728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 30 April 2014

Selamat Hari Buruh!


Selamat bercuti!
Selamat merehatkan diri!


Makan Tebaloi Yuk!

First time makan snek dari Sarawak ni. Selama ini saya hanya tengok dokumentari pendek tentang tebaloi & cara pembuatannya di TV. Teringat zaman kecil-kecil dulu, suka sangat makan serbuk sagu yang dibalut dalam kertas bentuk kon tu. Menarik tentang tebaloi ni, selain daripada rangup krupp krapp, ada macam-macam perasa. Ada yang rasa coklat, strawberi, pandan pun ada...

Tebaloi diperbuat daripada tepung sagu.

*Makan tebaloi ni, teringat dekat SueBee.

'Dimentional Tapes/Stickers' untuk projek Kraf Kertas yang Lebih Menarik

Selalunya apabila membuat kad ucapan atau scrap page, saya akan guna 'dimentional tapes/stickers' pada hiasan (embellishment) tertentu untuk dapatkan efek 3D. Jadi hiasan tersebut akan jadi sedikit tertimbul pada permukaan kad atau kertas. Tidaklah simply flat on the surface :)

'Dimentional tapes/stickers' ada dalam banyak bentuk. Ada yang precut squares, precut circles...kalau tak jumpa jenis yang macam tu, beli je 'mounting tape' (lihat gambar sebelah kiri). Basically, cari je apa-apa pita yang fungsinya seperti 'double sided tape' tapi agak tebal.

Contoh penggunaan 'dimentional tapes/stickers':

'Best Wishes'

Kad hiasan 'With Love'


Kunci piano yang berwarna hitam guna 'dimentional stickers' supaya nampak lebih realistik.



Guitar Chords Si Putih Si Merah - Black feat. RJ

Kord Gitar Black feat. RJ – Si Putih Si Merah

(Intro)
C Am Em F

Semua gadis, dengarkanlah

C
Selagi nyawa ini dikandung badan
Am
Selagi hayat ini masih berdiri
Dm
Selama itu aku takkan henti
F G
Mencintaimu

C
Ku bukannya pertama ku bukannya pelakon
Am
Yang boleh membawa watak setiap orang lain
Em
Ku hanya insan pencinta namanya
F
Yang tahu warna putih dan warna merah
C
Ku persembahkan semua yang tersirat di hati
Am
Bila dikumpulkan semua menjadi bentuk hati
Em
Ku hanya insan pencinta namanya
F
Yang tahu warna putih dan warna merah

C
Selagi nyawa ini dikandung badan
Am
Selagi hayat ini masih berdiri
Dm
Selama itu aku takkan henti
F G
Mencintaimu

C
Jadilah isteri kepada diriku
Am
Jadilah kekasihku selama-lama
Dm F
Ku cinta padamu
G#-Bb-C-Dm-F
Ku ingin mengahwinimu

C
Bila sudah bersama saat aku mulakan
Am
Ku curah kasih seluruh jiwaku untukmu
Em
Ku hanya insan pencinta namanya
F
Yang tahu warna putih dan warna merah
C
Payungmu dari hujan ku jaga tiap detik
Am
Ku korbankan jiwa ragaku kepadanya
Em
Ku hanya insan pencinta namanya
F
Yang tahu warna putih dan warna merah
C F
Yang tahu warna putih dan warna merah

C
Selagi nyawa ini dikandung badan
Am
Selagi hayat ini masih berdiri
Dm
Selama itu aku takkan henti
F G
Mencintaimu

Am
Jadilah cintamu dan cintaku satu
C
Jadilah isteri kepada diriku
Dm F
Ku cinta padamu
G#-Bb-C-Dm-F
Ku ingin mengahwinimu

C
Selagi nyawa ini dikandung badan satu
Dm Am
Ku cinta padamu
F Dm
Selagi itu aku takkan henti mencintaimu
Dm E
Mengahwinimu

F C
Selagi nyawa ini dikandung badan
F Dm
Selagi hayat ini masih berdiri
F
Selama itu aku takkan henti
C Dm
Mencintaimu

Am
Jadilah cintaku dan cintamu satu
E Gm
Jadilah isteri kepada diriku
F
Ku cinta padamu
G# Bb C
Ku ingin mengahwinimu

Am Dm
Ku hanya insan pencinta namanya
F#
Yang tahu warna putih dan warna merah

Am
Jadilah isteri kepada diriku
C G
Jadilah kekasihku selama-lama
F
Ku cinta padamu
G#-A#-C-Dm
Ku ingin mengahwinimu

Ya sayang
Am
Kita akan terus bersama

C G
Ku hanya insan pencinta namanya
F C
Yang tahu warna putih dan warna merah

Am

Em
Ku hanya insan pencinta namanya
F
Yang tahu warna putih dan warna merah

C
Dialah kekasihku selama-lama
Am
Dialah kekasihku selama-lama
Em
Dialah kekasihku selama-lamanya

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Kad Piano Dah Siap!

Sebelum ini saya ada tulis entri berkenaan kad piano saya yang separuh siap (baca mengenainya di sini). Inilah versi penuh kad piano saya. Baru sempat nak upload. Sebenarnya kad ini untuk Dhila, my sister-in-law yang berada di London. Sekarang kad ni dah dalam perjalanan ke sana. Harap-harap dapat sampai ngam-ngam pada hari lahir dia nanti. 


Happy Birthday, Dhila! Wishing you a year full of happiness and a future filled with dreams come true!

*Nak tengok kad ni dgn lebih jelas, jemput singgah Crafts Belvedere :)

'Si Putih Si Merah' yang Catchy

Sumber Imej: gua.com.my


First time dengar lagu ni memang tahulah si Black yang nyanyi. Berkenan pada melodinya. Bagi saya lagu ni quite catchy. Sekali dengar, terus terngiang-ngiang dekat telinga. Lirik pun sweeeetttt. Suka part 'insan pencinta yang tahu warna putih & merah' tu :)

LIRIK LAGU SI PUTIH SI MERAH - BLACK featuring RJ

Semua gadis, dengarkanlah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Ku bukannya pertama ku bukannya pelakon
Yang boleh membawa watak setiap orang lain
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Ku persembahkan semua yang tersirat di hati
Bila dikumpulkan semua menjadi bentuk hati
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah isteri kepada diriku
Jadilah kekasihku selama-lama
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Bila sudah bersama saat aku mulakan
Ku curah kasih seluruh jiwaku untukmu
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Payungmu dari hujan ku jaga tiap detik
Ku korbankan jiwa ragaku kepadanya
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Yang tahu warna putih dan warna merah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah cintamu dan cintaku satu
Jadilah isteri kepada diriku
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Selagi nyawa ini dikandung badan satu
Ku cinta padamu
Selagi itu aku takkan henti mencintaimu
Mengahwinimu

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah cintaku dan cintamu satu
Jadilah isteri kepada diriku
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Jadilah isteri kepada diriku
Jadilah kekasihku selama-lama
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Ya sayang
Kita akan terus bersama

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Dialah kekasihku selama-lama
Dialah kekasihku selama-lama
Dialah kekasihku selama-lamanya

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Selasa, 29 April 2014

Cantiknyaaaaa!!


"Cuba bau,.." saran petugas di pejabat pos sambil tersenyum. Saya yang masih 'super-duper' terkejut tengok setem bunga mawar berbentuk hati terus hidu setem 'gabak' tu. Wangilah! Bukan main lagi setem ni, siap pakai perfume!


Inilah produk Pos Malaysia, Setem Mawar Siri II. Setem RM5 ni saiznya 8cm X 8cm! Saiz bentuk hati apabila kita dah ceraikan + 5cm. Wangian mawar pada setem tu pun best! (Tapi bagi sesiapa yang tak suka dengan bau bunga ros, anda perlu jauhkan diri dari setem nih. Sentuh pun jangan!)

Cantik kan?
 

Isnin, 28 April 2014

'Saya Buat Sendiri' - Photo Fridge Magnet


'Photo Fridge Magnets' di atas saya buat untuk adik ipar saya. Mudah saja! Dengan kos yang rendah, kalian boleh buat sendiri. Fridge magnet yang ini saya guna magnet sheet. Nanti saya kongsikan cara-cara nak buat ya.


Updated!
Jom buat fridge magnet:
 

Doa untuk Hari yang Sempurna

Assalamu'alaikum. Selamat memulakan minggu baru! Mari kita mulakan hari kita dengan untaian doa ini:

Ya Allah, jadikanlah hari ini,
di pagi hari penuh dengan kebaikan, 
di tengah hari disuburi dengan kebajikan dan 
di akhir hari penuh dengan keberkatan dan redha-Mu, Ya Allah.


Ahad, 27 April 2014

Santai Petang dengan Lempeng Kelapa

Juadah minum petang saya hari ini. Lempeng kelapa panas cicah dengan sambal tumis ikan bilis. Tepung, kelapa parut dan sedikit garam dibancuh sekata menjadi bater yang yang tidak terlalu pekat. Ratakan nipis di atas kuali leper dan goreng hingga masak. Time hujan-hujan, ada pula kopi panas,...terangkatttt!


Sabtu, 26 April 2014

Kad Guna Kertas Kitar Semula

Hari ni kalau ikut plan, tak nak masuk bilik kraf. Kononnya nak rehat santai, baca novel atau main gitar, belajar lagu baru. Alih-alih dah bersepah meja kerja saya. Saya baru beli kertas 'recycled' beberapa hari lepas. Suka pada tekstur dan warnanya yang brownish


Inilah rupanya kad buatan tangan saya yang guna kertas kitar semula. Ni kad separuh siap. Belum decide lagi nak buat kad untuk apa. Maybe untuk Hari Ibu. Untuk Hari Guru pun OK juga kan? Bunga tu pula guna kertas terpakai. So, kiranya kad saya hari ni ada elemen mesra alam sekitar la. Let's Go Green!



Guitar Chords 'Alasan untuk Bahagia' - Asfan


Kord Gitar Alasan untuk Bahagia - Asfan (OST Fajar Aiman, TV3)

(Intro)
A G F E

A                                  G
Seperti mentari kan hilang      
                      F                              E
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
A                                  G
Teruslah ku membawa cinta
               F                 E
Jauh dariku jauh darimu


A                                  G
Dan tak bisaku mengerti
                   F                 E
Semua terjadi harus begini


                      F
Kini yang tinggal hanya
G                C          B        Am
Sisa-sisa kisah yang terindah
F                          G          E
Dan hitam tiba membawa derita


    A                D        G        
Sejujurnya masih ada rasa cinta
       C              F    
Yang tak akan putus
               A        E       A
Kerna alasanmu untukku bahagia


A                D  
Seharusnya kau sedari
       G        C             Am
Separuh jiwaku akan mati
         A#
Yang tinggal hanya
E                           A
Alasan untuk bahagia


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Yeayy! Hujung minggu!

Alhamdulillah! Lega rasa bila dah weekend. Entah kenapa minggu ni penat sangat rasa badan. Tak larat je rasa nak buat kerja. Terpaksa 'heret' diri sepanjang minggu, tak sabar-sabar nak tunggu hari Jumaat.

Anyway, hujung minggu ni saya nak rehat puas-puas! Nak recharge balik bateri badan. Selamat berhujung minggu! Have a super duper fabulous weekend!




Jumaat, 25 April 2014

Rezeki Telur Pindang


Wahhhhh, telur pindangggg! Dah lama betul saya tak makan telur pindang. Alih-alih, hari ini ada rezeki merasa telur famous dari Johor ni. Alhamdulillah!

Hilang - Najwa Latif (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar 'Hilang' - Najwa Latif

(Intro)
Em D C G (2x)


Em D C
Aku hilang diriku
G
sementara mengejar kamu
Em D C
Aku hilang nyawaku
G
kerna aku mahu cintamu


Em D C G
Dan aku hilang ... hilang
Em D
dari cintamu dari hidupmu
C G
dari segala-galanya
Em D
dari cintamu dari hidupmu
C G
dari segala-galanya
Em D C G
milikmu oh..oh ... milikmu


Em D C
Aku ingin kau tahu
G
dan sedarkan kewujudanku
Em D C
Aku inginkan kamu
G
lebih dari yang kau tahu


Em D C G
Dan aku hilang ... hilang
Em D
dari cintamu dari hidupmu
C G
dari segala-galanya
Em D
dari cintamu dari hidupmu
C G
dari segala-galanya
Em D C G
milikmu oh..oh ... milikmu


Em D
Dan mungkin kau tak kan pernah sedari aku
C G
Dan mungkin kau tak kan sedar kewujudanku
Em D C G
Tapi ku ingin kau tahu ku akan mencintaimu ..oh..oh

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Khamis, 24 April 2014

Buat 'Photo Borders' Guna Washi Tapes

Saya pernah cerita tentang kepelbagaian fungsi 'masking tapes' atau 'washi tapes' dalam kraf kertas (sila baca di sini). Kali ini saya nak tunjuk contoh penggunaan pita ini sebagai 'photo borders' pada scrapbook atau album gambar.

Gambar Cekengah masa bercuti di....(tak ingat!)

Caranya simple. Pilihlah 'masking tape' ikut citarasa kalian. Nak yang matching dengan gambar boleh, nak design yang kontra dengan gambar pun menarik juga. Then, potong atau koyak pita tu kepada empat jalur kecil (agak-agak je kepanjangannya). Tampalkan pada hujung setiap bucu gambar. Ha,...lebih berseri-serilah gambar tu! Tak adalah nampak 'gonjeng' je ;) 

*Boleh juga guna 'printed tapes' untuk buat 'photo borders'.


Let It Go - OST Frozen (Easy Guitar Chords)

Sebelum ini saya pernah kongsikan kord gitar Do You Want To Build A Snowman, hari ni chords untuk lagu Let It Go pula ye.

Let It Go - Frozen (Easy Chords)

(Intro)

G
Let it go
D
Let it go
Em C
Can't hold you back anymore
G
Let it go
D
Let it go
Em C
Turn my back and slam the door


Em C
The snow blows white on the mountain tonight
D Am
Not a footprint to be seen
Em C
A kingdom of isolation
D A
and it looks like I'm the Queen
Em C
The wind is howling
D Am
like the swirling storm inside
Em D
Couldn't keep it in,
A
heaven knows I tried


D C
Don't let them in, don't let them see
C D
Be the good girl you always had to be
D C
Conceal, don't feel, don't let them know
C
Well, now they know


(Chorus)
G D
Let it go, let it go
Em C
Can't hold it back anymore
G D
Let it go, let it go
Em C
Turn my back and slam the door
G D Em C
And here I stand, and here I'll stay
G D
Let it go, let it go
C
The cold never bothered me anyway


Em C
It's funny how some distance
D Am
Makes everything seem small
Em C
And the fears that once controlled me
D A
Can't get to me at all

Em C
Up here in the cold thin air
D Am
I finally can breathe
Em D
I know I left a life behind
A
but I'm too relieved to grieve


Repeat (Chorus)


G D Em C
Standing frozen in the life I've chosen
G D Em C
You won't find me, the past is so behind me
G D Em C
Buried in the snow

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Rabu, 23 April 2014

Main dengan butang,..

Hari ni main dengan butang-butang! Pelik je bunyinya kan?! Sebenarnya saya sedang siapkan tempahan kad hari lahir seorang teman buat ibunya. Kali ini memang sengaja pilih butang-butang kecil yang berwarna-warni untuk dijadikan hiasan utama kad.


Untuk tampal butang-butang ni, kena guna gam yang jenis 'dries clear'. Maksudnya, apabila gam ini dah kering sepenuhnya, tidak akan ada kesan gam yang comot-momot pada permukaan kertas. Insya-Allah, malam ni lepas habis mengajar, bolehlah disiapkan dasar kadnya pula.

'Reminder Board' untuk Bilik Kraf Saya

Hiasan baru bilik kraf saya. 'Reminder Board' ini asalnya 'wall decoration' untuk letak gambar. Saya berkenan dengan design sangkar burung ni dan terus terlintas nak buat mini reminder board untuk kerja-kerja kraf saya. Saya tak perlukan board yang besar. Memadai sekadar untuk tampal kertas Post-It @ Sticky notes je. 







Snek Masa Gatal Gigi

Inilah 'obat' untuk penyakit gatal gigi saya. Hihihi,..asyik nak mengunyah je! Cekengah yang beli untuk saya. Sedap!!! Makan 1 tak cukup,..mesti nak lagi dan lagi...dan lagi...


Selasa, 22 April 2014

'Saya Buat Sendiri' - Best Wishes Card

Hari ini berjaya siapkan kad bertema hitam putih ini. Saya guna 'wrapping paper' biasa sahaja. Then, salah satu daripada phrase 'Best Wishes' tu, saya buat efek timbul menggunakan 'Mod Podge Dimentional Magic'. Produk ni akan mencipta efek permukaan kaca yang keras, timbul dan bersifat lutsinar. Jadi, bahagian yang berkenaan nampak lebih 'fancy' dan akan kelihatan lebih menonjol daripada yang lain.



Yuri yang Moody

Puas cari satu rumah! Kocak-kocak balang food nak panggil dia makan pun tak datang. Mana pergi si Yuri ni? Cari punya cari, jumpalah si empunya diri kat bilik belakang. Bawa diri rupanya,...

Yuri yang moody!

Isnin, 21 April 2014

Spam Sudah Tukar Jadi Scam!

Dua tiga hari ini berpinar-pinar mata saya membaca berpuluh-puluh artikel mengenai SCAM. Saya perlu siapkan rencana mengenai bagaimana kita sebagai pengguna boleh terjebak dengan pelbagai bentuk 'scam' dalam kehidupan sehari-hari. 

Dalam pada sibuk mengejar 'deadline', sempat juga nak berblogging. Kebetulan, saya hendak tulis entri mengenai kekeliruan yang boleh timbul akibat terlalu banyak links/URL dalam sesebuah blog sehingga dianggap sebagai SPAM.

Gembira kedua-dua perkara dapat saya langsaikan seperti yang dirancang, saya pos pautan entri blog saya ke Kelab Blogger di Facebook. Seharian menguruskan tugas-tugas di luar, baru sebentar tadi berkesempatan semak notifikasi. Brother Hasrul Hassan, blogger otai yang terkemuka telah mengesan kesilapan pada entri saya. Rupa-rupanya saya sendiri dah 'mixed up' dengan kedua-dua istilah tersebut!



Setelah tersengih-sengih edit entri, tiba-tiba saya tergerak hati hendak semak semula artikel yang saya tulis. Ikut plan, saya nak submit esok pagi. Ya Allah! Seperti yang dijangka, semua 'scam' dah jadi 'spam'! Menggigil-gigil tangan saya edit balik perkataan tu. Alhamdulillah, mujur Allah gerakkan hati Brother Hasrul untuk tegur saya. Secara tidak langsung, beliau telah selamatkan kerja saya. Jika tidak, tentu haru-biru artikel saya jadinya.

Terima kasih banyak-banyak, Brother Hasrul. Sudi betulkan kesilapan saya yang kurang pengalaman ni. Semoga Allah balas dengan ganjaran yang setimpal :)



1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

Mari! Mari! Mari!

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Decorative Border Punch untuk Kraf

Hehehe inilah mainan baru saya ;)

Mula-mula nak beli satu je. Tapi tak dapat menahan godaan,...terrrbeli dua-dua! Excited ni,...boleh guna punches ni untuk buat kad Hari Guru & Hari Ibu :)

*Paling suka design 'Deep Edge Border Punch' saya.

Guitar Chords Kau Ditakdirkan Untukku (In-Team feat. Edcoustic)

Kau Ditakdirkan Untukku - In-Team & Edcoustic (Guitar Chords)


(Intro)
G C D

C           D
Terucap syukurku
Bm        Em
Aku memilihmu
             C
Tuk menjadi teman
           D             G
Hidup setia selamanya


C          D
Belahan hati ini
Bm           Em
Kini telah terisi
             C
Aku dan dirimu
               D           G
Mengikat janji bahagia


(Chorus)

G                             C
Dan berlayarlah kita renda keluarga
Am                     D
Merentas hidup bersama
Bm                   Em           C
Aku bahagia ku dipertemukan
             D
Belahan jiwaku


G                                  C
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Am                    D
Hingga bahagia di syurgamu
Bm                     Em              C
Pegang tanganku, tataplah mataku
                D            G
Engkau ditakdirkan untukku


C         D
Ikatan suci ini
Bm             Em
Selalu kan ku jaga
           C
Meniti sakinah
               D                            G
Penuh kasih sayang dan rahmat-Nya


(Chorus)

G                             C
Dan berlayarlah kita renda keluarga
Am                     D
Merentas hidup bersama
Bm                   Em           C
Aku bahagia ku dipertemukan
             D
Belahan jiwaku


G                                  C
Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Am                     D
Hingga bahagia di syurgamu
Bm                    Em           C
Kau amanahku, isteriku tercinta
                 D            G
Engkau ditakdirkan untukku


  C          D       G
Ditakdirkan untukku..
             C           D      G
Engkau ditakdirkan untukku.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Guitar Chords Si Katak - Mark Adam

Chords Lagu Si Katak - Mark Adam

(Intro)
D D# D D# D D# D Cm

G B
Setiap pagi aku sembunyikan diri
C
Takut takut kau ternampak
Cm
Mukaku yang macam katak
G C-D-G
Sakitnya, aduh sakit kepala

G B
Malamku igau, siangku angau
C
Imaginasi meracau
Cm
Konon tak nak diriku dikacau
G C-D-G
Sakitnya, aduh sakit kepala

C Cm
Ku cari beribu alasan
G D
Supaya tak berjumpa
C Cm
Tetapi semua tak jadi
G D
Engkau ada sana ada sini

G B
Ooo...Didudadidu, kawan kawan tolong aku
C
Aku nyaris jadi gila
Cm
Dan tak tahu macam mana
G C-D-G
Sakitnya, aduh sakit kepala

(Solo)
B C Cm G C D G

C Cm
Ku cari beribu alasan
G D
Supaya tak berjumpa
C Cm
Tetapi semua tak jadi
G D
Engkau ada sana ada sini

G B
Ooo..didudadidu, kawan kawan tolong aku
C
Aku nyaris jadi gila
Cm
Dan tak tahu macam mana

G C-D-G
Sakitnya, aduh sakit kepala
C-D-G
Engkau cantik dan lawa
C-D-G
Aduh, sakit kepala

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

1st Mini GA by NaNie DeaN

Mari kita sama-sama meriahkan 1st Mini Giveaway anjuran Nanie Dean. Giveaway ini berlangsung selama 2 minggu je tau. Syarat-syaratnya simple je. I likeeee! Klik banner di bawah cepat-cepat!

  

Ahad, 20 April 2014

Cara Mengurus Beg Plastik di Rumah


Familiar dengan pandangan semak sebegini?


Jangan buang plastik-plastik ni. Kita boleh guna semula. Cuma, supaya mata kita tak sakit tengok 'situasi plastik bergelimpangan' ni, kenalah buat sesuatu. So, hari ini saya nak kongsi cara untuk melipat beg plastik. Mudah sangat! Sambil-sambil tengok TV tu boleh buat. Perhatikan tutorial ringkas di bawah ye.

  1. Letak plastik atas permukaan meja. Ratakan plastik dan kemaskan lipatan ke bentuk asal.
  2. Lipat plastik supaya menjadi setengah daripada saiz asal. Kemudian, lipat lagi supaya menjadi suku.
  3. Buat lipatan berbentuk segi tiga bermula dari bucu bahagian bawah. Terus lipat hingga sampai ke bahagian tangkai plastik.
  4. Selitkan bahagian tangkai plastik ke dalam lipatan yang telah dibuat. Hasilnya akan kelihatan seperti gambar di bawah.
 

Once dah lipat banyak-banyak, bolehlah disimpan di dalam kotak/bekas/laci. Dapat jimat ruang. Bukan sahaja beg-beg plastik kita dah tak bersepah, malah lebih mudah untuk kita cari saiz beg plastik yang sesuai apabila kita nak guna. Saiz segi tiga yang kecil, maknanya beg plastik tu kecil. Kalau nak plastik yang besar, pilihlah segi tiga yang bersaiz besar.

Yang penting, kita tak simply buang plastik. Kita guna semula. Kuranglah sikit sampah kat muka bumi ni ;)
Let's Go Green!

Sabtu, 19 April 2014

Kad Piano Separuh Siap

Inilah kerja saya pagi Sabtu. Buat kad bentuk piano untuk birthday someone. Tengah cari idea nak hias bahagian atas, tiba-tiba rasa nak tengok TV pulak. Tangguh sekejaplah. Kita touch up nanti :)


Sampai Akhir - Judika feat. Duma (Easy Guitar Chords)

Boleh layan lagu ni hujung minggu ;)

(Intro)
C F C F

C                   Am
Kasih ku berjanji selalu menemani
F                 G
Saat kau bersedih saat kau menangis

F      Em
Aaa... kan ku jaga
F            Am         G      F
Aaa... segenap cinta yang ada untukmu

(Chorus)
 C                     F
Selama nafasku masih berdesah
    Dm                       F         G
Dan jantungku terus memanggil indah namamu
   C                     F
Takkan pernah hati ini mendua
         Dm  G      F
Sampai akhir hidup ini

  C                   Am
Kasih ku berjanji selalu menemani
  F            Dm  G
Saat kau bersedih saat kau menangis

 F       C
Aaa... kan ku jaga
 F            Am      G
Aaa... segenap cinta yang ada
  F       C
Aaa... percayalah
F  Dm       G       F
Aaa... satu cintaku untukmu

(Chorus)
  C                     F
Selama nafasku masih berdesah
   Dm             Em       F        G
Dan jantungku terus memanggil indah namamu
   C            Am        F
Takkan pernah hati ini mendua
         Dm  Em   F
Sampai akhir hidup ini
         Dm  F Am G
Sampai akhir
        E
Hidup ini

(Outro)
E A E

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Ombak Rindu - Hafiz & Adira (Easy Guitar Chords)

Antara lagu yang saya akan belajar main hujung minggu ni. As usual, lagu yang senang-senang je...

Ombak Rindu - Hafiz & Adira (Easy Chords)
OST Ombak Rindu

(Intro)
Am Dm G C Dm F Dm E

Am Dm
Tuhan tolong lembutkan hati dia
G C
Untuk terima ku seadanya
Dm
Kerna ku tak sanggup
F
Kerna ku tak mampu
Dm E
Hidup tanpa dia di sisi ku

Am Dm
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
G C
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Dm
Namun hanya Kamu
F
yang mampu membuka
Dm E
Pintu hatinya tuk cintaku

Am Dm
Malam kau bawalah rinduku
G C
Untuk dirinya yang jauh dari ku
A Dm
Agar dia tidak kesepian
B7 E
Selalu rasa ada cinta agung

Am Dm
Hujan bawa air mata ku
G C
Yang mengalir membasuh luka ku
A Dm
Agar dia tahu ku terseksa
B7 E
Tanpa cinta dia di hatiku

F E
Hanya mampu berserah
F E Am
Moga cahaya di penanti

Am Dm
Tuhan tolong lembutkan hati dia
G C
Untuk terima ku seadanya
Dm
Kerna ku tak sanggup
F
Kerna ku tak mampu
Dm E
Hidup tanpa dia di sisi ku




DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



Jumaat, 18 April 2014

Design Paper Pack PopArtz

Dapat juga saya beli paper pack ini. Last time pergi Popular IPC, kehabisan stok. Di Popular Tesco Kepong, memang tak ada produk untuk kraf sangat. Cari di Popular One Utama baru jumpa. Senyum lebar saya. Ada 10 design, setiap design ada 5 keping. Satu pek berharga RM10.90. Memandangkan promosi barangan PopArtz masih lagi berlangsung (baca mengenainya di sini), so entitled lah diskaun 25% :)


Hindari Blog daripada Dapat 'Title' SPAM

Perkara ni sebenarnya biasa dilakukan oleh blogger. Kita tinggal komen sekali dengan link/pautan ke blog kita. Especially yang join 'giveaway' atau segmen-segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain. Kita akan blogwalking, menziarah teman-teman yang turut serta untuk tambah kenalan dan tinggal jejak dengan pautan blog kita.

Masalahnya, hal ini boleh menimbulkan masalah yang agak serius. Blog kita boleh kena 'remove' oleh pihak Google. Kenapa? Sebabnya, apabila terlalu banyak perkongsian links/pautan/URL di ruangan komen dalam satu satu blog, blog berkenaan akan dianggap sebagai SPAM. Jenuh nak dapat balik blog apabila Google dah beri 'title' SPAM.

Jadi apabila nak tinggalkan komen (saya hargai setiap komen kalian), harap dapat elak daripada memasukkan sebarang URL. Komen seperti biasa saja. Insya-Allah, saya tetap akan menjejaki kalian semula. Tetapi, jika hendak tinggalkan link juga, sila ikut langkah ini.

1. Tulis komen kalian di ruangan komen seperti biasa.

2. Masukkan kod di bawah.


Di bawah ni contoh yang saya buat.


3. Tekan Publish/Terbitkan.

Dan ini pula hasilnya.

 
Mudah kan? Then, senang orang nak klik. Terus berdesup meluru ke blog kalian. Selamat Mencuba!



Bukan Dia Tapi Aku - Judika (Easy Guitar Chords)


Judika – Bukan Dia Tapi Aku (Easy Chords)

(Intro)
Em D C

Em D
berulang kali kau menyakiti
C G D
berulang kali kau khianati
Em D
sakit ini coba pahami
C G D
ku punya hati bukan tuk disakiti

Em D C

Em D
ku akui sungguh beratnya
C G D
tinggalkanmu yang dulu pernah ada
Em D
namun harus aku lakukan
C G D C D
karna ku tahu ini yang terbaik

(Chorus)
G D Em
ku harus pergi meninggalkan kamu
D C
yang telah hancurkan aku
G Am D
sakitnya sakitnya oh sakitnya

Em A
ku akui sungguh beratnya
C G D
meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Em A
namun harus aku lakukan
C G D C D
karna ku tahu ini yang terbaik

Ulang (Chorus)



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Khamis, 17 April 2014

Berhenti Ragui Diri



So, berhenti ragui kemampuan diri kita sendiri :)

Buang Sampah dengan Betul

Panduan buat yang masih keliru, warna apa untuk apa,...  :)




Celery,...murahnya!

Tadi pergi beli barang dapur di Tesco. Lagipun ada baucer Clubcard yang masih belum guna. Peti ais kat rumah dah lengang. Memang sudah tiba masanya untuk restock :)

Antara barang murah di bahagian basah hari ini ialah 'celery'. Hanya RM1.79/pek. Yang seronoknya, saya ada kupon RM0.50 untuk 'celery'. So, 'celery' saya untuk untuk trip shopping kali ini berharga RM1.29. Murahnyaaaaa!






Rabu, 16 April 2014

Berjaya disiapkan!

Alhamdulillah! Pagi tadi saya ada tulis entri tentang tempahan kad ucapan yang perlu saya siapkan. Saya letak sasaran perlu selesai buat semua kad selewat-lewatnya esok. Syukur, kad-kad tu berjaya disudahkan malam ni. Kebetulan hari ni tak sibuk sangat. Lancar jelah projek kad ucapan saya ;)

Kebanyakan kad-kad yang saya buat ni berkonsepkan 'buku mini di dalam kad'. Dalam erti kata lain, saya letakkan sisipan lain di dalam kad untuk memberi ruang menulis yang lebih luas. Maklumlah, kad untuk perpisahan,...satu jabatan nak tandatangan, mana cukup ruang saiz kad biasa.

Antara kad-kad yang telah saya buat,..




Bahagian dalam kad dengan lebih ruang untuk menulis.



Nanti, bolehlah tengok perincian kad-kad ni apabila saya update di Crafts Belvedere.
OK, malam ni boleh tidur lena :)

'Big Teacher'

Insiden semasa kelas Bahasa Inggeris bersama murid Tahun 6 malam tadi. We were doing some enrichment exercise on 'Jobs' or 'Occupations' for their vocabulary session.

Saya:
The next question,... a teacher who is in charge of a school. Bear in mind, kids,...this is not your regular teacher but this teacher can be considered as the head of the school.

Kids: 
(Masing-masing dengan aksi muka berfikir,..)

Saya: 
Come on, kids. What's the answer? Who wants to try?

One of the kids: 
'Big teacher!' [Direct translation untuk 'guru besar']


Ha! Ha! Ha! 


*The correct words to replace 'big teacher' are - headmaster, headmistress or principal :)

Selasa, 15 April 2014

9 + 1 kad

Hari ni bersiaran dari bilik kraf. Sibuk sikit sebab saya kena siapkan tempahan handmade greeting cards. Ada 10 keping yang kena siap by esok. 9 untuk farewell dan 1 untuk special birthday wish. Masalahnya, 8 daripada kad farewell yang perlu dihasilkan tu untuk lelaki. Jadi, tak bolehlah nak letak bunga-bunga, reben, renda atau hiasan lain yang bling-bling. Kena buat yang 'manly' sikit. 

Perah otak...
perah otak...
perah otak...


Isnin, 14 April 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno

Mulakan aktiviti blogging minggu ini dengan join segmen blogwalking anjuran Dayang Deno. Klik banner kiut & ceria kat bawah ni.

 

Ahad, 13 April 2014

Doa untuk Sakit Kepala atau Migrain

Bagi yang selalu sakit atau pening kepala, juga kepada yang sering diserang migrain,...cubalah amalkan ayat ini. Insya-Allah, akan dapat menghilangkan kesakitan yang dialami.

Terjemahan: Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.


'Speech Bubbles' untuk Kraf Kertas

Speech Bubbles atau turut dikenali sebagai Dialogue Bubbles, Speech Balloons atau Dialogue Balloons selalu digunakan untuk mewakili kata-kata atau apa yang difikirkan oleh seseorang (watak dalam komik bentuk grafik yang lain).

Speech Bubbles turut sesuai dijadikan decoration untuk kad ucapan atau buku skrap. Baru-baru ini, saya jumpa pelekat menarik ini.

Akan gunakan 'bubbles' ini untuk buat kad ucapan.

Projek Tukar String Si Kapok

Hari ini, sambil layan Cekebon borak, saya ambil kesempatan untuk tukar tali gitar saya. Dah berkarat dah! rasanya tali no. 1 tu tunggu time nak putus je. Asyik tunda dari hari ke hari. Main pun bunyi dah lemau. Macam bunyi kecapi pun ye jugak ;)

String pilihan saya - ERNiE BALL Earthwood Acoustic Guitar Strings (Light). Harganya RM25.00 untuk satu set.


Kebiasaannya, saya hanya tukar tali no.1 atau no. 2 yang putus je. Nak tukar semua selalu hantar kedai. Senang cerita. Untuk kali pertama nak tukar the whole set ni, nervous sikit. Manalah tahu bila saya tukar semua tali tu silap-silap daripada bunyi gitar tiba-tiba jadi bunyi biola ke cello ke... Alhamdulillah, berjaya! Terkial-kial jugalah saya dalam usaha menukar keenam-enam tali sekaligus. Makan masa sikit sebab saya tak ada 'string winder'.

Selesai! String lama dan lebihan string baru yang hendak dibuang.
Lepas selesai urusan tukar string, sessi tuning pula. Mujur, adik lelaki saya dah belikan saya tuner. Jadi tak ada masalahlah. At the end of the day, saya peluk Si Kapok dan senyummmmmm.


'Saya Buat Sendiri' - Mini Fridge Magnet

Ini percubaan pertama saya buat 'fridge magnet'. Saya hanya guna kertas muzik lama, epoxy sticker, art glue dan magnet sheet. Selepas ini nak cuba buat guna gambar pula. 'Fridge magnet' yang saya buat ni bersaiz mini, + 2.5cm. Selain diletakkan di peti sejuk, juga sesuai digunakan pada 'white board'/memo board. Buatlah ikut tema yang digemari.

Sabtu, 12 April 2014

Selamat Berhujung Minggu!

Hujung minggu ni saya tak ada sebarang plan yang spesifik. Niat nak rehat dan rehat dan rehat je...Maybe buat a few greeting cards or crafts dan baca salah satu novel RM5 yang saya beli (baca mengenainya di sini).

Selamat Bersantai & Beristirehat!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...