Ahad, 30 November 2014

My 'fwenly fwends' =)

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Ahad! Quick update sebelum saya keluar melangsaikan urusan dan kerja-kerja. Dua tiga hari belakangan ni memang saya sangat sibuk. Tak sempat nak blogwalking menjengah kawan-kawan dan adik-adik. Balas komen pun tak dan! Tetapi, kunjungan daripada kalian yang tak pernah putus betuk-betul buat saya terharu. Terima kasih banyak-banyak ye.

OK, motif utama entri ni nak ajak kalian jalan-jalan. Di bawah ni senarai blogger yang hampir saban hari datang FAMF Tower dan tinggal jejak. Merekalah tetamu hebat saya yang friendly sepanjang 23 - 29 November. Jadi, saya masukkan pautan blog mereka di sini supaya rakan-rakan yang lain boleh pay them a visit!

My 'fwenly fwends' :)

Jom!

(Nampak tak berapa komen dia?! Itu untuk minggu ni, sekali datang je tau!)


Tak lupa juga buat yang lain,.. yang sudi jenguk saya di 'tower' ni :) Tak ada dalam senarai tak bermaksud saya tak hargai tau! Ada juga beberapa 'tetamu baru' yang datang. Selamat berkenalan. Jangan risau, saya akan 'follow up' dengan kalian semua. Tungguuuuuu! OK, got to go now. Babai!

Sabtu, 29 November 2014

Liebster Award #11 Tagged by Nur As

Ditag oleh adik Nur As, pemilik blog Cahaya Alam Maya yang punya minat suka buat DIY macam saya hehehe. Merci, Nur!



Soalan :

Sekarang pukul berapa?
9.15 malam

Hari ni dah update blog ke belum?
Entri ni baru nak update.

Dah makan?
Sudah. Alhamdulillah, tadi dinner makan mi goreng dan kuih udang.

Dah solat?
Baru usai solat Isya'

Dah minum air suam / putih / jernih hari ini?
Dah. Hari ni memang banyak minum air putih sebab badan dehydrated.

Dah ucap alhamdulillah untuk hari ini?
Sudah. Banyak perkara yang disyukuri hari ini. Alhamdulillah!

Kalau diberi dua pilihan : kereta atau rumah, mana yang korang nak?
Rumah.

Korang dah isi belum linkies ni? Tekan sini / menu tab. [baru letak tau]
Udah! No. 15

Dalam banyak-banyak aktiviti DIY, korang rasa teman patut buat apa lagi? Yang simple dan bajet yang bersesuaian buat penganggur ni.
Buat DIY guna bahan-bahan terpakai/terbuang. Nur pergi buka akaun Pinterest. Ada banyak DIY ideas :)

Kalau gigi korang sakit, korang buat apa?
Meraung dulu puas-puas sebab my pain resistance is very low. Dah meraung tu mesti ada yang akan ingatkan saya suruh zikir. (Normally kena sound dengan Bott!) So, zikir al-'adzim banyak-banyak kali. Then, pergi cari dentist!

Agak-agak kalau teman nak buat business, korang nak support tak?
Insya-Allah. Takkanlah tak support,..

Korang rasa teman ni jahat tak?
Tak jahat, tapi tak sempurna. We are all like that, right? =)

Korang rasa teman ni macam mana orangnya?
Sweet and friendly. Mudah didekati tapi ingin ada ruang privasi untuk diri sendiri.

Last, apa yang melayakkan teman untuk masuk bloglist korang?
Dah memang ada dalam bloglist pun ;)


DONE!

Psst! Jawab soalan si Nur ni banyak 'sudah' ;)


Jumaat, 28 November 2014

C.U.T.I

Rasanya baru je tulis entri berkenaan mulakan minggu baru. Tahu-tahu dah hujung minggu dah! OK, time untuk cakap babai buat sementara waktu. Hujung minggu ni saya akan super busy. Banyak urusan dan aktiviti di luar. Jadi, kemungkinan besar memang tak akan ada entri baru. Kalau sempat selit pun, maybe entri guitar chords atau yang memang dah ada dalam draf. Nak blogwalking atau balas komen memang tak sempat.

Sumber Imej - Pinterest


Jangan ambil hati tau! Insya Allah, rombongan saya akan sampai juga menjengah kalian. Jumpa minggu hadapan! Oh, have a joyful weekend!


Doa Mohon Sihat Tubuh Badan

Doa yang sangat baik untuk kita amalkan. Doa ni antara potongan-potongan doa yang kita baca dalam Mathurat.


Terjemahan:
Ya Allah, Sejahterakanlah tubuh badanku,
Ya Allah, Sejahterakanlah pendengaranku,
Ya Allah, Sejahterakanlah penglihatanku,
Tiada Tuhan selain Engkau (Ya Allah).


Mudah-mudahan dengan mengamalkan doa ini, kita akan dikurniakan kesihatan yang sempurna. Tubuh badan yang kuat, pendengaran yang jelas dan penglihatan yang tajam untuk menjalankan rutin harian terutama sekali dalam beribadat.


Lagu Gembira ;)

Selamat Hari Jumaat! Mood masing-masing mesti dah masuk fasa girang ceria kan. Pagi ni nak kongsi something interesting [(c) lastlemon.com] on 'happiness' dan lagu :D

Credit
...pertama kali dengar lagu baru yang BEST!


Credit
...main lagu yang kita suka on repeat mode sampai muak!


Credit
 ...dengar lagu yang kena sangat dengan mood/feeling kita at that particular time.


Setuju tak?

Khamis, 27 November 2014

Perhatian! Avid Reader or Creative Author? Pembaca atau Penulis?

Assalamu'alaikum,

Nampak tak tajuk mengundang tu?! OK, ni bukan segmen, bukan GA. Tetapi anggaplah sebagai proses kumpul data readers FAMF Tower. Are you an avid reader? Or a creative author/author-wanna-be? Siapa suka baca novel? Siapa suka tulis puisi, cerpen atau novel? Dua-dua? Lagi bagus! Silalah tinggalkan komen di bawah entri ini ya. Kalau tak keberatanlah :)

Bukan apa, details kalian semua saya dah mixed up. Memori kat otak ni dah low. Ampunkan kelemahan saya. Faktor usia ye, adik-adik! Hehehe. Seingat saya Cik Nadyya dan Budak memang avid readers. Jie Najihah & Aina Akmal nak jadi writer (both of them dah masuk zon hia-tus dah sekarang). Amy J dan Nana Liena pun tak silap saya.

Untuk apa? Just nak tahu. Untuk suka-suka. Senanglah nanti nak bagi hadiah untuk birthday ke...giveaway ke,..Oh, untuk yang ada e-novel kat blog, boleh tinggalkan link kalian juga. (Tolong ikut Cara Meninggalkan Pautan ni ye).

Tunggu apa lagi? Yang berkenaan, sila komen :)

Tata Titi Tutu!


Liebster Award #10 Tagged by Amy J

Assalamu'alaikum. Ditag lagi :) Thanks to Amy J. Sorry ye, akak lambat jawab. Terlepas pandang. Oh, jangan lupa drop by and say hi to her!



1. Satu tabiat buruk tak boleh diubah
Procrastinate! Suka sangat menangguh-nangguh kerja! Sekarang ni semakin parah! Dah tangguh, boleh lupa terus perkara yang perlu dibuat tu.

2. Dua benda mengingatkan korang dengan Amy J. hahahaha. susah gila soalan.
Nahhhh, this is easy,...
  1. The prowling wolf dekat header.
  2.  Bollywood

3. Tiga orang penting dalam hidup. Tunjuk Gambar pun boleh :)
Banyak sebenarnya. Lebih dari 3.
  • Cekebon & Baba
  • Cekengah & Uje
  • Bott & MC

4. Empat ciri-ciri lelaki yang berjaya mencuri hati
  • Tak banyak cakap. Lebih banyak mendengar. Lelaki 'flibbertigibbet' (walaupun word ni sebenarnya untuk perempuan) is kind of annoying.
  • Tahu ambil berat & fikir pasal orang lain.
  • Understanding.
  • Hormat orang lain.

5. Lima makanan tak boleh tolak
  • Laksa Johor
  • Sate 
  • Nasi Ayam
  • Pizza  
  • Buah-buahan

6. Terbang atau baca fikiran orang?
Baca fikiran orang. Saya banyak berurusan dengan orang yang cakap lain, fikir lain...susah nak jangka apa yang sebenarnya mereka inginkan. So, this ability will become handy :)

7. Wahai*insert the name of your love*, saya sayang awak sebab.....

Kena skip. Yang ini private. Kecintaan dan kesayangan saya dah terima wish mereka heheheh (More to alasan sebenarnya ni,.. sebab malas nak pikir)

8. Binatang paling menakutkan
Ular

9. Kenapa korang suka/tak suka pergi kenduri kahwin?
Suka bila dapat tengok pengantin, tema majlis dan doorgifts yang cantik.
Tak suka bila kena makan kat dalam khemah yang sesak and kind of terperangkap bila nak keluar. Mulalah excuse me,..sorry, maaf...tumpang lalu...habis satu deret meja tu kena beri laluan untuk akak meloloskan diri.

10. Apa perasaan korang hari ini?
Tak best sangat sebab biji mata kiri macam sakit. Masuk apa tah!

11. Rumah Idaman
Yang ada halaman luas untuk gardening
Yang ada dapur luas untuk baking
Yang ada bilik kraf lengkap
Yang ada satu ruang selesa as books alcove - macam perpustakaan mini dan tempat santai untuk membaca


TAMAT!

Oh, sebab sebelum ni asyik putuskan chain, saya usahakan juga untuk fikir 11 soalan. Dengan  gumbiranya, akak tag semua adik-adik yang rajin datang lepak santai kat sini. You know who you are. Anggaplah ini auto-tag. Siapa yang lapang, yang suka buat Liebster Award atau tak ada idea nak tulis entri dijemput & dialu-alukan untuk jawab soalan-soalan di bawah. Yang dah tak larat nak beraward-award ni boleh tumpang baca je, OK.

  1. Jika boleh pilih mana-mana tempat di dunia ni untuk tinggal dan settle down (and bring along someone with you), anda akan pilih,...Mengapa?
  2. Tempat kegemaran anda [restoran/kafe] apabila makan di luar.
  3. 3 orang [tidak kisah siapapun] yang anda akan jemput untuk makan malam bersama anda. Mengapa?
  4. Satu makanan yang anda pretend suka (tetapi sebenarnya tidak!) semata-mata untuk jaga hati orang lain or simply nak nampak cool! Hahahah!
  5. Filem 'romantic comedy' kegemaran anda?
  6. Filem/TV Show dalam koleksi anda yang paling banyak ditonton
  7. Bad mood. Apa yang boleh buat anda kembali senyum?
  8. Orang pertama yang anda akan cari jika perlukan bantuan atau teman bicara.
  9. Perkara paling 'adventurous' yang pernah anda lakukan.
  10. Satu skill/kemahiran yang anda ingin kuasai. Mengapa?
  11. Satu benda/tool/gadget milik anda yang rosak atau perlu dibaiki.

Selamat menjawab!


Psst! Entri Liebster Award yang lain di sini ye.


Rabu, 26 November 2014

Potongan 20% untuk Material Kraf di POPULAR

Cepat! Cepat! Siapa yang suka crafty things, suka buat kad, buat scrapbook, bergegaslah ke cawangan POPULAR yang terdekat. Sekarang ni kedai buku POPULAR sedang menganjurkan SALE besar-besaran! Ada tawaran menarik Back to School,..ada jualan penghabisan stok. Tetapi, yang paling buat saya excited, ada promosi untuk barang-barang dan peralatan kraf PopArtz (rangkaian produk keluaran POPULAR sendiri). Potongan sehingga 20%!

Diskaun 20% untuk embellishments, punches dan scrapbooks.
Masa promosi beginilah saya selalu pergi borong hiasan-hiasan untuk kraf kertas saya. Berbaloi! Boleh beli extra barang sepek dua :) Nanti niat nak beli fonts stickers dan beberapa chip embellishments. Tetapi, kalau nak banyak pilihan, kena pergi ke cawangan-cawangan besar POPULAR. Selalu cawangan kecil tak ambil sangat stok untuk kraf. Kalau ada pun, sedikit je.

Oh ya, promosi di atas sah untuk pemegang kad POPULAR sehingga 14 Disember 2014 (Promosi PopClub). Untuk sale yang lain (buku-buku dan alat tulis) rasanya sampai hujung tahun.


Stay INSPIRED!

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama hari ini :)

Credit
Panduan mudah untuk hari-hari yang lebih bertenaga, bersemangat dan ceria! Paling suka nombor 10 - 12. The 50/10 rule (nombor 5) pun bagus untuk dipraktikkan terutama bagi yang bekerja menghadap komputer sepanjang hari. In all, pastikan diri sihat, cukup rehat, terbuka untuk belajar sesuatu yang baru dan sentiasa fikirkan apa yang boleh buat kita gembira :)

Mundane days? Shoooohhhhh! Go away!



8 Jalan di Kuala Lumpur Tukar Nama

Bermula hari ini, 26 November 2014, 8 jalan utama di Kuala Lumpur dapat nama baru. Jadi, sesiapa yang masuk KL tu, jangan terkejut pula bila tengok Jalan Duta, Jalan Semarak dan Jalan Ipoh dah tak ada. DBKL rebranding jalan :)

Nama-nama jalan yang dinamakan semula dengan mengambil nama Yang di-Pertuan Agong yang terdahulu ialah:

  1. Jalan Duta akan ditukar menjadi Jalan Tunku Abdul Halim
  2. Jalan Khidmat Usaha akan ditukar menjadi Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
  3. Jalan Ipoh (dari persimpangan Jalan Segambut  sehingga persimpangan Jalan Pahang) akan ditukar menjadi Jalan Sultan Azlan Shah
  4. Persiaran Duta akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
  5. Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan ditukar menjadi Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
  6. Lebuhraya Mahameru akan ditukar menjadi Lebuhraya Sultan Iskandar
  7. Persiaran Mahameru akan ditukar menjadi Persiaran Tuanku Ja'afar
  8. Jalan Semarak akan ditukar menjadi Jalan Sultan Yahya Petra

Sumber: Astro Awani


Selasa, 25 November 2014

Thanks So Much, Shikin!

Semalam balik rumah je ada sampul surat besar menanti saya. Wahhhh! Terus excited! Siapa bagi ni? Buka-buka makin lebar senyuman saya. Dapat hadiah daripada Shikin. 2 keping piring Tupperware + 1 fridge magnet. Tak silap saya ni hadiah sebagai salah seorang Top Commentators di blognya.

Hadiah-hadiahnya :)
Terima kasih banyak-banyak Shikin. Really appreciate the gifts. Suka sangat-sangat! Thanks juga atas segala ilmu dan perkongsian. Banyak perkara baru yang akak dah belajar melalui blog Shikin.

Fridge Magnet Shikin 'dah naik' board!

Piring cantik tu dah masuk inventori Tupperware hahaha. Fridge magnet tu pula, ada tempat special. Kat mana lagi,..Bloggers' Board la :) Semoga Allah mengurniakan Shikin dengan rezeki melimpah ruah yang pernuh barakah. Siapa-siapa yang belum kenal dengan Shikin, tunggu apa lagi,..mari jengah Life is beautiful...don't waste it.


Ada Sesuatu yang Baik Setiap Hari

Assalamu'alaikum. Selamat pagi!

Credit

Betul kan? Hari kita tidak semestinya berjalan dengan baik, tetapi pasti ada sesuatu yang baik berlaku setiap hari. Wait for your 'something good' :)


Isnin, 24 November 2014

Kad Birthday Uje (Trifold Shutter Card - Part 2)

Susulan kepada entri saya yang terdahulu Trifold Shutter Card, inilah version kad yang dah siap :) Kad ini untuk adik saya, Uje yang sambut hari lahirnya Sabtu lepas. (Jemput baca di sini)

Bahagian hadapan

Bahagian dalam.

Haaa, nilah kad bortingkek-tingkek namanya! Panel di bahagian tengah untuk 'wish' (semasa gambar ni diambil, belum ada idea nak tulis apa-apa). Dua gambar hitam putih pada panel yang kecil ialah gambar Uje masa baby. Tak susahpun nak buat kad Trifold Shutter seperti ini. Cuma, ukuran dan potongan kena betul-betul precise. Kalau main agak-agak, nanti kad tak boleh dilipat dengan cantik.

Insya-Allah, ada kelapangan, saya akan buat tutorial atau kongsi template untuk kad di sini.

Updated:



Guitar Chords Hujung Waktu - Azhael

Kord Gitar & Lirik Lagu Hujung Waktu - Azhael

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
Am F C G

Am
Kau selalu meragukan
F                                             C
Apa yang disembunyikan minda
C
Oh, selalu

Am
Kau selalu bertanyakan
F                                      C
Apa benar ku rasakan cinta
C
Oh, selalu

             Dm          G                Dm
Kurasakan tetapi ku hanya kaku
                G
Dan membisu kelu

 

(Chorus)
C                     Em
Aku cinta padamu
                F
Walau tiada lagi
                      Fm
Hijau bumi masih terabadi

C                     Em
Aku cinta padamu
                     F
Biarpun bintang jatuh
                          Fm
Langit gugur hingga hujung waktu



Am
Bila tahu isi hati
F                                        C
Ku tahu kau akan lari pasti
C
Ku rasakan

Am
Biar jadi tanda tanya
F                                        C
Biar ku simpan di dada saja
C
Ku rahsiakan

               Dm                            G
Sampai mati masih ku membisu
              Dm              G       F
Walau aku merasakan

Ulang (Chorus)

Am
Mengapa baru terjaga
Em               
Mengapa baru ku sedar
F
Melihat dunia ku
C        Em         Am
Kian runtuh tanpamu

Am
Bodohnya ku menyendiri
Bm
Segalanya ku sembunyi
C                   F                     C  
Namun ku harus luahkan jua

C Em F Fm

Ulang (Chorus)



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya. 


Resepi Biskut Kopi Yumm Yumm!

Nak makan cookies perasa kopi yang sedap? Cuba resepi di bawah. Kita gunakan instant coffee (Nescafe ke,...Indocafe ke...terpulang).

Bersedia untuk dibakar!

Bahan-bahan:
  • 180g mentega/marjerin
  • 210 gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu teh Nescafe/Indocafe
  • 365g tepung naik sendiri

Cara penyediaan:
  1. Pukul mentega/marjerin dengan gula hingga gebu. Kemudian, masukkan kuning telur. Pukul lagi.
  2. Masukkan esen vanila dan Nescafe/Indocafe. Gaul hingga semuanya sekata.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh diterap. Agak-agak penggunaan tepung. Jika rasa doh biskut dah cantik dan lembut untuk diterap, tak perlu guna semua. Jika doh agak kering dan berderai, tambahkan sedikit mentaga/marjerin.
  4. Gunakan rolling pin untuk leperkan doh. Terap menggunakan acuan kuih. Susun atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit. (Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu ye.)

Senang je kan? Biskutnya pun rangup. Rasa kopi just nice. Sedap makan begitu sahaja. Tetapi, kalau rajin boleh upgrade biskut kopi ni jadi biskut mocha pula :)

Mocha Cookies

Saya suka gunakan brown chocolate (compared to dark chocolate) untuk resepi ini. Agak-agaklah coklatnya nak digunakan banyak mana. Timbang. Cairkan coklat (guna teknik double boiler) dengan sedikit cocoa butter. Berapa banyak nak guna? 10% daripada jumlah berat coklat tadi. Jika coklat yang digunakan 300g, cocoa butter hanya 30g. Celup biskut dan taburkan dengan sedikit hiasan/gula manik/coklat urai.

Oh, boleh juga tambah 100g cornflakes yang dikisar halur ke dalam adunan untuk tekstur yang lebih crunchy :)

Selamat Mencuba!


Magnificent Monday!

With Love from FAMF Tower :)

Assalamu'alaikum. Selamat pagi! Excited memulakan minggu baru. Semoga hari kalian baik- baik saja. Jangan lupa senyum ye :)


Ahad, 23 November 2014

Main Warna-warna

Salam Ahad! Dah sarapan ke belum? Saya belum mamam. Nak brunch kejap lagi. Sepanjang pagi tadi sibuk colouring. Tengah berlatih buat teknik colour blending. Saya bab warna-mewarna ni memang fail! Dari kecik memang akan mewarna satu arah je hahahah tak ada nak fikir ton ke,..konsep cahaya dan bayang ke,...permukaan dan bentuk objek ke,....semua pakat satu stroke je!

So, seawal pagi dah berjinak-jinak dengan pensel warna. Sampai teleng dan senget kepala saya mewarna gambar. Di bawah ni antara percubaan 'separuh berjaya' saya ;)

Sebelum buat colour blending.


Selepas colour blending.

Huhuhu kena banyak latihan lagi. Saya rancang nak guna belon-belon ni untuk buat embellishment. Ada 'birthday party invitations' yang perlu disiapkan. OK, waktu untuk isi perut! Enjoy the rest of your Sunday!



Liebster Award #9 Tagged by Rena Cruzee

Entri Liebster Award di hujung minggu. Kali ini daripada pemilik blog Ada Apa dengan Aku, Cik Rena Cruzee. Thanks ye, Rena. Sesiapa yang belum tahu, inilah Cekengah hehehe. Rajin-rajin, jenguklah dia. Tapi dia tenggelam timbul sikit blogging sebab busyyyy ;)



OK. Sesi jawab soalan bermula!

1. Cerita Hindustan yang anda minati. Mengapa?
Om Shanti Om. Suka semua tentang filem ini. Jalan cerita, pelakon, lagu,...


2. Anda berharap nama anda dapat ditukar kepada.....?
Tak pernah terfikir nak tukar nama, and of course bukan Farrah Fuqandar! (You know what I meant.) Sebenarnya, saya suka nama yang Cekebon & Baba beri - Kegembiraan & Keberuntungan :) OKlah tu!


3. Berapa orang teman rapat anda (bebetul rapat). Namakan.
Betul-betul rapat? Seorang je...namanya di alam maya BOTT.


4. Masih tentang teman rapat anda yang pertama dalam senarai di atas. Apakah 1 sifat positif dan 1 sifat negatif beliau?
Positif - She knows when is the right time to knock some sense into me. Kawan baik saya ni yang akan tegur salah silap, kelemahan dan kelancangan kata/perilaku saya.

Negatif - Tak berapa matanag! Hahahah ni kata-kata daripada orang yang perasan matang :)


5. Namakan 3 sifat buruk anda yang ingin anda tinggalkan.
  • Tak sabar.
  • Suka bertangguh.
  • Terlalu ambil mudah sesetengah perkara yang sepatutnya diambil serius.


6. Pengalaman paling kelakar dalam hidup anda.
Banyakkkk! Couldn't think of any specific one. I am fun & funnnyyyy! (Statement ni khusus untuk Cik Rena je.)


7. Pendapat anda tentang bola.
Bola itu bulat!


8. Perkataan yang anda lafazkan setiap kali anda gembira.
"Saya rasa happy sangat hari ni!!!"


9. Sosial media pilihan anda - FB, Twitter, IG, Pinterest dll. Mengapa?
Pinterest! FB, Twitter semua dah tak aktif dah.


10. 3 Perkara yang anda tidak suka lakukan.
  • Cari barang hilang
  • Kena buat kerja orang lain
  • Kena menunggu


11. Jika anda punyai pintu masa Doraemon, anda mahu kembali ke tahun berapa. Mengapa?
1994 - 1996. Kenapa? Hmmmm, adalah beberapa 'alteration' yang nak dibuat within that period.


OK. Selesai. Seperti biasa, saya terpaksa putuskan chain award ni. Tak terfikir nak buat soalan & tag siapa.

Psstt! Intai Liebster Award yang lain di sini.




Without You - Aman AF2014 (Easy Guitar Chords)

Kord & Lirik 'Without You'  - Aman AF (Easy Chords)

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


C G Am
Indah, indahnya hatimu
G F Em
Lembut namamu membuat aku
F G
Tenang atas jalan terang

C G Am
Mudah, mudahnya caramu
G F Em
Membuka pintu hati aku
F G
Kau bukakan semua nyata

F G
Jangan, jangan pernah pergi
Am
Tolong datang kembali
F
Ku kan tetap mencari
Dm
Untuk membalas baikmu
G
Untuk menjaga dirimu

C
Without you
G
Aku hilang keliru
Am
Without you
G
Aku diam membisu
F
Siapalah diriku
Dm G F
Yang berdiri tanpamu


C G Am
Hilang, hilang dalam diri
G F Em
Kotak hatimu dibela sepi
F G
Malammu nantikan hariku


F G
Jangan, jangan pernah pergi
Am
Tolong datang kembali
F
Ku kan tetap mencari
Dm
Untuk membalas baikmu
G
Untuk menjaga dirimu

C
Without you
G
Aku hilang keliru
Am
Without you
G
Aku diam membisu
F
Siapalah diriku
Dm G
Yang berdiri tanpamu


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.  

Sabtu, 22 November 2014

Selamat Ultah, Uje & Bott!

Happy Birthday!

22 November 2014
Hari ni hari ulang tahun kelahiran Uje & Bott! Time to celebrate! Akan berkumpul untuk small get together birthday lunch.

♪Tanjoobi omedeto♩
♩Tanjoobi omedeto♪♬
♩♬Tanjoobi omedeto Uje & Bott♬
♬Tanjoobi omedeto♪


Dear Uje & Bott,
Happy Birthday! Dengan bertambahnya usia, moga kalian berdua akan lebih menyayangi Allah dan disayangi Allah, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang sempurna dan hidup yang barakah.

Another great year ahead! Insya-Allah :)


Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa

Saya ditag oleh Dik Wana untuk sertai GA ni. Thanks, Wana. Mari ramai-ramai kita support 1st GA by Beba Ifa :)

Klik Banner untuk Sertai GA ni :)

Tag:




Yang Kembalikan Senyum ke Wajah :)

Credit
 ...yang penting hanya mereka yang kembalikan senyum ke wajah kita :)

Have A Superb Saturday!


Jumaat, 21 November 2014

Trifold Shutter Card

Malam! Saya bersiaran dari bilik kraf ni. Baru selesai buat base untuk Trifold Shutter Card. Kad ala-ala ada panel berlapis gitu. Alhamdulillah, kad-kad ucapan yang orang tempah (Kisah Si Procrastinator semalam) dah siap dan sampai kepada tuannya :) Sekarang tinggal nak buat kad saya pula. 

Trifold Shutter Card base

Esok birthday dua orang penting dalam hidup saya. Uje (adik bongsu saya) dan Bott (kawan baik saya). Insya Allah, kami buat celebration kecil-kecilan di rumah. Jadi, sekarang ni tengah usaha buat kad untuk mereka berdua. 

OK, saya nak sambung kerja. Insya-Allah ada masa saya jengah dan balas kunjungan kalian ye. Nak ucapkan 'Selamat Berhujung Minggu' untuk semua! Jangan lupa rehat cukup-cukup dan buat sesuatu yang bermakna :)


Guitar Chords 'Bukan yang Pertama' - Ari & D'Project

Baru first time dengar lagu ni beberapa hari lepas. Terus jatuh cinta. Cari chords ada yang C#m, G#m, F#m...Oh, don't want! Don't want! So, di bawah ini chords yang saya dah transposed ke C. Senang sedikit nak main :)

Nota: Secara komersialnya, lagu ini merupakan lagu kumpulan Katahati yang berjudul 'Tak Akan Pernah Jauh'.

Kord Gitar & Lirik 'Bukan yang Pertama' - Ari & D'Project

Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
C

C                   Am
bukan untuk yang pertama
   F                        E
ku rasakan cinta yang berbunga
C                   Am
bukan untuk yang pertama
   F                        E
ku rasakan rindu yang menggebu


F      G    Am
dan ku berharap
    F            G          Am C
semua ini takkan berakhir lagi


 F           G    Em       Am
aku akan selalu berada dekatmu
   Dm        E   Am C
takkan pernah ku jauh
    F          G     Em       Am
dan semoga selalu bersemi di hati
   Dm     G    C
cinta yang terakhir


C               Am
semalam ku memimpikan
   F                    E
berdua mengarungi samudera
C                  Am
saling berbagi bahagia
    F                  E
dan berjanji untuk setia


F      G    Am
dan ku berharap
   F            G          Am C
semua ini takkan berakhir lagi


 F           G    Em       Am
aku akan selalu berada dekatmu
   Dm        E   Am C
takkan pernah ku jauh
    F          G     Em       Am
dan semoga selalu bersemi di hati


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya. 

...tapi dia tak calarkan hati kita.

Hari ni bawa Yuri jumpa vet untuk check-up and deworm. Sementara menunggu giliran tu, duduklah berbual dengan seorang mak cik ni. Mak cik ni bawa 3 ekor kucing kesayangannya untuk dapatkan rawatan. Comel-comel dan gebu!

Tengah-tengah berbual, mak cik tu capai dan belek tangan kanan saya.

"Ni calar kat tangan ni, Yuri cakar ke?"

Saya angguk dan jelaskan pada mak cik tu, kucing saya si Yuri ni memang garang sikit. Dia suka dia cakar, manja dia cakar, terkejut dia cakar, marah pun dia cakar! Belum campur tiba-tiba dia rasa sayang sangat kat saya sampai kaki saya jadi mangsa taring gatal dia! Saya memang sentiasa calar-balar dapat trademark daripada Yuri.

Sambil pet kepala Yuri (yang mana puaslah dalam hati saya berzikir dan doa agar kucing bertuah saya tak cakar mak cik tu), penuh makna mak cik tu balas,..

"Calar kat tangan tak apa,...janji dia tak calarkan hati kita,..."

Saya senyum. Makcik, you gave my day a good start!


Khamis, 20 November 2014

Esok Hari Hello!

Esok, 21 November ialah Hari Hello Sedunia. Sambutan ni menggalakkan kita untuk ucap 'Hello' pada sekurang-kurangnya 10 orang yang kita jumpa (atau lebih) sebagai menzahirkan sokongan kita terhadap kepentingan berkomunikasi demi mengekalkan kesejahteraan. Simbolik di sebalik hari ini adalah supaya para pemimpin dunia menggunakan komunikasi yang baik dalam menyelesaikan masalah.

Hello!

Sempena dengan Hari Hello ni, apa kata kita lakukan sesuatu yang lebih baik. Instead of ucap 'Hello', esok kita beri salam pada 10 orang pertama yang kita jumpa (of course lah beri salam pada orang Muslim ye...kalau bukan beragama Islam - HELLO). Tidak kiralah sama ada orang itu kita kenal atau tidak. 

Hello/ Assalamu'alaikum + Senyum manis = Mana tahu kita berjaya gembirakan seseorang dengan tindakan kita ;)

Sedikit perkongsian: 

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : “Kamu tidak dapat memasuki syurga kecuali bila kamu beriman. Imanmu belumlah lengkap sehingga kamu berkasih-sayang satu sama lain. Maukah kuberitahukan kepadamu sesuatu yang jika kamu kerjakan, kamu akan menanamkan dan memperkuat kasih-sayang diantara kamu sekalian? Tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kepada yang kamu kenal maupun yang belum kamu kenal.” (Hadis Riwayat Muslim)


Hello & Assalamu'alaikum untuk kalian semua!


Psst! Entri Hari Hello ini ditujukan khas untuk Budak! Hehehe budak tahu kenapa :)


Takkan Gembira kalau Asyik Fikir Orang

Tengah hari tadi sempat main 'pin-mengepin' dekat Pinterest. Jumpa poster ni.

Credit

Perhatikan nombor 1, 3, 6 dan 10. Memang kalau diikutkan, 'gembira' tu sangat subjektif. Yang penting, gembira tu sebenarnya datang dari dalam diri. Apa yang menggembirakan kita, mungkin tidak bagi orang. Perkara kecil yang boleh datangkan kegirangan pada orang lain, mungkin tidak cukup bagi kita. 

Tetapi, apapun skala dan takrif kegembiraan kita, kalau nak lebih happy, content dan berlapang dada, kita kena berhenti fikir tentang orang lain

(1) Jangan pedulikan apa yang orang fikirkan tentang kita. Baik/buruk, betul/salah, kita tidak akan ubah persepsi mereka. Asyik layan 'apa orang kata' pun tidak menjamin yang kita akan jadi lebih baik.

(3) Jangan sama sekali bandingkan permulaan kisah kita dengan pertengahan kisah orang lain (Erk,..macam direct translation pulak!) Dah nama pun 'permulaan'. Manakan sama dengan pertengahan cerita. Kalau nak bandingkan juga, carilah perbandingan yang setara ;)

(6) As I mentioned earlier, kebahagian kita tak terletak dalam tangan orang!

(10) Belajar jadi diri sendiri. Letih sebenarnya kalau kita cuba nak jadi orang lain ;)


Tak ada sebab untuk tak gembira!


3, 2, 1...Tangguh lagi!

Hari ini, seawal pagi saya dah masuk bilik kraf. Nak siapkan tempahan kad. Tengok reminder board, terus rasa nak copot jantung! Aikkkk?! Macam mana boleh jadi macam ni?! Bukan ada 3 kad je ke nak kena buat? Mulalah keluar jari hitung hari,...saya perlu siapkan:


  • 3 birthday cards (orang tempah) + 2 birthday cards untuk Uje & Bott = 5
  • 2 kad tahniah untuk weddings 
  • 1 kad tahniah untuk newborn baby 

8 kad nak kena siap by esok? Ini kes tangguh-tangguh la ni. Bila tak de mood je, buat nantilah,...buat esoklah,...tahu-tahu statusnya dah jadi - Wajib buat esok orang nak ambillah!

Adik-adik, jangan ikut perangai buruk akak. Do not procrastinate! Hehehe nampak tak masih bertangguh! Sepatutnya dah sibuk cari idea, potong kertas, lipat kad,...tapi sempat lagi tulis entri baru.

OKlah, jumpa lagi! Have a tremendous Thursday :)


Rabu, 19 November 2014

Hilangkan Hiccups (Sedu) dengan Daun Pudina

Sebenarnya ada banyak cara mudah untuk atasi hiccups (sedu). Antaranya:

  • Minum segelas air masak
  • Berpura-pura batuk atau cuba untuk bersin 
  • Kunyah ais atau berkumur (gargle) dengan ketulan ais
  • Minum satu sudu jus lemon/jus oren/jus limau

Satu lagi cara adalah dengan menggunakan daun pudina. Ini untuk keadaan hiccups yang berpanjangan dan disertai dengan heartburn. Bila dah lama-lama sedu, mesti kita akan rasa annoyed dan tak selesa kan,... OK, cuba cara ni.

Pudina dari Taman Herba Mini saya :)

Ambil lebih kurang 5 - 7 helai daun pudina. Basuh dan bersihkan. Kemudian, rendam di dalam air panas buat seketika. Apabila air dah bertukar suam, bolehlah minum perlahan-lahan.

Kitar Semula | Guna Semula

Untuk dikitar semula.
Aktiviti pagi hari: Kemas rumah.

Kertas, majalah dan kotak diasingkan untuk dikitar semula. Kitchen towel rolls tu pula boleh guna semula untuk kraf :) Jangan terus buang semua sampah kita ye. Let's Go Green!


Chords 'Surat Undangan' - Setia Band (Easy)


Guitar Chords/ Kunci Gitar 'Surat Undangan' - Setia Band (Easy Chords)

(Intro)
C E Am
G F C G  C

C Am F C G
Aku tau cintamu padaku
C Am F  C G
Aku tau cintamu menusuk kalbu oh oh

C
Hancur hatiku
F
Mengenang dirimu
E Am
Terkejutku saat terima undanganmu
Dm G
karna dirimu menusuk hati oh


C Am F C G
Aku tau cintamu padaku
C Am F  C G
Aku tau cintamu menusuk hati oh oh


C
Hancur hatiku
F
Mengenang dirimu
E Am
Terkejutku saat terima undanganmu
Dm G
karna dirimu menusuk hati oh

C
Hilanglah sudah
F
Semua harapanku
E Am
Kini dirimu tak lagi ku mliki
Dm G C
Karna dirimu kahwin yg lain, selain diriku


F G F G
Dm G
Dm E G C 


C
Hancur hatiku
F
Mengenang dirimu
E Am
Terkejutku saat terima undanganmu
Dm G
karna dirimu menusuk hati oh

C
Hilanglah sudah
F
Semua harapanku
E Am
Kini dirimu tak lagi ku mliki
Dm G C
Karna dirimu kahwin yg lain, selain diriku


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya. 

Selasa, 18 November 2014

Boleh lagi atau Hukum Buang?

Awal tahun yang lalu saya ada kongsikan tips untuk menguji tahap kesegaran telur (lihat di sini), tetapi tiada sebarang rajah/gambar yang boleh dijadikan panduan. Found this! 

Sumber Imej - Perkongsian di Pinterest

Harap-harap bermanfaat :)  Tips ni amat membantu untuk kita kenal pasti yang mana masih edible dengan yang tidak. Ingat ya, kalau dah terapung, hukumnya BUANG!



Buat Embellishments (Hiasan) untuk Kad Ucapan (Part 2)

Sebelum ini, saya ada tulis entri Buat Embellishments (Hiasan) untuk Kad Ucapan dengan menggunakan kertas pembalut hadiah (wrapping paper). Maknanya, kita ambil keratan gambar/ucapan yang ada pada kertas pembalut tu dan ubahsuai sedikit supaya boleh dijadikan hiasan. Tidak kiralah sama ada hiasan untuk kad ucapan ataupun scrapbook.

Keratan-keratan ucapan

Inilah hasilnya!
 
Embellishments for cards :)

Sedia untuk digunakan pada bila-bila masa :)


Isnin, 17 November 2014

Hadiah Dah Dalam Perjalanan

Khusus untuk adinda-adinda yang menang 'Jom Cuba Nasib - Pengorbanan Cinta' awal November dulu, akak dah poskan hadiah kalian petang tadi. Alhamdulillah, berjaya curi masa ke pejabat pos untuk main timbang-timbang dan beli setem :) Maaf ye adik-adik, lambat sikit hantar hadiah. 

Posing dalam bilik kraf sebelum diangkut ke pejabat pos.

Semoga 'warkah-warkah' ni selamat menjejak tuannya :) Kali ini, Dhila, adik ipar akak bermurah hati menaja hadiah untuk Si Paling Kreatif, Si Paling Puitis & Si Paling Bermakna. Jauh datangnya tau! Thanks so much, Dhila :)



Bila Buat Kerja Tak Fikir,...

Ini kes lambat breakfast-lah ni. Pergi singgah blog Anis, ada pulak gambar-gambar makanan yang buat perut bergendang minta diisi. Tengok dalam peti ais ada pulut dan rendang daging. Apalagi, nak mamam cepat, terus je masukkan dalam microwave. Tingggg!

Rendang all over the microwave!

Bijak kan?! Buat kerja tak fikir! Tahu nak cepat makan je. Dahlah temperature tu saya letak high! Tak pasal-pasal kena bersihkan microwave. OK, jangan pandang lama-lama sangat gambar sisa rendang daging yang meletupkan diri sendiri tu. Saya nak share tips mudah untuk bersihkan microwave.

  1. Letakkan sebuah mangkuk yang berisi air dan cuka di dalam microwave.
  2. Panaskan dalam microwave selama 2 minit.
  3. Keluarkan mangkuk. Hati-hati, panas! Then, ambil tisu dapur dan lap bahagian dalam microwave hingga bersih. Tak perlu sental/gosok. Tak perlu guna sabun. Campuran air dan cuka yang dipanaskan somehow membolehkan sisa makanan yang melekat tanggal dengan mudah.

Bau microwave yucckkkkkkk?!
  1. Potong beberapa hirisan lemon/limau nipis.
  2. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan sedikit air.
  3. Panaskan dalam microwave selama 1 - 2 minit.

Prevention is better than menyental/menggosok!
  1. Gunakan bekas khas untuk microwave yang ada lid dan lubang kecil khas  (Tupperware ada!)
  2. Pastikan kalian guna suhu dan masa yang betul. Kalau setakat nak panaskan roti, tak perlulah letak suhu tinggi/sampai 2 minit. 30-40 saat pun cukup!
  3. Untuk makanan yang berkuah dan berminyak, letakkan plastic food wrap yang tahan microwave. So, tak adalah minyak tu melompat-lompat keluar.

Harap tips ni membantu ;)

Pssttt! Jom buat kek dalam mug. 5 minit je!


Untuk yang 'Lemau' Pagi Isnin

Monday blues? Let's try this!
Credit

Kikis perlahan-lahan perasaan 'tak best-tak de mood' tu dengan fikirkan perkara-perkara yang buat kita gembira. Rasa masih beratttt dan lammmbaatttt, baca ayat penggerak dalam Bismillah 5. Selamat memulakan tugas!



Ahad, 16 November 2014

Dari Bilik Kraf

Dua kad yang saya siapkan petang semalam.

Greeting Cards

#1
Kad 'Terima Kasih' untuk guru kelas.
Tema: Ungu, Kuning dan Bunga

#2
Kad 'Happy Birthday' untuk anak seorang teman.
Tema: Farm Animals.

Maaf, bahagian nama kena tutup sebab ni personalised cards. Insya-Allah, minggu hadapan apabila kad sudah sampai ke tangan tuannya, saya akan update di Crafts Belvedere (yang dah bersawang tu!)


Aku - Najwa Latif (Easy Guitar Chords)

Minggu ni sepatutnya belajar main lagu 'Aku'. Share chords dulu :)

Ingatlah dunia hanya sementara
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
Kalau kau diseksa kalau kau dihina
Percayalah tuhan selalu ada


Kord Gitar dan Lirik 'Aku' - Najwa Latif

(Intro) 
F Am C G

F Am
Ku dengar tangisan di sana
C G
Menangis memanggil ibunya
F Am
Ku lihat air mata di sana
C G
Melihat perjuangan ayahnya

F Am
Tiada siapa yang akan mengerti
C G
Rasa kehilangan yang ada di sisi

F C
Perginya si raja hilangnya permaisuri
F C
Hanya untuk melindungi
G F
Kasih sayang abadi

F Am
Ku lihat awan yang sepi
C G
Ketakutan sentiasa menghantui

F Am
Jeritan dan tangisan yang tidak didengari
C G
Semua bagaikan satu mimpi
F Am C G
Mimpi yang tak pasti

F Am C
Ingatlah dunia hanya sementara
G F
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
F Am C
kalau kau diseksa kalau kau dihina
G
percayalah tuhan selalu ada

F Am C G

F Am C
Ingatlah dunia hanya sementara
G F
Tuhan yang Esa adalah segala-galanya
F Am C
kalau diseksa kalau kau dihina
G
percayalah tuhan selalu ada

F Am
Ku dengar tangisan di sana
C G
Menangis memanggil ibunya
F Am
Ku lihat air mata di sana
C G
Melihat perjuangan ayahnya


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.  



Ge-rog-gy!

Salam pagi Ahad!

Semalam saya makan nasi lemak dengan sambal sotong. Dap dap dap! Lama tak makan :) Kemudian, ada rezeki makan char kuey teow. Pun ada sotong. Bott dah warning, jangan makan banyak sangat,..nanti itchy

"Sikit je..." (Macamlah makan sikit!)

Menjelang malam saya gatal-gatal satu badan. Masa nilah baru rasa sesal separuh nyawa tu timbul! Dah tahu allergic, tapi makan tak beringat! Apa lagi, keluarlah segala losen dan krim gatal yang ada. Telan ubat gatal sebiji.

Dari begini,...
Credit

Lepas mamam ubat gatal,..

Credit

Today, I'm still feeling groggy. Nampaknya misi 'jalan-jalan ziarah tetangga' terpaksa ditunda. Jumpa nanti. Please enjoy the rest of your weekend! I'll be away. Entri-entri lain selepas ni semuanya scheduled posts ye.

Sabtu, 15 November 2014

2 minit pun Tak Terbuat!


Credit

2 Minute Workout yang sangat bagus! Dah lama ada dalam simpanan saya. Siap tampal dekat dinding tau. Tetapi,..boleh kira dengan jari berapa kali saya berjaya lengkapkan satu siri workout ni :(  2 minit pun tak terbuat?! Aiiii, parah betul si Farrah!

Bagi yang nak cuba, silakan. Walaupun hanya 20 saat setiap gerakan, semput jugaklah! Jangan lupa - 2 minit, 5 kali sehari.



Mahir Bahasa Inggeris dengan MYVI (untuk Anak-anak & Kita juga,..)

Kekangan utama apabila membaca material Bahasa Inggeris ialah kita tidak faham maksud perkataan tertentu. Malas nak cari makna dalam kamus, kita akan cuba figure out makna sendiri. Then, as time goes by, kita lupa terus perkataan tu (tanpa betul-betul tahu makna sebenarnya).

So, here comes MYVI! MYVI ialah singkatan untuk My Vocabulary Index. Just a fun term yang saya dan pelajar guna untuk refer pada buku ini. Basically, My Vocabulary Index mempunyai indeks A, B, C - Z, mengandungi daftar perkataan baru yang kita pelajari berserta maksudnya sekali.


Cara untuk Sediakan MYVI:
  1. Sediakan 1 buku khas. Beli buku berindeks ABC yang sedia ada di pasaran. Kalau tak jumpa, buat sendiri. Belilah buku yang sesuai, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Guna test/examination pad pun boleh.
  2. Gunakan pen warna/ Cap getah ABC (lihat sini) untuk melabel bahagian atas muka surat dengan huruf-huruf. Peruntukkan muka surat tambahan bagi huruf-huruf yang menjadi pangkal banyak perkataan. Contohnya A, B, C, D, M, P dan W. Untuk huruf-huruf seperti X, Y dan Z, satu halaman dah mencukupi.
  3. Kamus mini/poket. Pastikan sentiasa diletakkan bersama dengan MYVI atau di tempat yang senang nak dicapai :)
Contoh My Vocabulary Index
Dalam gambar ni MYVI saya. Nak tunjuk MYVI anak-anak murid (yang comel + ceria sikit), tak dapatlah sebab diorang simpan :) Saya guna test pad biasa. Jika ada muka surat tertentu habis, tambah je yang baru. Then, simpan semuanya dalam fail.

Setiap kali jumpa perkataan baru, cari makna guna kamus dan masukkan ke dalam MYVI.

Contohnya:
  • ambiguous - bermula dengan huruf A, masukkan di bawah A 
  • flibbertigibbet- bermula dengan huruf F, masukkan di bawah F

Jangan lupa untuk tulis maksudnya sekali. Dalam kelas, untuk anak-anak sekolah rendah, saya benarkan mereka tulis makna perkataan dalam Bahasa Malaysia. Tetapi, bagi pelajar sekolah menengah, saya suruh mereka biasakan diri guna English to English Dictionary. Biar mereka faham terjemahan perkataan guna Bahasa Inggeris juga. Kalau masih tak faham, baru guna kamus dwibahasa.

Then, apabila ada masa terluang, selak balik perkataan-perkataan yang kita dah belajar. Pilih satu huruf, baca perkataan dan makna yang ada dalam halaman tersebut untuk refresh ingatan kita. Ibu bapa boleh luangkan masa dengan anak-anak untuk aktiviti ini. Boleh ajar mereka guna kamus. Buat pop quiz guna perkataan-perkataan yang mereka dah belajar.

Konsepnya mudah -  cari makna, masukkan dan baca semula. Kena rajin dan ada kesungguhan sikitlah. Insya-Allah, cara ni memang antara cara terbaik meningkatkan penguasaan kita terhadap perbendaharaan kata :)


Psst! Selamat beristirehat! Dua hari ni saya agak sibuk + banyak urusan di luar. Akan cuba curi masa untuk blogwalking. Kalau tak sempat jumpa minggu hadapan ye. Thanks sebab sudi singgah ke mari :)

Bayang - bayang





Bayangan selalu hadir bersama cahaya yang bersinar.





Psttt! Setuju tak? Tafsiran kalian?

Selimut Tetangga - Repvblik (Easy Guitar Chords)


Chords/Kunci Gitar 'Selimut Tetangga' - Repvblik (Easy Guitar Chords)

(Intro)
G C Em G Am D


Em                 G
Bersabarlah sayang aku akan pulang
Am                     C
Jangan dengarkan gosip murahan tentang aku
Em                 G
Berjanjilah sayang tuk slalu setia
Am                 D
Meskipun ku tak di sampingmu


    C                   D
Tak usah menangis meratapi aku
    C                           D
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanmu


(Chorus)

         C                 D
Mana mungkin selimut tetangga
             B7               Em
Hangati tubuhku dalam kedinginan
               Am               D         
Malah malam panjang setiap tidurku
             G Dm
Selalu kesepian


         C                 D
Mana mungkin selimut tetangga
             B7              Em
Hangati tubuhku dalam kedinginan
               Am               D
Malah malam panjang setiap tidurku
             G  B7
Selalu kesepian



Em                 G
Berjanjilah sayang tuk slalu setia
Am                 D
Meskipun ku tak di sampingmu


    C                   D
Tak usah menangis meratapi aku
    C                           D
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanmu



Em G Am D



    C                   D
Tak usah menangis meratapi aku
    C                           D
Tak perlu kau berfikir ku meninggalkanmu


Ulang (Chorus)


Em                 G            
Bersabarlah sayang aku akan pulang


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...