai juga hasrat saya nak makan ayam penyet! Dah lama benar teringin tapi tak ada kesempatan nak cari hidangan ayam penyet ni. Kebetulan, selepas shopping di Tesco Mutiara Damansara dengan ibu, Angah & Bott, kami singgah di food court. Kepala saya macam ada siren yang menyala-nyala apabila ternampak salah satu daripada kedainya yang menjual hidangan Indonesia.

Inilah 'meal' saya. Nasi Ayam Penyet Sambal Ijo.


Set nasi ayam penyet saya ada sayur asem, kerabu kubis, tauhu, tempe, keropok dan sambal terasi (sambal belacan) sebagai 'side dish'. Mewah tak sambal hijau yang diletakkan atas ayam penyet saya? Alhamdulillah, puas makan! Kerabu kubis dan ayam sambal ijo saya memang best! Terangggkaatttt! Cuma sayur asemnya kurang 'ingredients' sedikit. Selalunya sayur asem ni penuh dengan kekacang dan sayur-sayuran. Tak mengapalah. Janji kenyang dan saya hanya perlu bayar sekitar lima ringgit (kalau tak silap RM5.50) untuk hidangan ni. Berbaloi kan?

Cinnamon French Toast with Cheese

Dalam usaha saya membersihkan peti sejuk beberapa minggu lepas, terjumpalah plastik-plastik roti lama. Kemudian, jumpa keju yang Cekengah beli dan tak ada masa nak makan. Sayang tengok roti tu terbiar begitu sahaja, saya pun buatlah hidangan french toast ni untuk minum petang.

Resepi French Toast Kayu Manis Berkeju a.k.a Cinnamon French Toast with Cheese
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 keping roti
  • 3 keping keju
  • 2 biji telur
  • 3 - 4 sudu besar susu
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (jika tidak suka rasa kayu manis yang terlalu kuat, boleh dikurangkan)
  • garam secukup rasa
  • beberapa sudu minyak sayuran/mentega/marjerin

Cara Penyediaan:

1. Ambil dua keping roti dan kapitkan dengan keju. Kemudian, potong roti kepada empat bahagian, macam dalam gambar di bawah. Lakukan yang sama untuk roti yang selebihnya.



2. Kacau hingga sebati telur, susu, serbuk kayu manis dan garam.

3. Panaskan kuali leper. Guna api sederhana, jangan terlalu panas. Letakkan sedikit minyak sayuran/ mentega/marjerin.

4. Celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam kuali. Setelah beberapa minit, terbalikkan roti supaya gorengannya sekata untuk kedua-dua sisi.

5. Angkat. Toskan di atas tisu dapur. Sedia untuk dihidang.


Rabu, 12 Februari 2014

Masih Mencintainya - Papinka (Easy Guitar Chords)


Guitar Chords Masih Mencintainya -Papinka

(Intro)
C G Am Em F G

C G
Jika teringat tentang dirimu
Am Em
Berlinang air mataku
F C
Ku rindu saat saat bersamamu
Dm G
Kasih sayangmu padaku

C G
Namun kini kau bukan miliku
Am Em
Dan berakhir sudah cintaku
F C
Biarkan saja hatiku bicara
Dm G
Ku masih sayang padamu

F G
Aku slalu mendoakanmu
C Am
Agar kau bahagia
F G
Bersama dirinya...selamanya

C G
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Am Em
Ku lapangkan dada walau aku terluka
F C
Smoga bahagia bersama dirinya
Dm G
Kerna kau telah memilih dia

C G
Betapa sakitnya apa yang kurasa
Am Em
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
F C
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Dm G
Karna ku masih mencintainya

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



Every Leaf Traps CO2

This ad is cool!

 
Plant-for-the-planet

Sabtu, 8 Februari 2014

Masih Mencintainya - Papinka

Papinka? Saya masih kurang jelas mengenai kumpulan ini. Almaklumlah, saya jarang dengar radio jadi tak update sangat dengan lagu apa yang tengah hit & hot. Tetapi, bila 'masterji' gitar saya sarankan saya untuk belajar main lagu ini (saya hanya main lagu senang je,...maklumlah main gitar setakat untuk keluar bunyi je), saya terpinga-pinga. Papinka ke Paprika? Lagu apa?

"Dengarin dulu, dong!" Pesan 'masterji' saya. Oklah. Saya pun carilah lagu ni dan cuba dengar! Heheheh senyum lebar sampai ke telinga! Best! Memang kategori lagu cinta dengar pertamalah!

Lirik Masih Mencintainya - Papinka


Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku

Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku


Kini kau bukan milikku

Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu 
Agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya


Mengapa mudahnya hatimu mendua

Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia


Betapa sakitnya apa yang ku rasa

Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya


Kini kau bukan milikku

Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu


Aku selalu mendoakanmu 

Agar kau bahagia 
Bersama dirinya selamanya wooo wooo


Mengapa mudahnya hatimu mendua

Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia


Betapa sakitnya apa yang ku rasa

Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu


Masih Mencintainya - Papinka (Easy Guitar Chords)



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Ahad, 2 Februari 2014

Cara untuk Uji Tahap Kesegaran Telur Ayam


Kebiasaannya apabila membeli telur ayam, kita tidak dapat pastikan telur yang dibeli itu telur segar atau telur lama. Walaupun kadangkala ada tarikh luput yang diletakkan di bekas telur tu, kalau dah namanya tak ada rezeki, ada jugalah sebiji dua yang rosak.

Dapat pula tengah-tengah kemas stok barang dapur/bersihkan peti sejuk, tiba-tiba terjumpa beberapa biji telur yang kita sendiri tak ingat bila masanya kita beli. Nak buat macam mana?

Di bawah ini ada tips untuk kita kenalpasti sama ada telur ayam dalam simpanan kita tu masih segar dan boleh digunakan ataupun sudah tiba masanya untuk dibuang!

Kredit Imej: gilerkentang.com

Langkah-langkah untuk Uji Kesegaran Telur Ayam

1. Ambil sebuah mangkuk, isikan dengan air setinggi lebih kurang empat inci.

2. Masukkan telur ke dalam mangkuk perlahan-lahan.

3. Perhatikan kedudukan telur. Jika:-
  • Telur jatuh hingga ke dasar mangkuk, telur ayam anda segar.
  • Telur dalam keadaan sendeng (salah satu bahagian hujungnya terjongket ke atas), telur masih segar tetapi perlu digunakan secepat mungkin.
  • Telur terapung, masa untuk kebooooshhhh! Buang! Telur ayam tu dah tak selamat untuk dimakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...