Jumaat, Oktober 31, 2014

Hafiz Hafizol Paling Kreatif

Ini entri sambungan Jom Cuba Nasib - Bila Masih di Langit. Hari Selasa, saya kongsi search keywords Nuffnang yang saya rasa menarik. Kemudian, saja-saja ajak kawan-kawan yang berminat untuk cuba buat ayat menggunakan 'bila masih di langit' (ambil dari search keywords tersebut). Tak sangka tau,..yang ambil bahagian bukan main lagi berbakat! Puitis,..bermadah pujangga! Jangan lupa intai entri di atas untuk baca ayat-ayat mereka. 

...dan ini ayat ciptaan pemenangnya!

Minta ayat, dapat sajak tau!

Tahniah Hafiz! Tepuk tangan sikit :)
Nanti tolong emelkan alamat surat menyurat pada akak ye - faidamf[at]gmail.com.

Tahniah juga buat Acik Watie, Scha, CT Humairah dan aRz Moha yang sporting! Kalian memang best!!





Khamis, Oktober 30, 2014

Beli Rumah untuk Along

Comel tak rumah ni?

Butter Cookies
Ini ole-ole daripada adik ipar saya, Dhila. Semasa sedang tunggu flight dari Bangkok ke Kuala Lumpur, she came across this adorable box of butter cookies. Adik ipar saya ni antara insan terdekat yang betul-betul memahami minat saya dalam kraf. Kalau jumpa gambar benda-benda yang crafty di internet, dia akan forward pada saya. So, bila dia nampak kotak biskut comel ni, terus dia beli!

"Beli rumah untuk Along. Kotak ni along boleh guna untuk kraf!"

So sweet! Thanks so much, Dhila! Gumbira hati Along dapat rumah sebijik! Dua tingkat lagi! Bumbung tu boleh diangkat. Saya dah dapat idea nak buat apa dengan kotak ni. Projek hujung minggu. Tunggu ye!


Update

Rumah untuk Along dah jadi! Lihat hasilnya di sini :)

Mbak, biar kita bantuin!

Petang semalam, saya ada home tuition. Rumah pelajar saya sedang buat construction di bahagian luar dan dapur. Rasanya dah nak masuk bulan ke-2 dah. So, saya biasalah terserempak dengan pekerja-pekerja yang buat pembinaan setiap kali ke sana.

Nak dijadikan cerita, semalam entah apa masalahnya kekisi pintu utama rumah jammed. Tak boleh bukak! Puas saya dan student main tolak tarik. Seorang dekat luar seorang dekat dalam. Muka student saya dah berubah dah. Parents tak ada. Kerja. Tak kan nak belajar kat depan pintu pulak! Ada satu lagi pintu di dapur. Tetapi tak boleh nak lalu sebab barang-barang constructions semua penuh dekat situ. Mati akal saya sekejap. Kalau ikut hari biasa, boleh je batalkan kelas. Tetapi, budak ni tengah exam...

"Mbak, biar kita bantuin." 

Rupa-rupanya salah seorang pekerja terperasan masalah yang kami hadapi. Masa dia cakap tu, saya ingat dia nak tolong tarik pintu ke,..cuba letak minyak dekat engsel ke,..Then, saya dengar dia cakap kat pekerja-pekerja yang lain...

"@#g*!...(tak dapat tangkap dia cakap apa) ...pintu....@$*wd@ bla..bla..bla.. cikgunya mau mengajar nih!"

Kemudian, saya nampaklah beberapa orang pekerja lain bergegas ke sana ke mari. Diorang buat apa? Pintu ni bila nak tolong tengok?

"Mbak, silakan!" 

Saya pandang anak murid saya. Anak murid saya pandang saya. Dalam keadaan clueless, saya pun ikutlah pekerja tu ke bahagian belakang rumah. Terus saya ternganga! Mereka siapkan laluan untuk saya! Bayangkan,..mereka susun kampit-kampit simen dan kemudian letak papan supaya saya boleh meniti dan masuk ikut pintu dapur! Saya tak tahulah lebar mana saya senyum sebab impressed tengok titi saya. Rasanya berbuih mulut jugaklah saya cakap terima kasih.

Dan bertitilah saya atas papan dan simen tu,...nervous sebab saya ni clumsy. Dapat pulak berpasang-pasang mata tengah pandang,..silap perhitungan ada gempa bumi kecil pula yang berlaku! Alhamdulillah! Selamat sampai ke pintu!

Nota Senyum: Tahun ni banyak pengalaman manis masa mengajar!Oh, hari ni hari terakhir untuk cuba nasib dengan 'Bila Masih di Langit' :)

Rabu, Oktober 29, 2014

Dahsyat Betul Mommy-to-be yang Seorang Ini!

Bukan main lagi tau Ayu ni! Tengah-tengah sarat rajin blogwalking lagi. Oh, Ayu sekarang dah joined group komen pukat tunda jugak yea :)  Masuk blog, baca komen yang nak kena approve dan sebahagian besarnya daripada Ayu. 23! Kagumlah. Pakai bateri apa, dik? Energizer? Duracel?

Antara komen-komen Mommy-To-Be yang berseri-seri ni :)
Jom kita jengah blog Ayu pula!

Thanks so much, dik! Sudi luangkan masa baca entri dan tinggalkan jejak di blog akak. Please jaga diri dan rehat cukup-cukup. Di kesempatan terluang ini, saya dengan penuh takzim nak ucapkan terima kasih kepada seketumbukan tentera dan pasukan nelayan pukat tunda yang selalu ledakkan bom serta tinggal komen pukal di FAMF Tower. You know who you are hehehe cuma sebelum ni saya tak sempat buat entri tentang kalian ;)

Ooops! Kejap kejap! Ada lagi,...tidak lupa juga rakan-rakan blogger yang lain yang sudi datang intai-intai, jeling-jeling, singgah dan tinggalkan komen (yang tak tinggalkan komen pukal pun saya hargai tau!) Merci! Your simple gestures always make me smile!


Psst! Sempat lagi cuba nasib --> 'Bila Masih di Langit' Saya sediakan hadiah untuk anda :)



Selasa, Oktober 28, 2014

Cork Boards Sudah Tiba!!!

Ingat tak entri saya sebelum ini tentang poskad dari Jerman? Sudi-sudikanlah baca di sini. Disebabkan poskad titipan Aisya yang sangat thoughtful tu, saya dapat idea nak buat board khas,...ala-ala notice board khusus untuk letak kad/kad nama/penanda buku/fridge magnets dan tanda-tanda ingatan lain daripada teman-teman dunia blogging.

Hari ni, cork boards yang saya nak gunakan untuk projek board saya dah sampai! Minta tolong kawan belikan. Dua tiga minggu ni agak sibuk, tak sempat ke kedai jual peralatan kraf. 

Tattadaaaaaa!

Cork Boards
Ada empat keping semuanya. Tetapi, saya tak bercadang nak hias board ni dalam jangka masa terdekat! Insya-Allah, apabila sudah ada progress, saya akan update :)


Psst! Sempat lagi cuba nasib --> 'Bila Masih di Langit' Saya sediakan hadiah untuk anda :)


Jom Cuba Nasib - Bila Masih di Langit

Assalamu'alaikum. Selamat Pagi! Checked akaun Nuffnang dan intai-intai keywords. Cuba tengok kat bawah ni,...

Keywords hits

Guitar chords and crafts tu biasalah. Apa yang buat saya tersenyum ialah phrase 'bila masih di langit' tu. Menarik pulak! Boleh buat tajuk lagu atau tajuk novel gitu! Hmmmmm,...(urut-urut dagu sebab kononnya dapat idea!) OK, kalau minggu lepas kita main teka-teki, (jemput baca di sini), minggu ni kita sambung-sambung ayat pula nak?!

Mari! Mari! Mari! Saya tahu ramai yang berbakat menulis di luar sana. Jadi, apa yang perlu kalian lakukan ialah lengkapkan frasa 'bila masih di langit' menjadi satu ayat yang paling kreatif! Ya, paling kreatif!

'bila masih di langit' perlu ada dalam ayat. Boleh pilih sama ada nak letak di
  • Pangkal ayat- 'Bila masih di langit,...'
  • Akhir ayat- '...bila masih di langit.' ataupun
  • Pertengahan ayat - '... bila masih di langit ...'
Nak guna tiga-tiga sekaligus pun boleh!

Tak perlu buat entri di blog kalian. Saya bukan buat segmen atau GA :) Suka-suka je nak interact dengan rakan-rakan yang rajin singgah di blog. Tinggalkan ayat di ruangan komen. Kali ni kita buat lama sikitlah - sehingga pukul 11.59 malam, Khamis, 30 Oktober 2014. OK?

Seperti sebelum ini, komen-komen 'penyertaan' akan saya approve selepas semuanya tamat! Biar suspen sikit. Selamat Mencuba! Ada hadiah untuk pencipta ayat terbaik!

Nota Senyum: Hadiah untuk Acik Watie & Amy J tak hantar lagi. Busy dengan kerja translation pula. Jadi, tak dan nak ke pejabat pos! Saya hold dulu ye...hantar sekali dengan yang ini nanti.


Kord Gitar Malaikat - Hazama

Simpler version of Malaikat by Hazama.

*Tan, best of luck for your show! Break a leg!

Kord Gitar From FAMF Tower


Kord Gitar dan Lirik Lagu Malaikat - Hazama


(Chorus)
C E
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
F D E
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Am C
Tunaikan semua permintaannya kerna
F Fm
Ku cintanya sungguh-sungguh


C
Pagi petang berlumba
G
Terkejar-kejar masa
Bb F
Cuba bina istana untuk hidup bersama
C
Berkelip-kelip mata
G
paksa diri bekerja
Bb F
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu


Am G
Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
F Ab
Ku tambahkan satu doa untuk kamu


Ulang (Chorus)

C
Lewat ku menyedari
G
kini ku menghadapi
Bb F
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
C
Maafkanlah diriku
G
kerna melukakanmu
Bb F
Terpaksa ku melangkah pergi meninggalkan kamu


Am G
Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
F Ab
Ku tambahkan satu doa untuk kamu


Ulang (Chorus)

Am G
Sampaikanlah rinduku padanya
F Am
Agar dia sentiasa sempurna
F C
Bawalah cinta kita
F Fm
Terbang bersama ke syurga


Sabtu, Oktober 25, 2014

Keringkan Thyme Pula

Hari ini hampir seharian di luar. Outing dengan family kecuali Cekengah yang sekarang ni tengah sambut Diwali di bumi India :) Dah balik, sempat lagi melawat taman herba. 'Tuai' thyme. Nak dikeringkan. Sebelum ni saya pernah keringkan daun pudina. Ingin tahu caranya? Jemput baca di sini :)

Thyme. Sesudah dibasuh. Nak diikat untuk dikeringkan.


Insya Allah, esok saya jalan-jalan ke blog kalian. Dah bookmarked dan buat senarai lagi! Hari ni agak letih. Mata dah ruyup! Selamat Malam!


Jumaat, Oktober 24, 2014

Jom Cuba Nasib - Cikgu, kenapa siput babi jalan lambat?


Kebiasaannya, sebelum memulakan kelas bersama si cilik, mereka yang sampai awal ke kelas akan berkerumun depan meja saya. Sambil perhatikan saya asingkan buku, potong kertas, sediakan bahan mengajar,...akan ada segmen teka-teki. (Haa,...jangan ingat blog aje yang banyak segmen!) Mereka akan tanya teka-teki, saya akan cuba jawab. Tiap-tiap hari macam tu. Banyak betul teka-teki yang budak-budak ni tahu!

OK. Teka-teki ini malam tadi punya.

Kenapa siput babi jalan lambat?

Siapa nak jawab, jawab cepat! Nak buat interesting sedikit, siapa yang pantas menjawab akan dapat 'something' daripada saya. Tetapi, ada twistnya di sini. Selain jawab teka-teki tu, kalian kena guna daya fikir sendiri untuk kaitkan rasionalnya dengan kehidupan kita. Dalam erti kata lain, explain dulu kenapa si siput babi ni jalan lambat. Then, gunakan jawaban anda untuk tunjukkan bagaimana it can be reflected to our lives. Faham tak? Gunakan kreativiti kalian. Jangan copy paste dari blog lain pula ye.

Nyatakan jawaban dan pandangan kalian di ruangan komen di bawah. To be fair, saya tidak akan approve sebarang komen sehinggalah pukul 11.59 malam nanti :)

Jumpa nanti selepas kelas-kelas saya tamat!



Khamis, Oktober 23, 2014

Kebabommmm! Nur As, ekau buek apo nih?

Hahaha jangan panik! Adik Nur As kita ni tak buat apa-apa. Tak buat apa-apa! Cuma dia tinggal komen pukal je,...Fikir jap....Ermmm, rasanya istilah 'komen pukal' is an understatement. Tak sesuai! Ni dah masuk kategori ledakan komen. Pakai explosives gitu. Kebabommmmmm!!!

Malam tadi, dengan mode anak dugong kenyang (pergi open houselah katakan,..), saya sempat terjah beberapa blog rakan-rakan. Lambatlah juga masuk tidur. Buka blog pagi tadi, terbuntang mata saya sekejap. 44 komen?! Bukan sebelum bobok dah approved semua komen ke? 

Daripada 44 komen tu, 42 daripada Nur As! Rupa-rupanya by the time saya logged out, Nur As datang meninggalkan jejak. Tak cukuplah! Meninggalkan jejak-jejak, footprints, paws,...

Sebahagian kecil daripada komen-komen cik adik ni.

Terima kasih banyak-banyaklah, dik! Kunjungan dan setiap komen Nur amat akak hargai. Sayang sikit! Mmmuaaaahhhhhh! Harap tidur malam tadi tak ngigau sesat dalam tower akak ;)

Nota Senyum: Nantikan akak datang ketuk pintu. Tapi, kalau nak bagi komen sebanyak ini, tak mampu kot. Awal-awal akak kena angkat bendera putih. Line broadband ala-ala 'snail-swine' (translate sendiri ye..hehehe). Mau makan tiga hari tiga malam tu!

Rabu, Oktober 22, 2014

Happy Diwali, Cuti dan Tortina,..

Selamat pagi! Selamat bercuti semua!
Hari ini buka mata jadual saya dah bersusun-susun!

...breakfast & gathering dengan family

...edit 3 bab terakhir manuskrip (Bunyi macam simple tapi bila tinggal 3 chapters nilah penyakit malas saya semakin menebal!)

...siapkan tempahan kad ucapan
Saya kena buat personalised invitation cards untuk 30 orang.

...hadiri beberapa open house kenalan yang sambut Deepavali.


Insya-Allah, kalau saya tidak terlalu kenyang (nampak tak ada niat nak makan banyak tu ahaks!) hari ini saya akan balas komen-komen dan singgah Deepavali ke blog kalian. Akan ku gagahkan jua walaupun sekarang ni mood blogwalking agak merudum. Musim line menyiput!

Loacker Tortina
Ini untuk umpan diri. Bott tengah simpan tortina ni jauh-jauh daripada saya. Saya akan dapat makan as rewards hanya setelah saya berjaya sudahkan kerja editing by the end of the day. Semangat! Semangat! Tolong doakan tortina ni jadi milik taste-buds saya hehehe ;D

Ta Ta Ti Ti Tu Tu!

Selasa, Oktober 21, 2014

Resepi Mudah: Kentang Bakar Mustard

Satu lagi resepi berasaskan kentang. Mustard Baked Potatoes. Sedap tau! Nak cuba? Silakan. Boleh pakai sebarang jenis sos mustard yang kalian ada di rumah. Tidak kiralah yellow mustard ke... honey mustard ke... dijon mustard...apa sahaja pun boleh.


Bahan-bahan untuk kentang bakar

Kentang dibasuh bersih-bersih, dibelah kemudian direbus. Jika tidak mahu rebus dahulu pun tak mengapa, tetapi nanti kena bakar lama sedikit.


Sedia untuk dibakar.

Pastikan ketulan kentang tidak bertindan. Bakar pada suhu 230 darjah celcius selama 30 minit.


Hidangan kentang bakar mustard.


Dah siap! Jemput makan!

Isnin, Oktober 20, 2014

Bukan Hadiah GA Tau!

Tengah hari tadi, saya terima kunjungan daripada Aunty N, kenalan lama Cekebon saya. Dah lama tak jumpa Aunty N. Anak-anak aunty N ni semua merasa belajar dengan saya. Sekarang dah besar-besar, dah kahwin dan berkeluarga. (Aikk,..apsal tiba-tiba rasa diri macam dah tua bebenar nih?) Anak gadisnya yang bongsu, Dihah (sekarang Tingkatan 2) paling lama berguru dengan saya. Tuisyen kat dewan,..home tuition,..group tuition semua dia pernah rasa heheh.

Aunty N dan keluarganya sangat mesra dan friendly. Bayangkanlah jika saya datang mengajar si bongsu di rumah mereka, ada sahaja yang dibekalkan untuk dibawa pulang. Sekiranya ketika itu ada ahli keluarga yang masak sesuatu di dapur, saya akan turut dapat share semangkuk/sepinggan. Sampai naik segan pula saya tengah-tengah mengajar disajikan dengan makanan. Paling tidak, akan ada air panas yang disediakan buat saya ("Sebab Teacher asthma, elok untuk dada."). Touching, kan?!

Hari ini, Aunty N datang bukan dengan tangan kosong. Aunty N bawa nasi lemak kegemaran saya (Aunty N memang pandai masak!) dan hadiahkan saya sepasang kain potong.

Warna kegemaran saya!
Gembira+teruja+tersentuh dapat hadiah! Alhamdulillah. Terima kasih, Aunty N. Thanks so much,  Dihah. Susah-susah je belikan saya hadiah. Rasanya sepanjang mengajar anak-anak Aunty N, dah macam-macam hadiah saya terima. Malah dah beberapa tahun jugalah saya tak perlu risau fikirkan baju/tudung raya dek kerana pemberian-pemberian Aunty N. Hanya Allah dapat membalas kebaikan dan keluhuran budi kalian. Semoga Allah memurahkan rezeki Aunty N dan keluarga, mengurniakan mereka dengan kebahagiaan berpanjangan dan kehidupan yang penuh barakah.




Sabtu, Oktober 18, 2014

Khabar dari Jerman

Terharunya saya tidak terkata! Beberapa hari lepas, terima poskad daripada Aisya Ibrahim, salah seorang kenalan blogger yang kini sedang menuntut di Germany. Sebelum ini, Aisya memang dah pernah minta alamat untuk hantar poskad sebagai tanda ingatan. Sweet kan?!

Poskad daripada Aisya :)
Tersengih-sengih saya apabila tengok surat-surat di atas meja, ada terselit sekeping poskad cantik. Makin lebar senyuman sebab dapat setem dari Jerman!

Nampak tak setem bunga tu? Heheh

Thanks so much, Aisya! Memang gembira sangat terima poskad daripada Aisya. Tak perlu hadiah besar-besar, dik. Persahabatan ini dah cukup bermakna. The thought that counts. Really appreciate this! Disebabkan poskad dan setemnya cantik (sayang akak nak tanggalkan setem tu huhuhu), jadi akak display poskad Aisya dekat Reminder Board di bilik kraf. Taddaaaaaa!

My Reminder Board
Bagi yang belum mengenali Aisya, mari terjah blog anak rantau yang seorang ni. Bersedia untuk senyum dan ketawa membaca setiap coretan perjalanan hidupnya di sana.

Nota Senyum: Dapat idea untuk projek kraf seterusnya. Saya nak buat satu board khas untuk display business cards, bookmarks, cards and mementos daripada rakan-rakan blogger. Ala-ala murder/investigation board gitu. Tiap-tiap hari boleh tengok dan senyummmmmm.

I am not fat,..I am zaftig!

Salam Hujung Minggu!
Pstt! Ini bukan e-novel tau! Hehehe...


Lewat malam tadi, saya terima panggilan daripada Kak Sal, salah seorang kenalan saya. Kenapa Kak Sal telefon malam-malam buta ni? Cepat-cepat saya angkat. Mana tahu ada sebarang kecemasan ke.

"Ko tak yah nak buat suara orang mengantuk tu, Paghah! Burung hantu macam ko mana tido lagi time-time ni!" Sergahan Kak Sal buat saya terus celik mata. Of all the nights, kenapa lah akak pilih time saya ngantuk dan bobok awal?

"Ada apa, kak?" Macam cemas je suara.

"Ingat tak dulu ko penah ajar akak satu perkataan tu..."

"Perkataan apa?" Aduhai, kak! Saya mamai lagi ni. Bagilah klu terperinci sikit.

"Alah, perkataan lain untuk describe orang tu gemuk ke,..berisi ke,..tapi yang sopan sikit."

"Plump? Chubby?"

"Bukan! Ini bukan word biasa! Bunyi dia macam zigzag...zagig..."

"Zaftig?"

"Haaaaa! Zaftig! Maksudnya berisi kan?"

"Lebih kuranglah, perempuan yang berisi, plump.  Tapi ni slang. Perkataan tak formal tau! Akak nak buat apa guna 'zaftig'?

"Aahhhh, tak kisahlah formal ke idak! Berat badan akak naik,  Paghah! Pipi ni pun makin tembam. Nanti bila abang Zek (suaminya) tegur, akak nak cakap,...

I am not fat! I am zaftig!

Saya terdiam sekejap. Lepas tu tergelak besar tak henti-henti! Baik punya defence

Nota Senyum: Hari-hari yang saya lalui mungkin biasa sahaja. Nothing extraordinary. Tetapi saya ada insan-insan seperti Kak Sal yang buat hidup saya lebih berwarna.


Jumaat, Oktober 17, 2014

Buku Skrap Mini yang Comel!

Baru-baru ni pergi DAISO. Tengok apa saya jumpa!


Mini scrapbook! Saiznya 17cm x 17cm. Spiral binding. Cover luarnya keras. Lembaran halamannya guna cardstock yang agak berkualiti. Tinggal nak masukkan contents dan hias apa yang patut. Terus saya rembat beberapa buah. Bagi saya, buku skrap mini seperti ini sesuai untuk buat Travel Scrapbook. Maknanya 1 destinasi percutian, 1 buku. Buatlah beberapa buah. Ala ala set buku cerita percutian kalian. Then, boleh susun cantik-cantik bersama koleksi album keluarga. 

Bagi yang baru nak berjinak-jinak dengan scrapbooking, buku mini ini amat convenient dan sesuai untuk kalian. Tak adalah pening kepala fikir macam mana nak hias satu muka surat besar. RM5 untuk buku skrap ini? Sangat berbaloi-baloi!


Psst! Saya tak sempat blogwalking dua tiga hari ini. Ada beberapa urusan penting yang perlu diselesaikan. Maaf ya. Insya-Allah, akan gagahkan diri curi-curi masa untuk datang berkunjung dan tinggal jejak once semuanya selesai :)


Khamis, Oktober 16, 2014

Resepi Mudah - Ikan Bilis Air Asam

Mari! Mari! Mari! Siapa-siapa yang suka makan ikan bilis tu, jom cuba buat resepi ni. Sangat mudah untuk disediakan. Wajib buat dalam portion yang besar sebab takut berebut apabila makan ramai-ramai hahaha!


Ikan Bilis Air Asam


Resepi Ikan Bilis Air Asam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Segenggam atau dua ikan bilis (buang kepala dan bersihkan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 batang cili hijau (hiris serong)
  • 7 batang cili api (hiris serong) *Kalau tak makan pedas, jangan letak.
  • 1 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah:

  1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga rangup. Ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam lebih kurang dua sudu minyak. Tumis bawang besar, cili hijau dan cili api.
  3. Masukkan air asam jawa. Jangan terus tuang semua. Agak-agaklah kemasamannya. Perasakan dengan garam. Biarkan hingga mendidih. Siap dah!
  4. Untuk kekalkan kerangupan ikan bilis, masukkan ikan bilis ke dalam kuah asam hanya apabila lauk sedia untuk dihidangkan.

Pertama kali saya cuba resepi simple ni. Best sangat! Licin-licau! Selama ni kalau buat ikan bilis goreng, saya tidak letak air asam jawa. Hanya tumis dengan bawang besar dan cili hijau je. Nanti kalau dah cuba, jangan lupa kongsi pendapat kalian di sini ye!


Selasa, Oktober 14, 2014

Semangkuk Bakso Secangkir Kopi

Ohayo gozaimas! 

Memulakan hari dengan gumbira, siap sedia nak memulakan kerja :) Semalam, dapat rezeki bakso. Alhamdulillah. Since saya dah dinner, terus je simpan dalam peti sejuk. Jadikan sarapan untuk hari ini. Nampak tak bebola daging sebesar penumbuk tuh? Di sebalik bihun pun ada beberapa ketul bebola daging kecil! Insya-Allah akan kenyang sampai petang.

Bakso & Kopi
Jemput makan ye. Harap-harap kopi tu dapat mencelikkan mata saya yang masih beratttt. OK. Jumpa nanti-nanti. Saya ada beberapa bab nak diedit pagi ni. Bismillahirrahmanirrahim. On my mark,...get set,...GO!

Psttt! Kalian sarapan apa pagi ni?

Isnin, Oktober 13, 2014

Senggang Isnin dengan 'Ek Villain'

Selamat Hari Isnin! 
Selamat Memulakan Minggu Baru! 
Senyum sikit,...lebar sikit,...haaaa,...kan sweet begitu! :)

Hari ni free. So, lepas kemas-kemas bilik, saya layan sebuah filem Bollywood - Ek Villain lakonan Shraddha Kapoor dan Sidharth Malhotra. Hari tu baca review dekat blog Amy Syeera, terus menggagau cari cerita tu. Lagipun, dah lama benar saya tak tonton cerita Hindustan. Filem hindustan sekarang tak macam dulu, susah nak jumpa yang berbaloi ditonton.

Credit

Anyway, Ek Villain memenuhi expectation! Jalan cerita menarik dan sweet. Cara plot cerita disusun pun sangat baik. Mengisahkan tentang seorang pemuda 'orang jahat' (faham-faham sajalah 'orang jahat' cerita Hindustan macam mana..) yang berubah hidupnya dengan kehadiran seorang gadis. Bunyi macam tipikal kan,...not quite. Apa yang berlaku dalam relationship mereka tu yang interesting

Cerita ni romantic thriller, fast move dan akan buat kita tertanya-tanya,...ada banyak flashbacks, masuk cerita si A, kait pula cerita si B, dan di penghujungnya barulah semua puzzles settled and all the dots connected :)



Ahad, Oktober 12, 2014

Lontong Goreng Sate lagi!

Korek peti ais, korek freezer. Kemas dan buang apa yang patut.
Ada ketupat nasi.
Ada sate ayam.
Semua ni lebih hidangan Hari Raya Haji.

Ketupat + Sate = Lontong Goreng Sate!



Hidangan ni favourite Cekebon. Dah jadi hidangan switch-up rasmi lepas raya. Cerai-ceraikan sate. Potong nasi himpit/lontong/ketupat nasi supaya jadi ketulan kecil. Panaskan lebih kurang dua sudu besar minyak masak. Tumis satu labu bawang besar (yang dihiris nipis/potong dadu). Gorengkan ketulan-ketulan sate. Masukkan sedikit serbuk kunyit, sedikit lada sulah dan garam secukup rasa. Kalau ada mixed vege, masukkan sekali. Biar meriah sedikit. 

OK, once rencah kita dah siap, masukkan nasi himpit/lontong/ketupat nasi. Gaul hingga semuanya sekata. Yummmyyyyy! Makan, yuk!


Kambeh? Kambas?

Petang semalam jiran sebelah rumah telefon minta saya tunggu dekat pagar. Hehehe 'tunggu dekat pagar' tu catchphrase yang digunakan apabila dia nak beri something

"Makan kambeh tak?" Jiran saya yang berpangkat nenek tu tanya pada saya. Kambeh?! Laju saya berfikir. Almaklumlah, area kejiranan saya ni ada orang Minang, ada orang Jawa. So, puas juga search dalam otak, cari vocab yang relevan. Rasanya bukan bahasa jawa. Kambeh...kambeh...dialek minang kalau tukar.... 

"Kambas?" Saya tanya balik. Masih tak ada sebarang klu, kambas tu apa. Percubaan saya untuk intai-intai bekas di tangannya tak mendatangkan sebarang hasil sebab bekas tu bukan lutsinar. Tak nampak apa-apa.

"Ha ah. Kambas."

"Err,..kambas tu apa, nek?" Tak tahu kena tanya. Malu bertanya sesat jalan.

Rupa-rupanya kambas tu peria! Menurut jiran saya tu, kalau peria yang kecil dipanggil peria katak. Peria yang besar, dipanggil kambas. Ohhhh,...baru tahu!

Masuk rumah, sambil jeling-jeling lauk kambas diberi (saya memang suka makan peria). Saya capai Kamus Dewan. Kambas atau kambeh, bermaksud peria, memang istilah Minangkabau yang diterima pakai. 

Belajar sesuatu yang baru ;) Teringat pada arwah atuk saya. Arwah selalu pesan pada saya, 'It is never too late to learn.' Pada usia melebihi 3 dekad ni baru saya tahu yang kambas tu peria heheheh


Nota Senyum: Good Luck untuk Pak Cik S, yang selalu saya dan keluarga gunakan khidmatnya jika perlukan teksi. Pak Cik S sibuk buat mutala'ah. Persediaan untuk peperiksaan. Walaupun dah berusia, beliau gigih meneruskan pengajian peringkat sijil di sebuah institusi pengajian tempatan.


Sabtu, Oktober 11, 2014

Resepi Mi Claypot Cranky Chucky

Entri follow up. Last time hanya kongsi gambar hidangannya untuk tatapan mata. (Baca di sini, ya.) Hari ni baru sempat nak sertakan resepi. Sebelum ni, punyalah bersungguh-sungguh minta Chucky resepinya,..dah dapat, lupa pula nak update. Thanks so much, Chucky!

Mi Claypot Cranky Chucky

Resepi Mi Claypot Cranky Chucky (3C)
(Untuk 4 - 5 orang)

Bahan-bahan:
  • 200g isi ayam/bahagian dada - (dipotong kepada ketulan kecil)
  • 100g cendawan shitake (dihiris nipis)
  • 5 ulas bawang merah (diricik halus)
  • 3 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong dadu/hiris memanjang)
  • 2 batang celery (dihiris nipis)
  • 2 biji tomato - setiap satu biji dipotong kepada 4 bahagian
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • cili api (mengikut citarasa)
  • garam secukup rasa
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 bumbung sudu tepung jagung diletakkan sedikit air

Cara penyediaan:
  1. Buat stok terlebih dahulu - rebus isi ayam dan lobak merah sehingga mendidih. Kandungan air agak-agak. Jangan banyak sangat. Nanti boleh ditambah kemudian.
  2. Masukkan cendawan shitake beserta bawang putih dan bawang merah.
  3. Masukkan cili kering, celery, tomato, lada hitam, garam dan cili api
  4. Apabila semua bahan telah sebati, perlahankan api. Kemudian, masukkan 2 biji telur satu persatu dan biarkan menggelegak untuk beberapa minit.
  5. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Pastikan kuah sentiasa dikacau hingga teksturnya memekat sedikit.
  6. Kalau ada hot plate atau claypot, masukkan yee mee dan simbahkan dengan kuah panas-panas. Jika tidak, boleh celur sekejap yee mee supaya lembut, barulah dihidangkan dengan kuah.
SELAMAT MENCUBA!


Istana Bintang - Setia Band (Easy Guitar Chords)

Istimewa buat Riska,
menunaikan permintaanmu...ENJOY!

Kord Gitar From FAMF Tower



Kunci Gitar dan Lirik Istana Bintang - Setia Band

Ciptaan: Charly VHT


(Intro)
Am Em F C
Am Em F C



Am       Em        F       C
Di saat kuterjatuh semua menghilang
Am       Em      F    G
Di saat ku terluka kamu di mana


Am Em F C


Am       Em        F       C
Di saat ku bahagia semua mendekat
Am       Em      F    G
Di saat ku berada kamu setia
Dm         Am      
Menangis nangis sendiri
Dm         Am       
Tak ada yang menemani
Dm         Am      
Kucoba bangkit sendiri
G
Sakitpun tetap sendiri


   C             G
Biarkan orang tertawa
Am               Em
Mencaci juga menghina
F                 C
Ku akan teruskan terbang
           G
Menggapai bintang


   C             G
Biarkan aku kan terbang
         Am           Em
Melayang layang di awan
   F               C
Menuju langit yang indah
       G
Istana bintang
  C       G
Istana bintang
 Am      Em   F G C
Istana bintang


Am Em F C
Am Em F G




Jumaat, Oktober 10, 2014

Resepi Stew Kentang


Salam Jumaat! Pagi ini saya nak kongsi resepi stew kentang. Haaa,..siapa-siapa nak tukar selera, bolehlah cuba masak hidangan mudah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 biji kentang bersaiz sederhana (potong nipis dan goreng hingga empuk)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 butir bunga lawang
  • 1 inci halia (hiris memanjang)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 - 4 sudu besar kicap manis
  • 8 tangkai cili api (Bagi yang suka makan pedas. Kalau ada budak-budak nak makan, jangan letak, OK)
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • sedikit air
  • sedikit minyak masak untuk menumis

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan hirisan bawang besar dan halia. Biarkan seketika.
  2. Masukkan sedikit air, kicap pekat, kicap manis, serbuk lada hitam dan cili api. Kacau kuah hingga sekata. Kemudian, masukkan kentang yang telah digoreng.
  3. Bancuh tepung jagung dengan beberapa sudu besar air. Masukkan dan tunggu hingga kuah memekat.
  4. Sedia untuk dihidang!


Rabu, Oktober 08, 2014

Jom 'Llueve Por Dentro'!

Petang ni saya ada masa lapang sikit. Target saya untuk edit beberapa bab manuskrip dah tercapai. Jadi, boleh rehatkan mata dan minda sekejap. Masa untuk bersama Si Kapok! Minggu ni saya belajar main salah satu lagu Spanish favourite saya, Llueve Por Dentro, nyanyian Luis Fonsi. Tengah usahakan chords yang senang. 

Lagu lama, tak silap saya sekitar tahun 2008/2009. Kalau diterjemahkan, maksudnya lebih kurang hujan di dalam hati gitu. First time dengar, terus jatuh cinta! Bestnya!!!! Sampai sangguplah tergeliat lidah hafal liriknya. Hehehe jom saya belanja lagu ni! Selamat Menonton & Mendengar! Jangan lupa berikan feedback, kena ke tak dengan selera kalian :)



Nota Senyum: Nanti, apabila rajin sikit, saya akan kongsikan easy chords untuk lagu ini.

Selasa, Oktober 07, 2014

Asal Usul Motif Corak Paisley

Semasa saya baca novel 'Laura's Handmade Life' (pernah cerita mengenainya di sini), I came across an interesting fact. Mengenai asal usul corak 'paisley'.


Credit

Well, ramai yang beranggapan bahawa corak paisley ni asalnya daripada bentuk cetakan 'thumbprints' kanak-kanak yang bengkok atau tidak sempurna. It's a totally misconception sebenarnya.

Sebenarnya, 'paisley' mengalami satu odisi tekstil yang bermula di Persia. Kemudian, motif tersebut dibawa ke Kashmir, India dan seterusnya ke Paisley, sebuah bandar di Renfrewshire, Scotland, United Kingdom. Di situlah motif dan corak ini mula berkembang. Nama 'Paisley' diambil sempena nama bandar tersebut.

Ohhh, begitu rupanya. Selama ini, saya ingat motifnya dinamakan 'paisley' sebab bentuknya yang macam daun. Ala-ala parsley gitu heheheh memang tak ada bakat dalam dunia fesyen ;)



Isnin, Oktober 06, 2014

Guitar Chords Lautan - Yuna (OST Lagenda Budak Setan 3)

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar  dan Lirik Lautan - Yuna 

(OST Lagenda Budak Setan 3)



(Intro)
D G D G

D G
Cinta ini tanda hati
D G
Aku kau yang punya
Bm D G
Siapa sangka kita berdua
Bm D G
Bersama akhirnya

(Chorus)
D G
Oh biarkan ribut dan hujan
Bm D A
Datang menduga aku engkau ada
D G
Oh biarkan seluas lautan
Bm D A
ku renangi jika aku kau perlukan
D G
oh biarkan kerna aku kau ada

D G
Tiada cela engkau sempurna
D G
Yang teristimewa
Bm D G
Seandainya tiada istana
Bm D G
Ku mencintaimu seadanya

Ulang (Chorus)



Buat Embellishments (Hiasan) untuk Kad Ucapan

Greetings/sentiments for cardmaking.

Malam tadi, duduk bertapa di dalam bilik kraf. Saya potong keratan-keratan ucapan di atas, ambil dari kertas pembalut hadiah. Saya nak buat embellishments untuk kad ucapan. Tak semestinya kita kena beli hiasan-hiasan yang nak digunakan. Boleh juga cuba buat sendiri. Ikut kreativiti kita. Kos pun jauh lebih murah.

Keratan ucapan kat atas tu tak boleh digunakan terus pada kad. Kena touch-up terlebih dahulu. Enhance sikit rupa parasnya supaya lebih berseri-seri. Insya Allah, nanti bila dah siap, saya kongsikan di sini.


Selamat Memulakan Minggu Baru! Enjoy the rest of the holiday!


Ahad, Oktober 05, 2014

Gara-gara Hangin Satu Badan!

Teh Halia dan Lemon

Jalan macam tak pijak bumi.
Kepala rasa makin lama makin besar!
Satu badan rasa bloated.

Sah! Anginlah ni! Penangan makan macam-macam siang tadi! Almaklumlah, hari raya. Meskipun dah ingatkan diri jangan over makan,..tapi makan itu sikit, ini sikit tetap ada padahnya! Yelah, dah campur-campur, mestilah perut meragam. 

Jadi, atas dasar sedar diri, saya pun masuk dapur buat remedy untuk angin. Kalau dibiarkan, mau tak tidur malam nanti. Didihkan air bersama halia yang dihiris nipis (terpulang nak letak banyak mana), 2 uncang teh (tak kisah teh apa) dan sebiji lemon. Minum ketika masih panas. Kalau nak letak gula pun boleh. Saya selalu tak letak gula sebab gabungan rasa halia dan lemon dah buat teh tu rasa sedap. Ulang ulang minum. Insya Allah, angin akan keluar dan kita rasa lebih selesa. 

Nota Senyum: Jangan terus dihabiskan satu periuk tu dalam sekali minum pulak. Jadi kes lain tak ke naya...


Sabtu, Oktober 04, 2014

Menakluk Cinta - Taufik Batisah (OST Kasih Berbisik)

Lagu nyanyian Taufik Batisah ini merupakan OST untuk drama bersiri 'Kasih Berbisik' yang ditayangkan di TV3. Basically, chordsnya mudah. Cuma kena belajar Bdim7. Don't worry. Tak susah pun. Takkan terkehel jari punya :)

Kord Gitar From FAMF Tower

Kord Gitar dan Lirik Menakluk Cinta - Taufik Batisah (Easy Guitar Chords)

OST Kasih Berbisik


(Intro)
Dm G C F Dm E Am

Am G C
Tersedarku dari khayalan
Dm
Terpisah dunia anganku
E
Sirna segala

Am G C
Tetiba bayangmu menjelma
Dm
Menemani harapanku
E F Am
Yg kian hancur segalanya
Dm G
Patutkah aku dikurnia
C F
Sentuhan kasih darinya
Dm F Bdim7 E
Menantikan cinta yang terindah

Dm G
Setinggi bintang di angkasa
C F
Seluas lautan yang indah
Dm E
Harapan tuk bertemu
Am
Cinta terakhir hidupku

Dm G
Sejauh ke hujung dunia
E Am G
Relaku melakukan apa saja
F E Am
Tuk menaklukkan cinta terakhirku



Rajin Adik Rajin,...

Rajin adik rajin,..
Rajinlah belajar,..
Bila besar nanti,..
Boleh tunjuk ajar,..

Bagi sesiapa yang clueless dan tak dapat nak relate dengan lirik lagu di atas, maknanya kalian masih muda hehehe! Ni antara lagu kanak-kanak paling top masa saya membesar ;) Kalau berminat nak dengar, cari di Youtube ye.

Tengah tanda buku latihan anak murid saya yang paling muda tahun ini. Itu yang teringat lagu 'Rajin Adik Rajin'. Indra baru 5 tahun. Pegang pensel pun tak kuat lagi grip tangan. Tapi, semangat nak belajar. Abang dia tuisyen, dia pun nak ikut jugak. Jadi, kenalah sekolah olok-olok dengan saya. Err,..maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Guna iPad ;)

OK, saya nak ucapkan:
  1. Selamat Berhujung Minggu
  2. Selamat Bercuti Panjang
  3. Selamat Beristirehat dan Meluangkan Masa Bersama Keluarga
  4. Selamat Menyambut Hari Raya Korban.

Nota Senyum: Mudah-mudahan saya mampu laksanakan 'siri jelajah blog' rakan-rakan dalam masa terdekat. Dah beberapa hari tak blogwalking.


Rabu, Oktober 01, 2014

Epok-epok Roti

Epok-epok Roti

Ingat lagi entri saya mengenai Lauk Sengkuang dan Cendawan Shitake Masak Tumis? Lauk yang berbaki, saya tidak buang. Sayang… jadi saya buat switch-up recipe - Epok-epok roti inti sengkuang dan cendawan.

Mereka My Spectacular September

Siapa yang spectacular tu? Hehehe kan sejak bulan lepas, FAMF Tower dah ada widget untuk tukang komen terbanyak (baca mengenainya di sini). Jadi, buat julung-julung kalinya, saya buat entri mengenai Top Commentators Bulanan.


My Spectacular September:

Top Commentators for September

Jom terjah blog mereka!



Insya Allah, ada something yang ingin saya berikan pada pemilik nama tangga teratas. Tapi kena tunggu saya selesaikan kerja-kerja yang ada deadlines dulu. Nanti saya hubungi kalian yang berkenaan ye ;)

Tidak lupa, terima kasih banyak-banyak kepada pengunjung@readers yang sudi datang singgah. Saya amat hargai kehadiran dan jejak-jejak kalian di sini. Setiap satu komentar kalian tambah senyuman pada wajah saya. Dunia di FAMF Tower jadi lebih berwarna-warni.