728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 31 Mei 2014

Tutorial Kraf - Cara Buat Origami Kemeja

Nak buat origami kemeja seperti di bawah tak?


 Sila ikut tutorial mudah di bawah. Sempena sambutan Hari Bapa bulan Jun nanti, bolehlah buat kad istimewa. Tidakpun, hasilkan 'props' untuk ambil gambar dengan kemeja ini. (Insya Allah, ada kelapangan saya kongsikan kemudian.)


Kredit: origami-resource-center.com


Guitar Chords 'Selepas Berpisah' - Fitri Hakim

Bagi yang dah jatuh cinta dengan lagu ni :) Hadiah hujung minggu untuk kalian!


Kord Gitar SELEPAS BERPISAH - Fitri Hakim
Ciptaan : Edry Abdul Halim
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd

(Intro)
E Em D C B

Em             Am
Tersentak hatiku 
 D                         G               C
bila kamu luahkan padaku
                    B         A
Hasrat untuk putus 
      B                                    A
dari terus menyayangi aku
                       Am              D                                     
Kau bilang dah punya insan lain 
                       G              C
yang mahu mengganti
                                B
Memaksa ku tanpa relaku


Em Ab B A
Selepas berpisah
B                                    Abm     Db
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
                F#m                A                             B
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya
                A                     B               C           Dbm         Db
Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
                    F#m                              B                               E
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah


D C B Em 


      A    Em Am   
Bagaimana aku 
D                                  G       C
bisa sembuh dari parah ini?
                   A                B
Ataupun ditakdir sepi 
                                         E
hingga hembusan terakhir
       C   Am                 D
Moga kau bahagia dengan dia 
               G              C
sepanjang hayatmu
         F#m               B
Biar aku berselubung pilu

                A
Selepas berpisah
B                                    Abm     Db
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
                F#m                A                             B
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya
                A                     B               C           Dbm         F
Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
       Db         F#m                            B                               Dbm    Db
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah
                     F#m             B                                               E
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah.


Tonton klip lagu ini di youtube, channel rasmi KRU Music. Lagu ini juga boleh didapati melalui i-tunes dan dalam bentuk nada dering/caller ringtone.


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



200 keping!


Apa yang dua ratus keping? Ni haa...last week masa Cekebon & Cekengah pergi London, diorang sempat bercuti beberapa hari di Paris. Semasa di Paris, diorang 'terserempak' dengan 200 keping setem ni. Excited si Cekengah dan Dhila. Mengetahui yang Along diorang ni masihhhh kumpul setem, Dhila terus beli buat ole-ole untuk saya. Thanks so much, Dhila! 

The best part is, dalam banyak-banyak setem ni, satu pun tak ada yang redundant dengan koleksi saya. Kiranya memang stok bersih yang masuk 200 keping :) Kebanyakannya setem-setem dari Hungary, Poland dan Czechoslovakia. Setem London, UK pun ada. Yang itu, Cekengah belikan. Nanti update lain kali. 

Hari ni tak ke mana-mana sebab saya perlu sudahkan tugas editing. So, sebelum tu, layan setem dulu!

Jumaat, 30 Mei 2014

Guitar Chords Takdir Cinta - Awi Rafael (OST Kusinero Cinta)

'Kusinero Cinta' drama rantaian yang menggantikan 'Bukan Aku Tak Cinta' sudahpun mula bersiaran. Saya tak berkesempatan lagi nak tonton drama ni betul-betul. Tapi, dah beberapa kali dengar lagu temanya.
Kord Gitar OST Kusinero Cinta

Takdir Cinta - Awi Rafael
Ciptaan: Adi 6ixth Sense

Intro :
C F  C F C F Fm

C
Setiap ku bersamamu
                     Am
Perasaanku keliru
            C        Dm
Apakah ini cinta
C                     F
Atau hanya teman saja
                 
G                  C
Semakin lama ku rasa
                         Am
Aku benar benar cinta
                       Dm
Selalu merindukanmu
                           F
Selalu memikirkanmu

G                     C
Hanya engkau yang mampu
              Am
Mencintaiku tulus
 Am          Dm                  
Menyayangiku
    F                G
 sepenuh hatimu

G                     C
Ke mana pun ku pergi
              Am
Pasti ada bayangmu
Am          Dm                      
Menghantuiku
    F                G
mengusik fikiran

F                                  C
Ternyata kaulah takdir cintaku
F                                C       G      
Hujung pelabuhan hatiku


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Save Paper, Save The Planet

Suka tengok tissue dispenser di bawah :) Well, sebenarnya ini iklan kempen 'Save Paper' WWF.

Sumber imej: Boredpanda

Let's Go Green!

Guitar Chords 'Ayuh Tinggalkan Dia' - Encik Mimpi

Saya suka dengar lagu ni sebab lagu & liriknya bersahaja. Straight to the point ajak si gadis tinggalkan kekasih hati. OK, ini kord gitarnya yang dikongsi sendiri oleh Encik Mimpi melalui facebook page 'EncikMimpiMusic'.


Kord Gitar dan Lirik Lagu Encik Mimpi - Ayuh Tinggalkan Dia

Em Am
Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya
D G
Entah bagaimana kau sanggup bersamanya
C Am
Aku lihat dia taklah sekacak mana
B
Ai geram hati ku rasa

Em Am
Di sini ku sedia menggantikan tempatnya
D G
Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya
C Am
Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa
B
Janganlah tunggu lama-lama

Am
Oh sayang sayang sayang sayang
D
Sejuta kali sayang
G C
Tiada yang ku sayang selain kamu sayang
Am B Em E
Sayang ku pada kamu takkan menghilang

Am
Oh rindu rindu rindu rindu
D
Sejuta kali rindu
G C
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu
Am B Em E
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku

Am
Sayang, ku kan setia
D G
Akan ku pastikan kamu bahagia
C Am
Takkan ku biarkan kamu menderita
B Em E
Tanpa rasa cinta

Am
Sayang ku kan mencinta
D G
Lebih dari apa kau dapat darinya
C Am
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna
B Em
Tinggalkan lah dia
B
Ayuh~
Em
Tinggalkan lah dia

Em Am
Akan ku binakan mu istana bahagia
D G
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta
C Am
Yang akan melindungi kamu setiap masa
B
Kerna kamu sang puterinya


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



Resepi Roti Jala

Meh 'menjala'. Buat untuk sarapan atau minum petang :)

Resepi Roti Jala


  • 1/2 kg (500g) tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 400 - 500ml air
 
  • 2 sudu besar mentega cair
  • minyak masak/mentega/marjerin untuk melenser
  • beberapa helai daun pandan

  • acuan roti jala
  • kuali leper

Cara-cara:
  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar.
  2. Buat lubang di tengah mangkuk. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan 1 sudu besar mentega ke dalamnya.
  3. Kacau adunan menggunakan 'whisk' hingga sekata dan tidak bergentel.
  4. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan menjadi bater roti jala yang tidak terlalu pekat.
  5. Tapis dengan penapis halus.
  6. Rehatkan adunan buat seketika.
  7. Panaskan kuali leper di atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas/mentega dengan daun pandan. (Ambil beberapa helai daun pandan, ikat dengan getah.)
  8. Isikan sedikit bater ke dalam acuan roti jala.Tebarkan acuan membentuk juraian bulat. Biarkan masak seketika. Kemudian gulung.Ulang proses sehingga bater habis.
  9. Hidangkan bersama kari atau sanuk durian.

Khamis, 29 Mei 2014

Sampai Menutup Mata - Acha Septriasa (OST Heart 2 Series)

Teringin main lagu ini sebab semalam tengok Heart 2 Series di Astro Ria. Lama tak dengar, bila dengar balik sedap pulak!

Kord Gitar 'Sampai Menutup Mata' - Acha Septriasa (OST Heart 2 Series)

C G
Embun di pagi buta
Am Em
menebarkan bau asa
F C
detik demi detik ku hitung
D G
inikah saat ku pergi


C G
Oh tuhan ku cinta dia
Am Em
Berikanlah aku hidup
F C
takkan ku sakiti dia
D G
hukum aku bila terjadi

(Chorus)
Am Dm
aku tak mudah untuk mencintai
G C
aku tak mudah mangaku ku cinta
F B7
aku tak mudah mengatakan
E
aku jatuh cinta

Am Dm
Senandungku hanya untuk cinta
G C
tirakatku hanya untuk engkau
F Dm
tiada dusta sumpah ku cinta
E Am G F
sampai ku menutup mata
Dm G C
Cintaku sampai ku menutup mata

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

...and the balance is RESTORED!

Akhirnya, lepas Maghrib tadi saya senyum lebar nampak limo masuk ke pekarangan rumah. My Cekebon & Cekengah is back!!! Seminggu lebih jugalah mereka berada di London, ziarah adik & adik ipar saya sambil bercuti di sana. Sepanjang tempoh tu, sasau saya dibuatnya sebab rutin harian macam lari! Tak ada regu nak lawan gaduh. Tak ada orang yang saya nak usik/sakitkan hati ;)

Bertambah-tambah gumbira, ada banyak souveniers! Alhamdulillah! Diorang kat sana, mana-mana pergi asyik teringat si Along yang 'tercicir' kat Malaysia. Hehehe,...

"Long, tolong..."

"Long, esok nak lauk berlada."

Saya sengih dengar permintaan-permintaan Cekengah bila dah ada kat rumah. Lama tak dengar dia 'merengek' request itu ini. Right at that moment, I knew the balance in this house is restored! :)




Logo Halal yang Sah & Diperakui

Sekadar perkongsian buat rujukan bersama. Ada logo-logo halal mengikut negara, sah dan diperakui setakat 7 Februari 2014. Sumber - www.halal.gov.my



Rabu, 28 Mei 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Mari! Mari! Mari! Join segmen blogwalking anjuran adik Izzati Amira. Saya tengok banner kiut miut + ceria terus hati terpaut. Dapat pula hadiahnya 'washi tapes'! Syok! Ada rezeki boleh tambah koleksi washi tapes saya :) Oh, tunggu apa lagi, klik banner di bawah ye. Kita meriahkan segmen ni sambil tambah kenalan baru.


Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Selasa, 27 Mei 2014

Jagung 4 Minit!

Selalunya apabila saya seorang diri di rumah dan teringin nak kunyah something, saya memang akan buat 'Jagung 4 Minit' nih. It's kind of an instant fix untuk sindrom 'gatal gigi' saya. Apa yang menariknya, untuk sediakan jagung ni mudah dan sekejap sahaja! Hanya perlu setongkol jagung, microwave dan masa 4 minit! Tak percaya? Tengok siri gambar di bawah yang saya sediakan :)


Simple je kan?! Tak perlu susah-susah cari periuk, isi air dan terkial-kial nak rebus jagung. Saya paling suka betapa senangnya kita nak buang kulit dan rambut-rambut jagung tu setelah dimasak dalam microwave. Sekiranya inginkan rasa lebih sedap, sapukan dengan mentega dan sedikit garam. Saya suka makan macam tu je.

Isnin, 26 Mei 2014

Ahad, 25 Mei 2014

Aku Memilih Setia - Fatin Shidqia (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar dan Lirik Lagu Nyanyian Fatin Shidqia – Aku Memilih Setia

(Intro)
G D C G Am D G

G C
Ada banyak cara Tuhan menghadirkan cinta
D G
Mungkin engkau adalah salah satunya
Em Am
Namun engkau datang di saat yang tidak tepat
C D G
Cintaku telah dimiliki

(Chorus)
C D Em
Inilah akhirnya harus ku akhiri
Am D G
Sebelum cintamu semakin dalam
C D Em
Maafkan diriku memilih setia
Am G C D G
Walaupun kutahu cintamu lebih besar darinya

G C
Maafkanlah diriku tak bisa bersamamu
D G
Walau besar dan tulusnya rasa cintamu
Em Am
Takkan mungkin untuk membagi cinta tulusku
C D G
Dan aku memilih setia

(Chorus)
C D Em
Inilah akhirnya harus ku akhiri
Am D G
Sebelum cintamu semakin dalam
C D Em
Maafkan diriku memilih setia
Am G C D G
Walaupun kutahu cintamu lebih besar darinya
C G Em Am G
Oh ohhh uhuuu

Am D G Em Am D

Am G
Seribu kali logika ku untuk menolak
Am G D
Tapi ku tak bisa bohongi hati kecilku
Am G Em
Bila saja diriku ini masih sendiri
Am G C D
Pasti ku kan memilih, kan memilih kamu

Ulang (Chorus)

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Sabtu, 24 Mei 2014

Dek Kerana Makarun Kelapa Fafau!

Khamis lalu, saya lepak depan TV, tengok cerita baru 'Kerana Terpaksa Aku Relakan'. Sambil-sambil tu jenguk blog la kononnya. 

Sementara nak menunggu berita pukul lapan, ada iklan Pertandingan Teh Tarik anjuran F&N diikuti dengan promo susu pekatnya. (Saya tak pasti iklannya sekali atau dua iklan berbeza sebab mata kat i-pad) Tapi dalam iklan tu, Fara Fauzana edarkan biskut makarun kelapa yang nampak tempting sangat kepada orang ramai untuk dirasa. Biskut tu dapat pujian hebat sebab salah satu ramuan pentingnya ialah susu pekat F&N.

Tiba-tiba saya perasan peningkatan pada bilangan pengunjung di blog. Blog 'orang biasa-biasa aje' macam saya ni, manalah biasa dapat banyak-banyak visitor datang berkunjung serentak. Terus saya jadi pelik. Apasal nih? Refreshed blog beberapa kali. Bilangannya makin meningkat. Aikk?! Saya tak buat sebarang entri baru pun yang boleh tarik trafik berdesup-desup ke FAMF Tower.

Rupa-rupanya,..



Orang dok cari resepi makarun kelapa! Kebetulan saya pernah tulis entri resepi Makarun Kelapa empat tahun lalu. Maka secara tak langsung, dek kerana biskut makarun kelapa si Fafau, meriah blog saya dengan pengunjung :)

*By the way, bagi yang berminat nak buat makarun kelapa, boleh cuba resepi version saya :)




Adoyyyaaaiiii! Oh Cadbury!


Emmm, baru je beli beberapa hari lepas... Belum sempat makan lagi. Alhamdulillah, dengan izin Allah, perkara ini terbongkar. Kita terhindar dan terpelihara daripada terus makan benda yang selama ini kita ingat halal.

Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah (Easy Guitar Chords)

Hehehe personally, saya biasa-biasa je dengan lagu OST Ariana Rose but my Cekengah loves this song very much! Suka sangat-sangat! Sebenarnya, ni kes rindu adik lah ni. Since Cekengah & Cekebon pergi bercuti, saya kebuntuan kat rumah tak ada orang nak dikacau. Masa nilah terngiang-ngiang suara Cekengah nyanyi lagu ni. Itu yang tak pasal-pasal belajar main 'Di Pintu Syurga'.

Miss you, 'Gennn'!

Kord Gitar & Lirik 'Di Pintu Syurga' - Dayang Nurfaizah 
(OST Ariana Rose)
(Intro)

C Am D Dm E Am
G F E Am F Am
Dm E
Segalanya kaku
Am
Hati terus menangis

Dm G
Bila mengenangkan
C
Dirimu telah tiada
D Dm
Kau pergi tanpa pesan
E Am
Tinggal aku sendiri

D Dm
Menghitung hari
E Am
Tiada daya meneman sepi
(Chorus)

A D Dm
Duhai kekasih hati
G C

Katakanlah padaku
Am Dm
Bahawa semua ini
G C
Hanya igauan mimpi
A Dm
Aku tak sanggup kasih
E Am
Kehilangan dirimu

Dm E
Walau sedetik rindu mencengkam
Am
Terasa pedih
(Ulang Chorus)
Dm E
Doaku kasih kita bersua
Am
Di pintu syurga


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Khamis, 22 Mei 2014

Lagu Best 'Selepas Berpisah' - Fitri Hakim (OST Fajar Aiman)

Baru hari ini saya tonton drama Fajar Aiman di TV3. Jalan cerita macam menarik je. Lagu-lagunya pun boleh tahan. Antara lagu yang memancing perhatian saya ialah 'Selepas Berpisah' nyanyian Fitri Hakim. Syahdunya lenggok suara dia mendendangkan lagu nukilan Edry KRU ni.

Kebelakangan ini, saya memang suka lirik lagu-lagu Edry. Tanpa perlu menggunakan bahasa yang terlalu puitis & berbunga-bunga, Edry berjaya meninggalkan impak melalui bait-bait lirik yang dihasilkan. Seperti 'Andai Ku Bercinta Lagi' dan 'Romancinta', 'Selepas Berpisah' berjaya sampai ke hati pendengar melalui terjemahan rasa dan bahasa yang tidak 'complicated'. Kita digambarkan dengan perasaan lara si pemuda yang memohon agar dia dapat meneruskan hidup sesudah ditinggalkan cinta hati. So touching! Saya kongsikan liriknya di sini ye,...

Lirik Lagu SELEPAS BERPISAH - Fitri Hakim
Ciptaan : Edry Abdul Halim
Hakmilik Rakaman : KRU Music Sdn Bhd

Dapatkan kord gitar 'Selepas Berpisah' di sini.

Tersentak hatiku bila kamu luahkan padaku
Hasrat untuk putus dari terus menyayangi aku

Kau bilang dah punya insan lain yang mahu mengganti
Memaksa ku tanpa relaku

Selepas berpisah
Dapatkah ku jatuh cinta lagi?
Setelah didusta rasa yang paling ku percaya

Namun ku pasrah untuk melepaskan dikau pergi
Ku mohon kau doa ku mampu bernyawa selepas berpisah

Bagaimana aku bisa sembuh dari parah ini?
Ataupun ditakdir sepi hingga hembusan terakhir

Moga kau bahagia dengan dia sepanjang hayatmu
Biar aku berselubung pilu

Nak layan lagu ni? Cari di youtube, channel rasmi KRU Music. Kalau dah terpaut, boleh juga dapatkannya di i-tunes.

Lagu-lagu lain drama Fajar & Aiman



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.



Dah Jadi Kad Dah,...

Ingat lagi tak pembalut hadiah yang saya cerita semalam? Sebenarnya, saya dah 'korbankan' untuk buat kad. Cekengah saya minta saya tolong buatkan belated birthday card for our sister-in-law sebab dia nak bagi sendiri by hand
Sebelum

Selepas

Memandangkan adik ipar kami suka travel dan sekarang berada di London, sesuai sangatlah bahagian bendera tu dijadikan tema kad. Istimewanya, ini bukan sebarang kad. This is an 'endless card' atau turut dikenali sebagai 'never ending card'. Apa tu?! Nanti saya terangkan dalam kesempatan lain ye.


Rabu, 21 Mei 2014

Elsa (Frozen) Muncul dalam Once Upon A Time

Siapa tengok TV show ni? Once Upon A Time dah sampai musim ke-3 dah. (Baca mengenainya di sini) Baru beberapa minggu lepas aired season finale. Saya suka tonton cerita ni sebab jalan ceritanya banyak sangat twists. Apa sahaja watak fairy tales yang dimasukkan ke dalam cerita, pasti ada kaitannya dengan Regina (The Evil Queen) atau Rumplestiltskin.

Menariknya, cerita yang penuh dengan watak-watak yang kita kenal dan familiar (Belle Beauty & The Beast, Red Riding Hood, Captain Hook, Snow White & Prince Charming) akan 'import' Elsa. Yes. Elsa dari animasi popular Frozen yang cipta fenomena tu!

Kredit Imej: ABC Entertainment
Siapa yang mainkan peranan Elsa dan kenapa pula si Elsa ni muncul di Storybrooke kena tunggu Season  4 lah :)


Appeared masa last scene. (Picture: ABC Entertainment)


Oy, mate!

Ini kertas pembalut hadiah a.e.i.o.u studio. Berkenan betul saya! Saya beli sebab sesuai untuk buat kad@scrap page yang bertemakan travel. Warnanya rich! Kertasnya pun agak tebal. So, sesuailah guna untuk projek kraf kertas.

Cara Buat Huruf-huruf Blok

Cekebon saya yang dedahkan saya dengan huruf-huruf blok a.k.a huruf tiga lima. Kenapa panggil huruf tiga lima? Sebab nak hasilkan satu huruf blok, kita guna ukuran 3 x 5 (kecuali beberapa huruf seperti M & W). Ilmu ni penting untuk dipraktikkan dalam kelas Seni especially time nak kena buat poster. Hmmm,..those were the days ;)

Di bawah ni ada panduan ringkas untuk buat huruf blok.

Kredit imej: kutubkhanahku.blogspot.com



Old MacDonald - Easy Guitar Chords

Dah lama tak pos kord gitar lagu kanak-kanak. Insya-Allah, hujung bulan ni, my kids akan belajar lagu ini untuk sing-a-long session mereka.

Guitar Chords 'Old MacDonald Had a Farm'

C             F     C
Old MacDonald had a farm.

C   G   C
E-I-E-I-O.

               F     C
And on that farm he had a cow.

C   G   C
E-I-E-I-O.


C
With a moo-moo here
And a moo-moo there.
Here a moo, there a moo,
Everywhere a moo-moo.

C             F     C
Old MacDonald had a farm.

C   G   C
E-I-E-I-O.


Ahad, 18 Mei 2014

Guna Semula Tag Roti

 
Bott selalu pelik setiap kali saya ambil tag roti dan simpan dalam kotak kecil. "Nak buat apa? Recycle?"
Heheheh kali ini bukan recycle, tapi reuse. Kita nak guna semula tag roti kat atas untuk cantikkan 'party favours' yang nak diberikan kepada budak-budak. 

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
  • Tag roti (kena kumpul dululah ye...)
  • Permanent Colour Pen/Marker seperti Sharpie

 Cara-cara:
  1. Terbalikkan tag roti.
  2. Lukis mata, hidung dan mulut dengan pen/marker. (Boleh ajak anak-anak untuk lukis bersama anda. Guna kreativiti untuk lukis bulu mata, kening, pipi dan hidung.)
  3. Biarkan beberapa minit hingga kering. 

Haaa,..apabila dah kering, boleh digunakan untuk ikat pek gula-gula seperti dalam gambar di bawah.

The kids will be very excited to get this. Ada kelainan sikitlah,...selalu kita guna reben, kali ni guna tag roti. Selamat Mencuba!!!


Ku Tiba Lagi - Hyper Act (Easy Guitar Chords)

Dah lama nak belajar main lagu ni. Suka part 'chorus'. As usual, easy chords :)


Lirik dan Kord Gitar 'Ku Tiba Lagi' -Hyper Act
(Intro)
5th Fret - C Am G E

(Verse 1)

Am C
Menanti bicaramu menyambut kataku
G F
Bagaikan puisi mimpi mengindahi lenaku
Am C
Hadir cahayamu menari dimataku
G
Lembut jiwa menyambutku
F
Mimpi kita bersatu

(Bridge i)
Dm
Dan ku mengharap
F G
Sinar hatiku bertemu


(Chorus)

C
Kutiba lagi
E
bersama rasa rindu datang bertamu
Am
Di ruang hati kecil yang berbicara
F
Ingatilah diriku ini bersama
G
Kenangan itu

C E
Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan
Am
Gugurnya ke bumi menjadi impian
F
Takkan ku lepas apa yang ku harapkan
G C
Kerna ku untuk mu


Am G E


(Verse 2)

Am C
Apa mungkinku melakari memorimu
G
Di wajah langit membiru
F
Awan putih tintaku
Am C
Bersama kita mengejar rasa sempurna
G
Walau hakikat ku tahu
F
Mimpi tiada bersatu

(Ulang Bridge i & Chorus)
(Bridge ii)

Am C G
Takkan lena walau seketika
E
Bisikan mimpi pasti berbicara
Am C G
Tak pernah jemu menanti dirimu
E
Hingga kau menjelma


(Ulang Bridge i & Chorus)

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Jumaat, 16 Mei 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

Selamat Hari Guru! Blogger HH anjurkan GA khas sempena mengenang jasa & pengorbanan para pendidik kita. Jom meriahkan GA ni :). Klik pada banner di bawah.


Buat SEMUA PENDIDIK, tidak kiralah apa gelarannya:- guru, cikgu, ustaz, ustazah, teacher, sir, sensei, sifu,... SELAMAT HARI GURU! Terima kasih yang tidak terhingga atas setiap jerih payah dan pengorbanan kalian dalam mendidik generasi pewaris negara. Terima kasih atas ‘cahaya’ yang akan lestari menerangi kehidupan kami. Jasa,  keluhuran budi dan kecekalan kalian akan terus hidup dalam setiap langkah kami.

Ucapan istimewa untuk guru- guru yang pernah mengajar saya, baik secara langsung mahupun tidak, bakti kalian akan malar segar dalam ingatan. Tunjuk ajar kalian menjadikan saya insan yang lebih baik.
Sesungguhnya guru adalah pahlawan, cuma kalian tiada pingat tanda jasa.


*Selamat Hari Guru untuk Brother HH juga :)

Mendua - Astrid (Easy Guitar Chords)

Antara lagu pilihan saya untuk minggu ini :)

Guitar Chords  'Mendua' Astrid

(Intro)
Am D G Em

Am D G Em
ku tak habis pikir kurangku dimana
Am D G B
kau tega melepaskan aku

Em
jauh ku menatap namun terlalu jauh
Am D G
imajinasiku terberai
Am G
terdiam aku beku tanpamu
C Em
dimanakah letak hatimu

(Chorus)
Am D G Em
kau putuskan tuk mendua
Am D G Em
dengan dia di belakangku
Am D G Em
padahal ku pilih kamu
Am D G
jadi cinta terakhir

Em
ku tak habis pikir kurangku dimana
Am D G B
kau tega melepaskan aku

Em
jauh ku menatap namun terlalu jauh
Am D G
imajinasiku terberai
Am G
terdiam aku beku tanpamu
C Em
dimanakah letak hatimu

(Chorus)
Am D G Em
kau putuskan tuk mendua
Am D G Em
dengan dia di belakangku
Am D G Em
padahal ku pilih kamu
Am D G
jadi cinta terakhir
Am D G
jadi cinta terakhir

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Tajalah Sepohon Pokok - Program Go Green! Tesco


Dengan perlaksanaan kempen ini, matlamat TESCO adalah untuk menanam 500 ribu pokok dalam masa tiga tahun. Demi mencapai misi menghijaukan bumi ini, kita boleh mengambil bahagian dengan menaja sebatang pokok. Bagaimana? Mudah saja iaitu melalui pembelian 'fridge magnet' (seperti di dalam gambar di atas). Jadi, sekiranya ada peruntukan bajet, bolehlah beli 'fridge magnet' yang comel-comel ini. It's a good way untuk beri exposure pada anak-anak tentang kepentingan menjaga alam sekitar. 

Let's Go Green!

Khamis, 15 Mei 2014

Kad Penghargaan Buat Pahlawan-pahlawan Tanpa Tanda Jasa

Sebenarnya saya dah siapkan semua tempahan Kad Hari Guru dari minggu lepas lagi. Alhamdulillah, tiba-tiba semalam dapat 'last minute order' daripada colleagues Cekengah. Untuk diberikan kepada guru-guru anak-anak mereka sempena Hari Guru Jumaat ini.

Kebetulan semalam saya memang free. So, this is the last batch of my Teacher's Day Cards for this year :) 8 keping. Semuanya personalised, letak nama guru berkenaan. On short notice, ini yang terbaik dapat saya hasilkan. Harap mereka akan berpuas hati.

Fresh from the oven,..

Selasa, 13 Mei 2014

Tutorial Kraf - Cara Buat Sampul Surat Mini daripada Bentuk Hati

Sampul surat kecil daripada bentuk 'love' ni sangat mudah dibuat. Saiz sampul surat bergantung kepada besar atau kecilnya bentuk 'love' yang kita potong. Apa yang penting, potongan 'love' tu biar simetri. Jangan pula buat sebelah lengkung besar dan sebelah lagi lengkung kecil :)



Nak buat apa sampul ni? Hehehe cuba lihat di sini.

Cara Masukkan 'Email Me' Button ke dalam Blog

Mahukan 'Email Me' Button seperti ini dalam blog anda?

'Email Me' Button di http://craftsbyfarrah.blogspot.my
Ikut langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Pilih imej yang sesuai. Boleh gunakan imej anda sendiri atau google imej  'Email Me'. Muat turun yang berkenan di hati & save ke dalam komputer.
  2. Masuk ke akaun blogger anda.
  3. Pilih 'Layout'.
  4. Pilih 'Add A Gadget'
  5. Pilih 'Image'. Anda akan lihat paparan ini.
     

  6. Isikan 'Title' dengan tajuk yang anda mahukan seperti 'Emel Saya' atau 'Hubungi Saya'
  7. Jika ingin tulis pesanan tambahan, isikan di 'Caption'
  8. Pada bahagian 'Link', padam http:// dan gantikan dengan mailto:alamat email anda
  9. Jika imej yang dipilih berada dalam komputer anda, browse imej tersebut. Jika tidak, pilih 'From The Web' dan letakkan URL imej yang dikehendaki. Pilih 'Shrink to fit' sekiranya perlu.
  10. Tekan butang 'Save'. Kemudian, bolehlah alih kedudukan 'gadget' ini di 'Layout'.
Selesai!Selamat Mencuba!

Jom sertai WhoHAA! Baca, Kumpul, Tebus!


Apa itu WhoHAA?! Saya sendiri sudah beberapa kali membaca mengenai program ini tetapi tidak tergerak hati untuk mendaftar sehinggalah ke hari ini. Secara asasnya WhoHAA! boleh dianggap sebagai satu platform pengiklanan di antara pengeluar produk (pengiklan) dengan pengguna.


 
Menarik kan?!

Saya simpulkan WhoHAA! dalam 3 langkah mudah:
  1. Setelah mendaftar, baca iklan di laman WhoHAA! Jawab soalan mudah atau kunjungi pautan pengiklan.
  2. Kumpul mata (earning points).
  3. Tebus mata dengan ganjaran-ganjaran yang hebat!
Berminat? Marilah daftar WhoHAA! sekarang. (Klik pautan ini.)


Sampul Surat Mini - 'Embellishment' untuk Kraf

Selamat Hari Wesak! Selamat Bercuti! Cuti-cuti begini saya lebih selesa menghabiskan masa di bilik kraf saya :) Nak pergi jalan-jalan takut penat hihihi. Oh, hari ini saya nak tunjuk 'mini envelopes', sampul surat mini yang kecil & comel,...sesuai untuk kita jadikan hiasan (embellishment) pada kad ucapan atau projek kraf yang lain.

Comel kan?!
 Di bawah ini pula, contoh penggunaan 'mini envelopes' pada kad ucapan sempena Hari Ibu yang saya hasilkan baru-baru ini.

'There is no doubt,..I just love you!'

Lihat Tutorial Kraf - Cara Buat Sampul Surat Mini daripada Bentuk Hati

Amalan Supaya Lebih Khusyuk Dalam Solat

Perkongsian untuk hari ini.

Sebelum mula bersolat, bacalah:

1. Surah Al-Mukminun, Ayat 96-98

Terjemahan Ayat:

Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu (96)

Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari hasutan Syaitan-syaitan. (97)

"Dan aku berlindung kepada-Mu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku". (98)

2. Surah An-Nas


Laksanakan amalan ini dengan istiqamah. Insya-Allah, mudah-mudahan hati dan minda akan lebih tenang dan khusyuk ketika beribadat.

Si Tukang Jahit


Lokasi: Bilik Kraf
Masa: 11.45malam
Menyiapkan tempahan kad 'Hari Guru' oleh Cekengah untuk cikgu sekolah jahitnya. Hehehe nampak tak mesin jahit antik dan pita pengukur tu? Memang special-khusus-teristimewa untuk cikgu tukang jahit ;) Sambung hias esok!




'All of Me' - John Legend (Easy Guitar Chords)

Sangat suka lagu ini! First time dengar kat radio, terus terlintas di kepala saya, "I need the chords!" Sekarang memang jadi lagu pilihan utama untuk strum petang-petang ;)



Kredit Imej: hdw.eweb4.com

'All Of Me' - John Legend (Lirik & Kord Gitar)

(Intro)
Em C G D


(Verse 1)
Em                     C                                           G
What would I do without your smart mouth?
                        D                                         Em
Drawing me in, and you kicking me out
                              C                        G                       D                       Em
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
                          C                                      G
What's going on in that beautiful mind
                        D                            Em        
I'm on your magical mystery ride
                 C                            G                                      D            Am
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright


(Pre-Chorus)
Am                            Em
My head's under water
        D                        Am
But I'm breathing fine
                                  Em                     D
You're crazy and I'm out of my mind


(Chorus)
              G
'Cause all of me
            Em
Loves all of you
                       Am
Love your curves and all your edges
                  D
All your perfect imperfections
                    G
Give your all to me
                      Em
I'll give my all to you
                    Am
You're my end and my beginning
           D
Even when I lose I'm winning
                                Em   C      G  D
'Cause I give you all of me
                                 Em   C      G  D
And you give me all of you, oh


(Verse 2)
Em                C                                         G
How many times do I have to tell you
                        D                                               Em
Even when you're crying you're beautiful too
                              C                    G                       D                          Em
The world is beating you down, I'm around through every mood
                          C                                     G
You're my downfall, you're my muse
                                   D                                  Em       
My worst distraction, my rhythm and blues
                 C                          G                        D            Am 
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you


(Ulang Pre-Chorus & Chorus)


(Bridge)
                Em   C      G 
Give me all of you
Am                    Em                D                        Am
Cards on the table, we're both showing hearts
                    Em                        D 
Risking it all, though it's hard


(Ulang Pre-Chorus & Chorus)


Writer(s): Toby Gad, John Stephens
Copyright: Emi April Music Inc., Gad Songs LLC

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...